Friday, May 24, 2013

Aku & Ulama

ni citer Jumaat lepas @17 Mei 2013..
bukan citer malam Jumaat, tapi citer di siangnya..

lepas solat Jumaat, aku pegi Bandar Baru Sri Petaling.. dapat jemputan untuk hadir dalam Majlis Syahadah Al Quran dan Khatam Bukhari kali yang ke 10 .. spesel pulak tahun ni majlis dibuat kat dewan Pusat Komuniti Bandar Sri Petaling..

aku yg hina ni dpt jemputan ke majlis mubarak.. Allah..
majlis start kul 2.30ptg tapi aku sampai kul 3ptg.. lambat le asbab keluar rumah lepas Jumaat.. orang rumah pun ikut sekali.. dan majlis mubarak tu diserikan dengan ustaz jemputan.. bukan calang² orang..

Tuan Guru Sheikh Nuruddin
gambar dari Ustaz Mohd Hanif
4.35ptg - solat Asar..
5.15ptg - majlis sambung sikit lagi sampai 6ptg.. masa nak balik tu jumpa Maulana Razif.. sembang² sket sambil minta nasihat.. maulana jemput ke biliknya di madrasah kalau ada kelapangan..




Sabtu @18 Mei 2013.. lepas Asar ke masjid Sri Petaling untuk malam sabguzari dengan anak bujang dan sorang member aku.. dah janji nak jumpa Maulana Razif malam ni lepas hayatus sahabah..

bayan maghrib..




10.15 malam.. aku & anak bujang ke bilik maulana di bangunan madrasah baru.. maulana pun ada tetamu lain.. lepak², sembang² & makan².. sebenarnya kalau tak sembang apa pun dah rohaniat dah.. huu.. Allah kuasa.. berkat usaha agama, pendosa macam aku boleh lepak² dengan ulama..


Ahad @19 Mei 2013.. aku tanya Maulana Abd Hamid melalui message;
Salam ustaz.. ada org tanya kenapa ulama kena klr sethn sdgkn org awam 4bln je? Betul ke kalau kata hijab org alim lebih tebal dr hijab org awam.. ? Kalau betul, hijab ttg apa?

maulana jawab;
Wlm,sy pernah tanya soalan yg sama dgn maulana jamsyeed Pakistan dia kata bukan cam tu,tp ulama mempunyai tanngung jwp yg besar sbb tu perlu lama mcm nak buat kepala keretepi lebih lama diperlukan dibandingkan gerabak biasa.


*kadang² bukan niat pancung, tapi ada istilah mcm 'hijab' x sesuai digunakan terhadap ulama.. secara umumnya semua ulama akan ditashkil keluar setahun melainkan yang very² very special case.. istilah² yg kita x patut guna pada ulama tapi kadang² istilah² tu ada di dalam percakapan karkun.. jadi kita cuba le baiki apa2 yg patut.. ahaks..


**Bayan Maulana Umar Palapuri di Pattaya 1996 (bayan ulamak)
Insyallah kita akan buat hubungan dengan orang awam. Untuk menghubungkan diri kita dengan orang awam tidak ada jalan lain melainkan jalan dakwah. Sebab itulah alim ulamak diminta keluar satu tahun supaya berjalan diseluruh negara ini untuk buat hubungan dgn orang awam. Ulamak adalah untuk mengerakkan orang awam. Untuk mengerakkan orang awam kita sendiri kena bergerak tuan2.

Macamana orang yang membawa kereta, dia membawa kenderaan. Sebelum dia menbawa kenderaan, dia kena belajar membawa kenderaan tadi. Kalau dia tidak belajar membawa kereta dia akan kemalangan. Sebab itulah diminta setahun alim ulamak untuk bawa orang awam ini. Macamana nak bawa org miskin, macamana nak bawa orang2 kaya, macamana nak jumpa peminpin2.. Sebab itulah alim ulamak penting sangat untuk datang pada maksud kenabian ini.

Maksud kenabian ada lima, pertama ialah dakwah. Setiap alim perlu datang atas maksud ini. Maksud pertama ini dakwah ilallah. Yang kedua taklim. Yang ketiga tazkiyah. Yang keempat akhlak. Yang kelima hikmah. Ini adalah maksud kenabian. Itulah nabi saw telah usaha sahabat untuk datang pada maksud kenabian ini.

Hari ini kita telah terhindar dari maksud kenabian ini. Sebab itulah kehidupan kita tidak menyamai maksud kenabian ini,bergitu juga umat ini tidak menyamai maksud kenabian ini. Sebab itulah fitnah tersebar diseluruh alam. Sejauh mana ulamak datang pada maksud kenabian ini dan berhubung dengan orang awan, insyaAllah kehidupan orang awan pun juga akan dtg diatas maksud kenabiaan ini. Sejauh mana mereka terjauh hubungan dengan orang alim, sejauh itu juga mereka akan jauh dari maksud kenabian ini. Mereka tenggelam dalam kejahilan.

Sebab itulah saya minta tuan2 (para ulama) untuk niat keluar di jalan Allah satu tahun. Satu tahun darotul hadis, satu tahun darotul tafsir, satu tahun lagi dakwahtul tabligh. Jadi beberapa tahun yg tuan belajar itu, supaya tuan2 dapat datang pada maksud kenabian ini dan tuan2 dapat kekuatan, dapat amal ilmu tuan2. Tuan2 adalah enjin, orang awan adalah gerabak. Kalau enjin ada kekuatan, 50 gerabak pun dia boleh bawa. Tapi kalau lemah, satu gerabak pun tak dapat bawa. Daripada setahun tuan2 dapat kekuaatan.

Satu jemaah telah bergerak di jalan Allah 4 bulan. Di dlm jemaah ini ada org yg telah keluar satu tahun. Ada org bela monyet dekat masjid itu. Jadi amer telah mesyuarat untuk hantar jemaah jumpa orang itu. Jemaah yg dihantar terdiri dari orang yg alim tadi telah jumpa orang yang bela monyet dan mengerluarkan ayat quran dan hadis pada mereka. Apabila jemaah balik, satu orang pun tak datang. Jadi ameer shab orang yang bijak telah hantar jemaah lain untuk jumpa mereka lagi dan jemaah kedua tadi telah jumpa mereka lalu telah bawa mereka ke masjid. Ameer shab telah bagitahu pada jemaah yg pertama tadi,orang alim banyak cerita tentang quran dan hadis tetapi org tak datang.

Sebab itulah kami minta kamu untuk keluar satu tahun untuk belajar hikmah ini. Hikmah tidak datang dengan ilmu tuan2. Hikmah akan datang melalui susah payah mujahadah dijalan Allah tuan2. Akan datang roh dalam ilmu, dlm iman dan sebagainya dgn mujahadah dijalan Allah tuan2. Musuh telah meletakkan jasad saja dan keluarkan roh dari ilmu kita. Siapa dari tuan2 yang akan keluar dijalan allah satu tahun insyaAllah, bangun insyallah. Tuan2 boleh bangun bagi nama satu tahun insyallah masyallah. Allahu kalbu farmae..

Wallahua'lam..







Insuran & Road Tax Online

9 comments:

  1. Asalam bang azhar,knal x abg hamdan surau assyakirin damansara damai?

    ReplyDelete
  2. gambo last skali tu 'deep' betul, mcm deep purple..semuga UAI terpilih utk kerja ummumiyyat ini juga..

    ReplyDelete
  3. gambo last sekali tu 'deep' betul...mcm deep purple..semoga UAI terpilih utk usaha yg mahal ini setelah dpt yg ke-3 ni..aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. semoga Allah istiqomahkn beliau dlm dakwah..

      Delete
  4. Assalamualaikum,, boleh nak kenal? sy luqman, message sy 0133370422. sy slalu juga dtg sri petaling nak belajar usaha ini, dosa bnyak sy ni, bru 19 tahum.. moga dpt berkenalan dgn tuan InsyaALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. no saya 0166827679, azhar..

      Delete
  5. Assalamualaikum,, boleh nak kenal? sy luqman, message sy 0133370422. sy slalu juga dtg sri petaling nak belajar usaha ini, dosa bnyak sy ni, bru 19 tahum.. moga dpt berkenalan dgn tuan InsyaALLAH

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,, abg azhar. sy luqman ,, 19.. bru belajar dlm usaha ini, sering ke seri petaling juga,, 0133370422. messagee sy,, mana tahu boleh berjumpa di malam sabguzari insyaALLAH :)

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...