Thursday, December 27, 2012

Sanad Ilmu Dari Guru

Imam Syafii : “Orang yang belajar ilmu tanpa sanad guru bagaikan orang yang mengumpulkan kayu bakar digelapnya malam, ia membawa pengikat kayu bakar yang terdapat padanya ular berbisa dan ia tak tahu”,

Imam Atsauri : “Sanad adalah senjata orang mukmin, maka bila kau tak punya senjata maka dengan apa kau akan berperang?”,

Imam Ibnul Mubarak : “Pelajar ilmu yang tak punya sanad bagaikan penaik atap namun tak punya tangganya, sungguh telah Allah سبحانه وتعالى muliakan ummat ini dengan sanad” (Faidhul Qadir juz 1 hal 433)

madrasah Miftahul Ulum, masjid Sri Petaling

Nota:
Sanad ilmu sangat penting kerana setiap ilmu yang kita amal, sebarkan atau ajar akan DIHISAB satu persatu oleh Allah سبحانه وتعالى.. dan sekiranya ilmu itu sanadnya tidak sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم,  maka orang itu akan diseksa kerana mengambil mudah hal agama dan anggap agama murah.. bila Allah سبحانه وتعالى tanya kita dari mana kita dapat ilmu ni? kita akan bawakan guru² dan masyaikh kita dan persembahkan depan Allah سبحانه وتعالى . 

Kemudian soalan yang sama akan ditanya kepada mereka dan mereka akan lakukan hal yang sama, sehinggalah sampai kepada salah seorang dari imam 4 mazhab, lalu imam 4 mazhab akan berhujah dengan ilmu mereka dan persembahkan guru² mereka yang merupakan TABI'IN DAN PARA SAHABAT رضي الله عنهم .

Kemudian para Sahabat رضي الله عنهم pula akan ditanya dari mana ilmu ini diperolehi, mereka akan tunjukkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم , lalu Allah سبحانه وتعالى akan bertanya pula pada Rasulullah صلى الله عليه وسلم dari mana dapat ilmu? Baginda akan menunjukkan Jibril عليه سلم  kemudia Jibril عليه سلم pun akan ditanya dan dia akan tunjukkan Allah سبحانه وتعالى . Kemudian Allah سبحانه وتعالى sendiri akan sahkan bahawa ilmu itu memang sahih datang dari ilmuNya yang esa....

hari peperiksaan

Jadi adalah penting bagi kita kembali kepada imam 4 mazhab kita yang sanadnya diyakini zaman berzaman.. kelak kita juga akan ditanya tentang ilmu yang kita pelajari.. dan janganlah sanad akan berakhir kepada al-fadhil syeikh google.. atau syeikh syeikh sekian.. dan jika syeikh syeikh sekian itu ditanya yang mana mereka itu baru sahaja meninggal dunia, sangat jauh dari zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم berbanding imam 4 mazhab.. lalu syeikh syeikh sekian persembahkan di depan Allah سبحانه وتعالى dan Allah سبحانه وتعالى akan tanya dari mana dia peroleh ilmu? Syeikh syeikh sekian akan menjawab "dari buku".. maka kita sebagai pengikutnya akan terkantoi..

Alhamdulillah aku ditemukan Allah سبحانه وتعالى dengan usaha tabligh yang mana para ulamak nya sangat mementingkan sanad dlm setiap amal.. besok kalau ditanya tentang dalil² keluar 4 bulan, 40 hari atau 5 amal masjid, maka aku akan bawakan masaikh² tabligh untuk menjawabnya.. cuma.. aku yakin bahawa kalau ditanya tentang blog, youtube, facebook dan sebagainya sebagai jalan dakwah, maka aku tak akan dapat jawab dan tak akan dapat bawa mana² masaikh untuk itu.. camne pun secara infradi aku pernah tanya salah seorang syura Malaysia tentang blog aku ni kerana ada sangkut paut dengan keperluan (pendapatan).. dia kata buatlah asalkan tak menipu orang..

Semoga Allah سبحانه وتعالى ampunkan aku dan beri kita semua kefahaman agama..

Wallahu a'lam.

*sebahagian besar tulisan di dalam entri ni aku cilok dari FB ibnu batoota..




Insuran & Road Tax Online

4 comments:

  1. Sanadku dari nabi khindir....mcm mne tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rujuk ulama.. aku bukan ulama.. tapi nabi isa yg turun diakhir zaman akn tetap ikut syariat nabi muhammad..

      Delete
  2. Pembahasan tentang sanad adalah salah satu perkara yang penting untuk diperjelaskan dengan sebaik-baik mungkin, kerana ada beberapa kekeliruan dan salah faham yang sering berputar di dalam pemikiran ummat. Insya-Allah, saya akan memulakan penulisan tentang hal sanad ini tidak lama lagi, mudah-mudahan Allah membantu dan melapangkan diri saya.

    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sanad adalah sesuatu yang amat penting, apabila kita mengetahui bahawa Allah telah memuliakan ummat Muhammad ini di atas ummat-ummat terdahulu dengan sanad. Tidak ada "khilaaf" (perbezaan pendapat) di kalangan ulama tentang kedudukan sanad dan kepentingannya dalam ilmu wahyu yang menjadi tonggak kepada ilmu wahyu, punca kepada setiap prinsip dan ajaran Islam yang suci murni

    Untuk menerangkan secara ringkas tentang kelebihan sanad, saya menegaskan beberapa perkara berikut:

    1. Sanad telah dijadikan perhatian, tumpuan dan kerisauan utama oleh para ulama dan ilmuwan Islam yang haq sehingga mereka telah menjadikan disiplin khas dalam ilmu hadis adalah pada kajian sanad sahaja.

    Kita melihat, para ilmuwan Islam, apabila mengarang kitab-kitab tafsir al-Qur'an, kitab-kitab hadis dan lain-lain kitab mu'tabar (kitab-kitab yang kandungan dalamnya telah diketahui benar dan boleh dijadikan hujjah, lalu diterima sepenuhnya dan dijadikan pegangan oleh para ilmuwan Islam dan pelajar-pelajar agama semenjak zaman berzaman), mereka begitu sekali mengambil berat tentang sanad sehingga mereka tidak memasukkan sesuatu apa pun dalam karangan mereka itu melainkan perkara yang mereka tahu ada sanad-nya. Ini kerana, tanpa sanad, tidak ada satu jalan untuk mengkaji sama ada sesuatu cebisan ilmu, perkhabaran, penetapan, hukum, al-Hadis atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan ilmu wahyu dan ilmu kenabian mengandungi kebenaran atau kedustaan. Hanya melalui sanadlah, dapat dikaji dan hasilnya diketahui sekiranya ilmu itu benar berasal daripada agama atau dusta, yakni tidak ada asalnya dari agama dan wahyu, tapi hanya rekaan orang-orang fasiq yang suka berbohong dan berdusta.

    2. Sanad adalah hujjah Allah ke atas sekalian agama lain bahawa Islam adalah agama yang memegang kebenaran mutlaq dan selain Islam adalah percampuran antara apa yang benar dan rekaaan-rekaan. Ini kerana setiap perkara dalam Islam telah dibentuk daripada perkhabaran dan penceritaan (termasuk hadis-hadis, perbicaraan Rasul) yang memiliki asal yang boleh dikaji, kemudian diketahui benar atau dustanya, dan diambil menjadi hujjah. Dengan itu, Islam dibina di atas ilmu yang diketahui kebenarannya, bukan berita-berita palsu atau kisah-kisah dongeng yang tidak ada asalnya, kemudian sengaja dikaitkan dengan Islam, padahal ianya tidak lain hanyalah rekaan orang-orang fasiq yang hati mereka berpenyakit.

    Wallaahu a'lam.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...