Thursday, November 29, 2012

Kisah Judi Versi Rock Kapak

Alkisah..

Tersebutlah kisah di zaman yang tak jauh dari masa kini.. seorang pegawai bank yang telah lama adanya menghambakan diri bersama onak dan duri di pejabat yang lambat bertepi.. tersusuk ranjau di sepanjang percintaan.. aku menjerit-jerit keperihan.. namun tak siapa yang mengindahkannya.. hanya bertemankan sepi..

"Ohh.. bilakah penderitaan ini akan berakhir.. lama sudah kiranya aku berkecimpung di sini.. namun tidak juga aku menjadi kaya raya.." bisiknya di dalam hati.. bisikan yang pertama.. membawa erti untuk selamanya.. aku bagai tak percaya.. apa yang telah pun ku rasa..

Hari-hari bagaikan berlari.. tiada sesaat berhenti.. aku yang masih berdiri.. tiada arah yang pasti.. apakah aku sudah mati.. dalam dunia ini.. biarpun masih berdiri.. tiada siapa peduli.. aku terikat tanpa tali.. aku berdiri tanpa bumi.. aku berkata tanpa suara.. aku menangis tanpa air mata..


Dari kebanyakan pelanggan yang keluar masuk, dapat lah beliau amat amati seorang pelanggan yang membuat simpanan uang sebanyak tak kurang dari RM5000 setiap sehari.. maka terfikir lah lagi berapa beruntungnya pelanggan tersebut kerana mempunyai banyak uang.. dengan erti kata lain, pelanggan tersebut adalah seorang yang beruang..

Pada suatu hari yang mendung kerana awan berarak tebal di musim tengkujuh, si pegawai bank dapat juga berkesempatan untuk menemu ramah dan berwawancara dengan si kaya akan perihal keadaan beruang nya itu.. terbuka hendaknya pintu segala azam.. malam antara malam sepasang rambulan..

"ko tak boleh jadi macam aku.." ujar si kaya..

"mengapa pula tuan hamba..?" tanya si pegawai bank dengan wajah seri yang memukau pesona kau di pandang.. terpegun dan terkhayal sejenak..

"aku berjudi.." jawab si kaya..

"ahh.. aku tidak pircaya.. masakan tuan hamba boleh menang setiap hari.." kata pegawai bank yang sudah maklum dengan resam orang berjudi iaitu semakin tunduk, semakin poket tak berisi..

"aku boleh buktikan.. tetapi syaratnya ko hendaklah bertaruh dengan aku.." kata si kaya..

"apa taruhannya.." tanya si pegawai bank..


"kita bertaruh bahawa pada jam 9 pagi esok akan ada cat warna cat merah di bontot ko.. kalau ada, ko kena bayar aku RM500.. kalau tak ada, aku akan bayar ko RM500.. amacam..?" jawab si kaya..

"sonang bai tu.. aku setuju dengan pertaruhan tuan hamba.." kata si pegawai bank.. dia berasa begitu berkeyakinan tahap tinggi akan memenangi pertaruhan tersebut.. masakan bontotnya yang kelabu itu akan menjadi bercat merah..

"aku pasti menang.. pasti.. pasti.. pasti kau di saat ini.. terlontar jauh dari hatiku.." bisiknya kepada telinga sendiri sambil menyanyi lagu rock kapak..

Lewat petang itu, sebelum beliau kembali ke rumah.. beliau masuk ke jamban di pejabat sambil membawa sekeping cermin.. sekeluarnya dari jamban beliau berkata; "huh lega.. mana ada cat merah.."

Sesampainya di rumah, usaha yang sama telah dibuat.. bukan sekali.. bahkan berkali-kali.. disudahi dengan yang terakhir iaitu sebelum tidur beliau telah menggesa isteri beliau membuat pemeriksaan menggunakan mata kasar dan dari sinar mata yang bergelora..

Esoknya.. jeng jeng jeng.. sebelum ke pejabat, pemeriksaan akhir di buat.. sah.. memang tak ada cat merah..

Tepat jam 9 pagi.. si kaya datang dengan membawa seorang kawan sebagai saksi pertaruhan tersebut.. mereka masuk ke sebuah bilik.. si pegawai bank dengan semangat yang berkobar dan penuh kesaspenan melondehkan seluar dan sedalam yang dipakai..


"hahaha.. tengok.. mana ada cat merah kat bontot hamba.." jeritnya sambil membayangkan uang RM500 yang bakal dimenangi.. "jagalah diri.. jagalah diri selalu.. jangan dipermainkan janji-janji dahulu.." katanya lagi kepada si kaya.. maka si kaya pun menunaikan janji dan membayar uang RM500 secara tunai dan bukannya secara beransur-ansur..

Maka selepas ensiden itu, tersediklah di hati si pegawai bank untuk bertanya soalan perangkap kepada si kaya; "tuan hamba kata, tuan hamba akan menang pada setiap kali berjudi.. tapi sekarangkan dah tewas dibontot hamba.."

Maka dijawap oleh si kaya; "sebenarnya kawan yang aku bawak tu adalah seorang hartawan.. aku bertaruh RM5,000 dengan dia, bahawa hari ni, tepat jam 9 pagi akan ada seorang pegawai bank akan melodehkan seluar dan sedalamnya seraya menunjukkan bontotnya yang kelabu.."

"Ohh.. biarku pergi membawa sekeping hati.. tidak sanggup lagi aku menyaksi.. wajah yang pernah menyakitkan hati.." bisik hati si pegawai bank..

TAMMAT

Moral dari cerita yang tak bermoral ni;
Cara yahudi walau nampak kita untung, tetap mereka jugak yang untung.. bahkan kita akan dapat kebodohan dan kemaluan keaiban..



12 comments:

  1. hahahahha,,,ayat mmg xleh blah la,,,hihihi,,Allah3,,,style2...:)

    ReplyDelete
  2. Gud story..wa mmg respek n hrmat kt jmaah ni,bla nmpak dorg,kdg2 dlm ati nangis,sayu tringat kt Allah & dosa2 lps...tp wa pn x pnh kua gak,yg mmpu cme lpak dgr bayan kt markas pastu blk,xtau nape brat sgt nk krbankn dr,stiap kali ada jmaah dtg kt umh wa,msti wa jmput dorg at lis mnum air je,tp bla nk kua,mak ehhh..byknye alasan,anyway,insyllah 1ari..i'll mke myself 2gether with all of u little khalifa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bykn istighfar dan taubat.. boleh baca zikir nabi yunus dlm perut ikan 300x sehari.. bykn sedekah.. puasa sunat.. solat hajat.. doa.. ni antara amalan2 utk Allah pilih kita klr di jln Allah..

      Delete
    2. Insyallah tuan..nasihat2 tuan & para geng tbligh smua wa trima dgn ati trbuka,alhmdulillah sjak paham usaha ni,pmahaman ttng soal idup mati,idup sorg muslim sikit byk wa da phm,azam sokmo 2 become a gud muslim..bnda2 lagho dunia smua wa da tggal kn ckit2,btul la mualim ckp..kalu jmaah 5waktu kt msjid slama 40ari x tggal,msti ada prubahan,wa da buat & alhmdulillah so far x pnah tggal lg,ada rse rndu n klam kbut je bla dgr azan,msti nk ke msjid...allahuakbar!

      Delete
    3. Insyallah tuan..nasihat2 tuan & para geng tbligh smua wa trima dgn ati trbuka,alhmdulillah sjak paham usaha ni,pmahaman ttng soal idup mati,idup sorg muslim sikit byk wa da phm,azam sokmo 2 become a gud muslim..bnda2 lagho dunia smua wa da tggal kn ckit2,btul la mualim ckp..kalu jmaah 5waktu kt msjid slama 40ari x tggal,msti ada prubahan,wa da buat & alhmdulillah so far x pnah tggal lg,ada rse rndu n klam kbut je bla dgr azan,msti nk ke msjid...allahuakbar!

      Delete
  3. Replies
    1. life is like a box of choclate, kata mak forest gump yg pernah dibalun oleh cikgu sekolah..

      Delete
  4. membaca dengan senyuman, tambahan kefahaman dan keinsafan.. (",)

    ni mesti spm bahasa melayu dapat A ni.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dpt 7.. lps tu xdpt masuk u.. huhu..

      Delete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...