Monday, June 04, 2012

Ghana.. part 2 (last kot..)

"Ghana? buatpe ko pegi sana?" kata sorang kawan yang aku jumpa di masjid Sri Petaling..
"apasal pulak.." kata aku.. dengan muka ntah ape²..
"nanti ko balik jadi hitam.." jawab kawan aku.. dengan muka yang lagi ntah ape² ntah..
~aku tak jawab ape².. tapi keluarkan gigi depan belah atas macam Halimah jongang..

hitam di kulit, nur di dalam..
Muntakhab Hadis keluaran Maktabah Ilmiah Sri Petaling

Route ke Ghana atau yang seumpamanya, bukanlah route faveret jemaah Malaysia.. mujahadah woo keluar di tempat² macam ni.. kita memang boleh syor negara mana nak pegi.. tapi bila dah diputus oleh mesyuarat.. taat ajelah..

Aku rasa tak payah la aku karguzari (beri laporan) berapa jemaah dapat dikeluarkan, berapa orang masuk Islam, berapa amal masjid dapat dihidupkan.. semua karguzari tu aku dah beri di masjid Sri Petaling.. dua kali karguzari pulak tu.. satu kerguzari tertutup dalam bilik syura dan satu lagi pada umum di depan mimbar masjid..

Cuma aku nak cerita..

orang Ghana ni lembut².. macam orang melayu gak.. orang Islam & Kristian tak de gaduh².. kalau dakwah kat Kristian pun boleh, asalkan jangan kutuk² Kristian.. cakap kat dia pasal Allah, pasal Nabi, pasal Quran.. diorang sedia dengar, cuma belum sedia terima.. (rakyat Ghana 25 juta.. 20% sahaja muslim)..

Sorang pemandu teksi Kristian yang bawa kami kata; "Quran memang hebat.. kalau orang Islam ikut Quran, selesai masalah.." Malangnya orang macam ni terhalang dari hidayat sebab tak nampak kebaikan Islam pada diri orang Islam.. kebaikan Islam hanya dalam kitab aje.. huhu..


"Bila orang Islam tak buat kerja dakwah ilallah* cara Nabi, 3 peringkat kemurtadan akan berlaku pada orang Islam..
  1. kemurtadan dari adat..
    ~takde lagi adat² sunah pada wajah, pakaian, penampilan orang Islam.. sunah² adat ni la yang bezakan orang Islam dengan yang lain, menyebabkan kegerunan pada hati orang bukan Islam & jadi asbab mereka masuk Islam..
    ~takde beza cara makan, cara hidup, cara hutang-piutang, cara perkahwinan, cara jual-beli kita dengan orang bukan Islam.. malahan orang Islam berbangga dengan adat² bukan Islam dan mencemuh cara² adat dalam sunah..
  2. kemurtadan dari ibadat..
    ~sehingga meninggalkan solat fardu sudah jadi kebiasaan dan umum.. tak payah la cerita pasal ibadat² yang lain..
  3. kemurtadan akidah..
    ~keluar dari Islam.. nauzubillah..
 *dakwah ilallah = dakwah direct kepada Allah.. xde transit² pada makhluk kemudian baru pada Allah.."

Lagi satu orang Ghana hidup sederhana.. nak kata miskin pun boleh gak.. rumah kecik.. kebanyakan orang jalan kaki je.. makan pun simple.. minum air perigi.. Camne pun kurang sangat yang mintak sedekah.. boleh nampak satu dua orang je, itupun kat bandar.. Kebanyakan diorang suka meniaga.. walaupun untung 2-3 cedi sehari (1 cedi = rm1.80).. Diorang pun tak suka menipu, mencuri atau rasuah.. polis yang buat road block pun tak pernah tanya pasal dokumen kami..

mirip² rumah sahabat..
dan aku tak pernah tengok orang isap rokok di mana².. kat kampung tak de.. kat bandar pun tak de.. tak macam Malaysia.. lepas dengar ustaz ceramah atau diri sendiri bayan berapi² dalam masjid, kita sambung ceramah atau bayan berasap² di luar masjid.. kui kui..

Mujahadah? heh..heh.. biasa la tu.. tempat orang miskin, lain mujahadahnya.. tempat orang kaya lain la pulak mujahadahnya.. yang penting kena pandai layan diri.. jangan stress.. bayangkan janji² Allah.. antara yang mujahadah;
  • bini aku tak ikut sekali..
  • jamban - boleh kata rata² masjid takde jamban.. jadi kena tumpang jamban orang kampung, atau diorang buatkan jamban sementara, atau yang paling tragis ialah kena guna jamban awam.. memang tak boleh blah kata bebudak sekarang..
  • makan - beras ada jual.. rm30 untuk 5kg.. lauk yang problem.. biasanya hari² makan telur & ikan masin.. sayur tomato atau kobis.. sesekali je dapat beli ikan, ayam atau kambing..
benda ni pun ada jual kat pasar..
tapi kalau aku beli, nak masak apa ek? masak asam kut..
  • nyamuk - rata² pembawa malaria.. Allah kuasa, nyamuk takde kuasa.. kena amal doa pagi petang dengan yakin disamping guna asbab kelambu, losen & ubat nyamuk.. (sehingga blog ni diupdate, sorang ahli jemaah aku masih di hospital sebab kena malaria.. walaupun malaria dah habis, masih kena tahan untuk beberapa hari lagi..)
  • letrik - selalu blackout.. walaupun cuaca Ghana sama cam Malaysia, cuba korang bayangkan kalau hidup kat Malaysia tanpa kipas.. tapi bagus jugak insyaAllah, sebab habis lemak² dalam badan.. tak yah pegi sauna.. peluh keluar 24jam..
  • air - biasanya air perigi.. masjid yang tak de perigi, kena mintak tolong bebudak angkutkan air.. bagi le upah sikit.. itu pun ada yang tak nak terima upah.. aku tersekima..
  • jaga mata - no komen..

Secara infiradi (personal) aku telah berjaya;
  • menyebabkan 5 budak bawah 2 tahun menangis dan lari bila aku buat muka spastik..
  • tenggelamkan timba dalam perigi untuk cedok air.. (susah woo)..
  • menyebabkan awek² black melambai di jalan²..
  • menyebabkan 2 tepi kurta orang tempatan koyak.. aku tertindih dengan lutut aku masa sujud dan diorang bangun berdiri cepat sangat..
  • seorang makcik dengan bergurau mengoffer anaknya kat aku.. aku ulang.. bergurau ye.. bukan betul².. tapi bergurau..
Kesimpulan.. umat sedang menunggu² kedatangan orang Islam untuk hidayah.. hari² manusia di seluruh dunia mati tanpa kalimah yang menyebabkan kesengsaraan untuk mereka selama²nya.. inilah kerisauan Nabi kita dan sahabat baginda.. dan kalau kita tak nak ambik kerja ni, Allah akan bangkitkan orang lain buat kerja ni..

dan lagi.. 90% dari kengkawan tabligh di Ghana adalah asalnya Kristian kemudian masuk Islam.. orang uang berketurunan Islam sejak nenek moyang, suka pegang tasbih aje..

Doa untuk aku, si pendosa ni.. semoga Allah ampunkan aku dan terima aku, keluarga & zuriat untuk buat kerja yang besar nih.. amiiin..




12 comments:

  1. Assalamualaikum.
    MasyaAllah karguzari usaha dr negara yg sgt jrg didengar.. moga Allah terima kita semua utk buat kerja ni.

    Sgt teruja bila suami kata, ada jemaah nk ke ghana transit dulu di marhalah kami. (xdpt g, dpt amik berkat dulu.. InsyaAllah doakan kami pulak!)
    -Ahlia Ust Harun

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. terima kasih la.. selalu masak untuk kami.. susah² je..

      Delete
  2. Seronok baca karguzari cmni. Doakan encik dgn keluarga istiqomah atas jalan dakwah ni sampai bila2 =). Aamiin...

    **Kes yg offer anak tu, dia teruja tgk encik kulit cerah kot? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcik tu kata biar ada keturunannya yang berkulit putih & berambut lurus..
      *err.. kenapa encik pulak?

      Delete
  3. MasyaAllah.. Moga Allah terima pengorbanan tuan n jemaah tuan. Doakan mg Allah pilih saya jg. Di Canberra ni cuma 2 org je mat salleh buat usaha. mg Allah pilih jg mat2 n minah2 salleh kat cni dpt hidayat n buat usaha.. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde apa kalau nak banding dgn pengorbanan sahabat.. belajar² buat.. buat² belajar.. mujahadah juga tuan yg buat usaha di rantau orang.. semoga Allah terima..

      Delete
  4. Alhamdulillah Allah pilih tuan buat usaha disana..moga Dia sebarkan hidayah..i.Allah..

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar, Azhar dipilih Allah untuk keluar ke Negara Jauh,Moga allah terima umat ini untuk kerja nabi saw hingga kiamat, Karguzari yang boleh member kesan kepada pembaca, moga2 mereka yang membacanya dapat jazbah untuk khuruj ke negara jauh, dulu tahun 70an dan 80an negara jauh memang susahkita nak dengar kadang-kadang kita dengar sorang dua yang keluar 4bulan tapi IPB saja, sekarang Alhamdulillah berkat korban dan doa orang awalin daripada kita NJ banyak telah dikeluarkan daripada setiap markas di Malaysia, Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah²an diterima Allah dan tentunya pahala yg mengalir berterusan kepada para awalin yg tlh byk berkorban dalam usaha agama ini.. jazakallah..

      Delete
  6. salam..dimana sy blh dapatkan kitab Muntakhab Hadis keluaran Maktabah Ilmiah Sri Petaling ni?sy cai di pasaran xde..sila reply ke no 0199915683

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      Maktabah Ilmiah Sdn Bhd
      0390595063
      kutubmusp@gmail.com

      insyaAllah..

      Delete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...