Tuesday, September 27, 2011

Msyt Nzmdn - bhg 1 (awal)

16 Sept 2011
Hari yang ditunggu-tunggu.. penuh debaran.. dada aku bukan setakat berbunyi dup dap dup dap.. tapi dah tahap drum double bass.. walaupun hari ni hari Malaysia.. dan aku rakyat Malaysia.. tapi aku dihantar untuk seluruh manusia seluruh dunia.. siapa kata ni? Allah lah kata.. cer check quran..

Semua persiapan duniawi aku dah buat.. tafakud.. passport.. visa.. tiket kapalterbang.. ringgit.. Persiapan amal aje yang masih banyak kantoi.. Ya Allah.. pilih lah aku kerana kelemahan ku demi ke Rahiman Mu.. InsyaAllah petang ni aku akan terbang ke Delhi India untuk menghadiri mesyuarat Malaysia di Nizamudin..

[ Buat ape korang pegi India? KLIK SINI ]

أمر على الديار ديار ليلى
أقبل ذا الجدار وذا الجدارا
و ما حب الديار شغفن قلبي
ولكن حب من سكن الديارا
 

ku lalui kubu ini, kubu (diaman) Laila..
ku cium tembok ini dan tembok itu..
dan bukanlah cinta dinding itu yang telah merampas hatiku..
tapi cinta si dia yang mendiami dinding-dinding itu..

ready..
9.30 pg - angkut family ke rumah mak.. alasan? nak sarapan.. sebenarnya belum bagitau mak lagi ni nak ke India.. dengan keadaan ahlia aku yang sarat dan menunggu hari ni, camne la nak slow talk ni.. tengah aku mneyenduk nasi lemak ke pinggan, tiba-tiba mak bersuara..

"mak dengar kau nak pegi jauh.."

"erk.." (mana pulak mak tau ni..)

"semalam adik kau tepon.. dia kata dalam facebook kau kata nak ke India.. ni (ahlia) nak besalin ni camane?"

"err.. pegi lima nam hari je mak.. lagi pun (ahlia) due 30 hari bulan.." (walaupun ikut pengalaman aku, ahlia aku biasanya bersalin 2 minggu awal..)

"kalau lima nam hari tak pe lah.. mak ingat kau nak pegi dua tiga bulan.. biarlah mak tengokkan (ahlia).. kalau dia nak besalin nanti, tepon mak.. nanti abah hantar ke hospital.."

"tima kasih la mak.." huh.. legas (plural kepada lega.. bermakna lega yang berbilang-bilang..) Alhamdulillah..

11 pg - sempat lagi beropen haus (open house) kat rumah jiran setaman..  nasi lemak seround lagi sebab dalam hati kata nanti kat India mana nak jumpa nasi lemak.. huh.. ada masalah iman.. masih tak yakin dengan rezeki Allah..

Lepas solat Jumaat, aku segera ke stesen komuter Kepong Central.. member sekepong aku pun ada sama..

2.45 ptg - akhirnya komuter yang ditunggu pun sampai.. punya la ramai orang.. tapi no problem insyaAllah.. pengalaman aku naik bas mini no 31 selama tujuh tahun aku gunakan.. aku masuk dalam sampai jauh dari pintu.. alhamdulillah dapat tempat berdiri yang selesa.. member sekepong aku masih terperangkap di ambang  muka pintu.. badan tersepit dan iman menjerit.. huhu..

3.20 ptg - sampai KL Central.. aku ingat nak naik bas dari sini ke LCCT.. rupanya naik train lagi.. pehh.. lagi bagus.. insyaAllah tak jem..

KL Central ke Salak Tinggi..
3.40 ptg - naik train ke Salak Tinggi..
4 ptg - naik bas dari Salak Tinggi ke LCCT..

4.20 ptg - sampai di LCCT.. pehh sekali lagi.. ramainya karkun kat sini.. ni semua nak gi mesyuarat la ni.. jalan sana karkun.. jalan sini karkun.. tapi kan.. nak ngumpat sikit.. heheh.. karkun kan.. dressing macam-macam.. ada yang josh dengan kurta dan serban.. yang tak josh macam aku hanya kurta dengn kopiah.. dan.. ada yang pakai baju raihan.. ada yang berbaju melayu.. ada yang berbaju batik.. ada yang pakai t-shirt & jeans + cap.. ada yang pakai t-shirt bola.. yang paling glamer pakai baju melayu siap samping dan songkok.. macam-macam ada..

Aku dan kawan sekepong cari surau.. solat asar.. sebelum solat, ada satu karkun jumpa aku.. dia siap berjubah, berserban dan bertongkat.. dia bagitau; ada orang cakap kena pakai baju biasa-biasa aje.. takut kantoi kat airport India.. aku kata terpulanglah nak pakai apa.. lepas solat kami  masuk ke terminal untuk masukkan beg.. mat Ampang dan seorang lagi dah tunggu kami..

Lepas letak beg.. duduk di mekdi sambil minum kopi panas dan makan donut dankin.. selesai minum, masa untuk boring boarding.. aku terserempak dengan karkun yang aku jumpa kat surau tadi.. dah tukar dressing.. pakai kemeja belia 4B dengan seluar panjang.. nak tergelak pun ada.. pada aku pakai la apa pun.. muka karkun tu mana nak sorok.. kalau ada rezeki kat India sampaila.. lagi pun sri petaling tak cakap apa-apa pasal dress code..

6.15 ptg - boring (silap lagi..) boarding..
7.15 ptg - terbang dengan izin Allah..

bai serban merah ni pun istiqomah je..
9.30 mlm (waktu India) - sampai ke delhi.. beza waktu 2½ jam.. jadi kat Malaysia dah jam 12 tgh mlm.. alhamdulillah tak de masalah kat airport.. airport ni pun dah baru.. ala-ala KLIA gitu.. jadi pegawai imigresen tu tak de la nak buat songeh sebab dah professional gamaknya.. aku, kawan sekepong & mat Ampang naik teksi ke masjid Banglewali.. 350 rupee.. kira-kira 23 ringgit aje..

nan teksi..
11.30 mlm - turun saja dari teksi kat simpang jalan, aku dah menghidu keharuman Masjid Banglewali.. aduss.. kami di bawa ke tingkat atas.. selesaikan pendaftaran, solat isyak & maghrib, makan dan tidur dengan senyuman di wajah dan syukur di hati..

~sebelum subuh aku turun ke tingkat bawah masjid.. sempat solat dua rakaat di bahagian masjid lama yang dibina M Ilyas rah.

5.30 pg - solat subuh.. tapi imam bukan M saad.. kemana pulak M Saad ni?

~ BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 2 DI SINI ~








10 comments:

  1. alangkah dicemburui mereka yang dipilih oleh Allah untuk mesyuarat atas umat ini bersama ulamak daeilallah, anta bertuah, doa untuk saya juga, dengan membaca karguzari ini sekurang2nya dapat juga jazbah Nizammudin, ini lah kebaikkan berBlog menyampaiKAN perkara yg bermanfaat untk umat.SODAQULLAHHULAZIM.

    ReplyDelete
  2. Allah mudahkan dengan mendapat green light dari seorang ibu..
    Allah mudahkan dengan mendapat green light di balai pemeriksaan yerpot..

    Maha Suci Allah yg hati-hati manusia dalam genggamanNya..

    Entri terbaru saya, buat insan-insan seperti tuan..
    tukang cuci je pun

    ReplyDelete
  3. Allah mudahkn pjlnn sb tuan dh pilih Allah. Allah dh pilih stp dr umat ini cuma kita sj (x tmasuk tuan dn yg seangkatn)yg x pilih Allah. Smg Allah mfkn kte smua..

    ReplyDelete
  4. tn hj musa;
    alhamdulillah.. berkat pengorbanan org lama spt tn hj, org baru spt sy dpt nikmat usaha agama..

    fuad ansari;
    semoga mendapat greenlight juga di alam-alam seterusnya..

    Aidarus;
    xde daya & upaya melainkn Allah..

    ReplyDelete
  5. Masyaallah Tuan..penduduk langit sangat kenal dgn tuan..smoga Istiqamah..Maulana Ahmad Lat Bayan" Akhir zaman umat cakap mcm nabi tapi amal mcm serigala" Nauzubillah.. saya tak berhenti kena putus bayan dan trghib..amal blom lagi...

    ReplyDelete
  6. Salam,apa khabar saudara/saudari,artikel yg menarik,saya jemput saudara supaya memberikan koementar/pandangan terhadap artikel yg di tulis oleh saya...harap memberikan komentar/pandangan yang tidak beremosi…hahahah

    ReplyDelete
  7. ابن زين الرمباوي;
    wakil kuching 3 org aje.. mestila tuan kena beri targhib..

    Anak Pendang Sekeluarga;
    ni komen copy paste ek..

    ReplyDelete
  8. Sesungguhnya tuan sgt beruntung.jauh bbndg saya..semoga Allah terima amalan tuan dan saya..doA utk seluruh ummat ;(

    ReplyDelete
  9. shafie;
    semoga Allah pilih & istiqomahkan tuan juga dalam usaha kenabian ini..

    ReplyDelete
  10. Tahniayh Tuan.. sy smpai ketika tega hari. masa musim panas suhu 42..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...