Monday, May 09, 2011

Kisah dot dot dot


Subuh itu.. adalah hari ke tiga..
Solat kami diimami oleh seorang ustaz dari kariah surau itu.. Ustaz itu kelihatan memanjangkan apa yang disuruh dipendekkan dan memendekkan apa yang disuruh dipanjangkan..*

Lepas solat dan wirid.. ustaz yang telah pun senja umurnya berkata; "Pagi ni ambo nok ceramoh sikit.. biaso tok rama ore.. pagi ni rama ore.. jadi sedap sikit la ambo nok ceramoh.."

"Kito ni idup tok lamo.. pakat² nok mati doh sumo ni.. Jadi ambo nak tazkirah bab mati.. sekadar peringate buak kito semuo.." Di tangan ustaz ada sebuah kitab.. Lalu beliau membaca sepotong ayat quran yang maksudnya 'Setiap yang bernyawa pasti akan merasi mati'.

Sambung beliau; "Ambo ni buke apo.. cumo nak nasihak kak diri ambo sendiri.. walaupun ambo ni kecek kat depe tuan².. tapi ambo nak ingatkan diri sendiri.."

Isi ceramah seterusnya..
  • orang nak berdakwah kena ada ilmu
  • sebelum cakap pasal kalimah Laailahaillallah kena belajar sifat 20 dulu
  • anak saudara ustaz jadi gila bila ikut dakwah sebab tak belajar ilmu
  • ada orang dakwah tampar bini bila bini tak setuju ditinggal 41 hari.. (tertib 41 hari ni aku kurang pasti tertib jemaah mana..)
  • ada orang dakwah beri salam dekat rumah orang.. dan isteri yang keluar sebab suami tiada di rumah.. dan tengok isteri orang cantik.. dan anu jadi keras.. dan keluar air mazi.. dan kena pada kain.. dan tak sah sembahyang
  • orang dakwah kena belajar istinjak
  • ada orang dakwah kata ustaz syirik sebab tak keluar berdakwah
Isi ceramah berkisar mengenai perkara di atas selama 30 minit.. 

Ahli jemaah subuh yang hadir adalah lebih kurang 20 orang (15-16 orang ahli jemaah aku yang sedang keluar 3 hari di surau tersebut & 4-5 orang ahli kariah surau..). Ada yang mengangguk².. ada yang menggeleng² dan ada yang mengepal² penumbuk..

Kemudian..

Ustaz membaca satu hadis berkenaan maut dari kitab yang ada di tangannya itu.. dan majlis diakhiri dengan doa kifarah majlis dan surah wal A'sri 5 minit selepas hadis tersebut dibaca..

Kesian Sekian cerito ambo.. doa hidayat..


*memanjangkan kain sehingga menutup buku lali dan memendekkan janggut sehingga kurang dari segenggam



24 comments:

  1. salam

    nak menyampuk gak, patutlah ramai elak nak berdakwah, sbb diaorang bagi alasan tak ada ilmu

    hmmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  2. Wanita Bertudung Hijau;
    kena sampaikan walaupun satu ayat.. tak semestinya jadi ulama baru nak buat dakwah..

    ReplyDelete
  3. sape laaaa yang keluar air mazi tu... amir sab jangan buat malu hahah...

    ReplyDelete
  4. Abang Ben;
    lain kali keluar kena bawak kain lebih 7-8 helai..

    ReplyDelete
  5. Amin...amin, semoga hidayat sentiasa diberikan pada setiap insan. Maafkan dan doakanlah, mungkin ustaz tu cuba nak bagi bayan hidayat, tapi masaalahnya dia tak pernah keluar atau memahami kenapa umat semua kena keluar dijalan Allah untuk belajar berkorban sebagaimana para sahaba dari duduk dirumah aje kerjanya.

    Apa pun, tak boleh dinafikan kata ustaz tu, akhirnya kita semua ni akan mati. Cuma ramai yang tidak memahami akan kepentingan dapat berpeluang keluar dijalan Allah untuk usaha keatas iman sebelum maut menjemput atau yang paling baik, dijemput rohnya ketika berada dijalan Allah.

    ReplyDelete
  6. azhar alasan yang dia beri tu alasan zaman Jepun perang dunia pertama dulu, kita dengar masuk kanan keluaq kiri, di tempar saya dulu lagi dahsyat fitnah, katanya org tablig bila mai tempat kita dia guna lsteri tempatan yg suaminya keluaq, saya kata tolong tunjuk pada saya sapa buat kerja macam tu, saya bagi RM 50, dia terus diam tak boleh jawab, kata dia dia dengar orang cakap saja, terus saya bayan pasai fitnah kat dia

    ReplyDelete
  7. Memang ramai lagi ustaz separuh tiang yang merasa dirinya dah cukup ilmu, tengok orang lain tak ada ilmu ni syeh. Oleh kerana jemaah Tabligh ni tak memperkenalkan diri sebagai ustaz dia orang ingat semua jemaah ni orang tak ada ilmu. Dia orang tak tau, madrasah jemaah tabligh lah yang mengajar "sunnan sittah" di Malaysia ni.

    ReplyDelete
  8. tuan, inilah keindahan usaha ini... mari kita belajar tekan perasaan... huhu

    ReplyDelete
  9. zarch;
    terima kasih tuan.. lama x komen kat sini.. betul tuan.. kena doa hidayat.. doa untuk saya juga..

    tn hj musa;
    x dpt bayang camane org awal buat usaha.. sangat la mujahadah nya.. org baru mcm saya ni, kalau sekali² kena mcm ni baru tau.. hot jugak..

    ~saya masih belum dpt amal surah wal A'sri tu..

    Nashruddin;
    tanda hitam yg kecik pd kain yang putih memang senang nak nampak..

    ibnu dinar;
    betul tuan.. kalau semua org puji x jadi juga ek..

    ReplyDelete
  10. ust zaman jepun pun ade lg ke???
    alasan xmboh wat kerja dakwah je 2.....

    ReplyDelete
  11. beghak kalu lagu ni.. (",)..

    Ya Allah, selamatkanlah ummat ini dari salah faham dalam perkara agamaMU..

    ReplyDelete
  12. macam ustaz masa sekolah..., tp makin ditahan, budak makin josh..

    ReplyDelete
  13. ilmu Allah begitu luas, jika nak dituntut sampai ke kubur pun belum habis... jika abu bakar ra tunggu alquran turun habis dulu baru buat dakwah, xda la agama boleh berkembang begitu pesat... doa-doa ja lah... banyak2 bersabar.. kira ok arini kita kena tegur panas telinga ja.. orang dulu2 buat usaha kena tangkap dengan polis tuduh ajaran sesat la..

    ReplyDelete
  14. SALAMM...
    NE LA ...DI NAMAKAN UJIAN...KLU NAK DIBANDINGKAN DENGAN UJIAN YANG DITERIMA OLEH RASULULAH DAN PARA SAHABAT R.A JAUH ..TUAN...NAK KENA USULI USTAZ TU TERANGKAN USAHA NE CAMNER...SEMOGA ALLAH BAGI HIDAYAT...

    ReplyDelete
  15. pengalaman sy pernah diminta utk bertaubat dari kua tabligh,
    ape cerita bro??

    last2 bila p ikhtilat ngn dia,dia jadi molek pulok,
    syor,lepas kuliah tu,mau semua ahli jemaah cium tangan,bentang sapra panjang,kasi dia makan ckit,lepas bari karkhuzari ckit,
    bila nk balik dh,mau peluk dia..
    ini yg kami disini buat..
    walupun beberapa kali di smash...

    ReplyDelete
  16. takde bentuk jemaah untuk ziarah ustaz tu ke kat rumah dia? ehehehe ...

    ReplyDelete
  17. karkun yg mudah panas bila kena tegur camni kena bnyak istighfar dan perbaiki tertib..


    inilah nikmat yg paling besar dlm usaha ni..

    kena tengking kena makihamun..kena tampar laju2..kena ludah..

    kat akhirat nnti bangga...


    mungkin ni antara tanda allah terima usaha tuan2..

    amin

    ReplyDelete
  18. ustaz pon jgn bg ceramah sbb kat surau tu ade isteri org dgr ceramah..risau ustaz keluar air mazi plak...wakaka..

    ReplyDelete
  19. awangTRG;
    dah jadi hantu jepun la..

    fuad ansari;
    beghak mato memande, beghak lagi bahu memiko..

    alifzikri;
    josh tahap gaban..

    Wafi;
    orang sekarang buat usaha, polis pun suka..

    jatt;
    benar tuan.. jauh sangat kita ngan sahabat..

    Anak Pendang Sekeluarga;
    syabas.. tapi aku ni jenis tak pandai nak cium² tangan..

    mohd;
    x de..

    Kumbang;
    marah sesangat tu x de la.. tapi kelakar sesangat..

    Stranger On Earth;
    x masuk akal tengok bini org sampai boleh klr mazi.. apatah lagi masa gash..

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikom wtb tuan mulia. Pegorbanan tuan mulia sumber hidayat seluruh alam. Bila khuruj di jalan Allah s.w.t. bawala 4 sifat, jgn ditinggal walau sesekali. Adap usul kena dijaga. InsyaAllah mahluk ciptaan Allah pasti terbuka hati dengan akhlak tuan mulia. InsyaAllah

    Setiap dugaan yang Allah berikan kepada hambaNYA ada ikhmahnya. Ana juga ada pelbagai kisah, seakan yang tuan mulia coretkan. Biarla ia menjadi kenangan dalam kehidupan usaha dahwah. InsyaAllah.

    Tingkatkan amal dan kakurzari morhalah yang anta khuruj itu kepada org tanggunjawab. InsyaAllah bisa khuruj berkali-kali disitu.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  21. Salah saya laa.. masih belum buat keputusan lagi 8 jam hari2, 10 hari setiap bulan.. Semoga Allah ampunkan saya dan kekalkan semua Ummat dalam hidayahnya..

    Amin S3 Bangi

    ReplyDelete
  22. مسافر_اسلام ;
    insyaAllah kami akan klr di situ selama 6 bulan berturut² (3 jmh berbeza utk 2 bln, 2 bln, 2 bln..)

    ash;
    tuan kena bawak medical kit kalau klr ke surau tu.. mana la tau ada yg nak kena inject..

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum...org mcm ni kita baca 3 qul, atau 7x fatihah lepas tu tiup kat muka dia..ahah..

    ReplyDelete
  24. Ibni Hatari;
    w'salam.. hissh.. kena baca manzil..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...