Friday, April 29, 2011

Korang Suka Beri Bayan?

Antara perkara yang aku kurang gemar adalah memberi bayan. Tak kiralah masa kat mohalla atau masa keluar di jalan Allah.. Aku bukanlah seorang pembayan atau orang yang 'pandai' bayan.. Tapi kalau dah diputus dalam mesyuarat, terpaksalah jugak beri bayan..

kata orang Perok..
Kat sini aku nak share sikit;

Adab² Bayan (selepas gash)
  • Tujuan bayan adalah untuk menarik hidayat dari Allah.
  • Sempurnakan amal infradi sebelum bayan.
  • Jangan buat persedian (apa yang nak dicakap) sebelum bayan.
  • Sebaik²nya solat hajat 2 rakaat minta hidayat dari Allah.
  • Seorang boleh buat jorna dihadapan dan minta hadirin duduk rapat² sambil memberi kelebihan duduk dalam majlis.
  • Boleh duduk atau berdiri semasa bayan.
  • Pembayan hendaklah pandang semua orang.
  • Tawajuh pada Allah dan niat untuk manusia seluruh alam.
  • Puji Allah dan berselawat kepada Nabi dipembukaan bayan.
  • Cakap (seperti di dalam quran & hadis);
  1. tanda² kebesaran Allah
  2. nusrah Allah kepada Nabi²
  3. nusrah Allah kepada sahabat²
  4. tanda² orang beriman

  • JANGAN cakap;
  1. luar dari lingkungan 6 perkara
  2. nusrah Allah kepada kita atau jemaah² yang bergerak pada masa ini
  3. kelemahan ummat atau individu
  4. keburukan semasa
  5. perkara² khilafiat
  6. hal politik semasa di dalam atau di luar negara
  7. menyinggung perasaan orang lain atau menyentuh peribadi tertentu
  8. mengkritik pendapat atau pandangan orang lain
  9. mengutuk usaha orang lain
  10. menggunakan istilah yang diguna oleh pergerakan² lain
  11. menafsirkan Quran (kecuali ulama)
  12. membuat jenaka sehingga pendengar ketawa kerana akan jadi sebab Allah tarik hidayat
  • Para hadirin hendaklah memandang kepada muka pembayan, mengangguk jika diberitakan perkara yang benar & jangan tegur secara langsung jika pembayan membuat kesilapan tetapi hendaklah beristighfar di dalam hati.
  • Bayan untuk lelaki 20 minit & tashkil 10 minit. Bayan masturat 30 minit & tashkil 15 minit.
  • Orang yang buat tashkil hanya tulis nama sahaja dan tidak perlu bercakap atau sambung bayan.
  • Hadirin hendaklah tashkil orang² disebelah mereka.
  • Doa ringkas selepas bayan dan tidak perlu menangis.
Wallahua'lam..



25 comments:

  1. burung bayan hehehe :) aku x reti bayan. aku suka comm 2hala.

    ReplyDelete
  2. Wanita Bertudung Hijau;
    kat search box sebelah kanan tu taip 'bayan'..

    zamieza forever;
    atau 'bayan lepas' yang membawa maksud 'bayan main lepas' je..

    ReplyDelete
  3. Jangan buat persedian (apa yang nak dicakap) sebelum bayan. <-- setuju2.. dulu masa mula2 disuruh bayan, selalu gak wat persediaan.. but then, bila x buat persediaan,saya rasa bayan menjadi lebih mudah dan baik sebab lebih banyak tawakkal dan tawajjuh kepada Allah.. Wallahua'lam..

    ReplyDelete
  4. hujung bayan kena bangun bagi nama,

    insya-Allah bang! Hariz, 4 bulan IPB!

    amiin..

    ReplyDelete
  5. doa ringkas lepas bayan x perlu menangis..?? maaf tuan air mata yang menitis krn takut azab allah boleh memeadamkan api neraka....ade nas atau dalil yang mengatakan x boleh menangis ketika berdoa...dulu masa memula buat usaha mmg senang nak menangis skrg xkan x boleh menangis...

    ReplyDelete
  6. fuad ansari;
    ada orang sangka dengan bayan jemaah boleh keluar.. sebenarnya amalan jemaah sebelum bayan tu yang Allah tengok..

    hariz chacho;
    kena bagi masa di masjid hari²..

    jatt;
    ni bukan bayan macam kat ijtimak tu.. ada aku tengok orang bayan masturat.. lepas tu masa doa beria² menangis.. nak nangis kuat² & panjang² masa tahajud le..

    tak 'perlu' menangis bukan tak 'boleh' menangis..

    ReplyDelete
  7. bayan talam pun jangan.., abis makan ,baca doa sudah makan dan basuh talam..hehe

    ReplyDelete
  8. erm. lg satu, maksud menafsirkan Quran (kecuali ulama) macam mana? kira tak boleh sebut ayat quran ke?
    -saya kurang faham.. biasanya ulang ayat quran yg ulama' cakap je..

    ReplyDelete
  9. alifzikri;
    kalau hafal ayat tu dengan baik boleh la baca.. dan baca terjemahannya.. terjemahan x pe bukan tafsir..

    nummerzwei;
    ada orang bayan subuh 45 minit hingga 1 jam.. lain kali orang kampung pun serik nak duduk..

    ReplyDelete
  10. saya takut bayan. cuma nak belajar taat.
    bayan talam best,kalau dgr nescaya org yg dgr dan ckp tak lari dr talam,heh.
    pas nasik,air teh,pastu bukak kuih...adeihh

    alifzikri, bgtau terjemahan al-quran boleh.jgn komen ayat tu.

    ReplyDelete
  11. penah 'bagi' bayan asar.
    orang cakap ni lah bayan paling mudah & ringkas.
    tapi tak penah lepas. huhuh..
    moga Allah bagi hidayat lagi.. :)

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum.
    Saya nak minta pendapat. Kalau masa bayan tu, pembayan silap bagi maklumat, cmana cara terbaik kita nak tegur dia lepas taklim tu? Situasi : Tempat baru, kita bujang xpnah kuar masturat, baru2 nak ikut dgr2 taklim, kredibiliti tak sama mcm kakak2 yang dah lama2 belaka ikut suami wat usaha. =( mohon pandangan.

    ReplyDelete
  13. Ismi Ijmi;
    ada sekali tu seorang student bayan subuh masa keluar 40 hari.. kisah kepala kambing dah tersilap.. ntah mcm mana jadi kepala ikan pulak..

    Muhammad Fahmi;
    cakap yg biasa² aje.. x pandai bayan pun x pe.. yg penting sediakan diri jadi mutakalim..

    Rumaisha';
    w'salam.. boleh sampaikan pd kakak yg betul² rapat dgn dia.. kalau x.. doa aje sungguh² dlm hati..

    ReplyDelete
  14. Saya dah buat tadi lepas taklim mcm cadangan encik. Terima kasih. Alhamdulillah. Lega =)

    ReplyDelete
  15. Salam masa mula-mula jemaah arab datang khuruj kat malaysia tahun 1980an dulu, kita tiada penterjemah arab macam sekarang, masa saya kat KL kita guna ustaz dari Azhar(bukan kamu)utk terjemah. Bila sampai masa taskil pembayan sebut "beri nama keluar "cash". Tetapi ustaz itu terjemah "Tuan2 mereka minta wang tunai dari tuan2,sila beri nama.Ini biasa kita sebut wang tunai sebagai cash. Inilah kecelaruan yang maha hebat dalam dunia penterjemahan bayan magrib

    ReplyDelete
  16. tn hj musa;
    memang susah kalau guna ustaz yg x biasa keluar utk terjemah.. sebab ada byk istilah² karkun yg org x paham.. macamana pun kesediaan ustaz² tu utk terjemah adalah satu rahmat yg besar dari Allah.. dan menandakan sokongan mereka terhadap usaha tabligh..

    ReplyDelete
  17. "Orang yang buat tashkil hanya tulis nama sahaja dan tidak perlu bercakap atau sambung bayan." ni aku masih ingat lagi , pesanan masa kat Raiwind, Pakistan tahun 2006

    ReplyDelete
  18. mohd;
    bukan apa.. kadang² tukang tashkil terlupa & terjosh..

    ReplyDelete
  19. Ada sekali jemaah melbourne dtg sini..ahli jemaah usik2 amir sab sebab malam tu, amir sab akan bayan maghrib..sebelum maghrib, ahli jemaah dah kena 'pre-bayan' siap2 dgn amir sab. Amir sab pesan, usaha ni bukan bayan semata2..N elders paling risau bila karkun2 mula rasa bayan mereka bagus, dan selalu nak bagi bayan.. Wallahualam.

    Semua tunduk je kena 'bayan' dgn amir sab masa tu.. :D :D

    ReplyDelete
  20. Penglipur Lara;
    tu jenis amir sab x boleh dibawak begurau.. saborrr aje lah..

    ReplyDelete
  21. ske dgr bayan...

    bayan tgk majmak...jgn bayan tinggi2...org xpaham

    ReplyDelete
  22. Pesanan Nabi saw dalam mimpi hadratji innamul hassan :

    "..Pembayan ramai tapi tak bangun tahajjud.."



    ReplyDelete
  23. Bayan talam Best haha... bayan ustaz(alim) best jgk sbb Alim paham Kalamullah n Kalamu rasul...

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...