Monday, April 04, 2011

Ayat-Ayat Power

Bekerja Secara Online Hanya Dirumah
Modal RM20 sahaja!
Jana Keuntungan 100% Milik Anda
Terima Bayaran RM20 Terus Ke Akaun Anda
Tanpa Melibatkan Admin

PENDAPATAN PASIF PALING PANTAS!!

Bukan 3 Bulan Sekali
Bukan 2 Bulan Sekali
Tapi..2 Hari Sekali


SALAM sejahtera buat teman-teman .. Autodash ialah 1 program pasif 
yang anda dapat income tanpa perlu menaja
Tak kira bank apapun setiap 2hari duit tetap masuk ke bank Anda !!


buleh buek kipeh..

"Pendedahan Trik dan Teknik RAHSIA Jana Pendapatan ONLINE!"
Dengan Panduan 5 Langkah Yang Mudah Difahami..
Tanpa Perlu..
  1. membina laman web
  2. membeli hosting&domain
  3. mencari downline
  4. melakukan promosi!!.
Ramai yang hidup mewah menggunakan sistem ini. Ingin menjadi seperti saya? Masa dgn family, masa untuk anak-anak, masa untuk suami. Daftar percuma di sini. Saya akan hubungi anda.

Macam tak percaya check akaun dpt lebih 10k sebulan. Simple, sesuai utk semua dan wang bukan masalah lagi. Jom saya bimbing. Mari kita keluar dari kemiskinan. Cepat dan saya tunjukkan caranya.

Air yang tenang jgn disangka tiada buaya. Pendapatan 4 angka seminggu. INFO PERCUMA. SEGERA.

buaya?

Haaaa.. power tak ayat² kat atas? Perghhh.. bau telor! memang power! Budaya kita wajah kita tauuu!! Aku nak ajak korang join geng ayat² power.. Hahaha..

Korang x nak ke dapat rezeki mudah? Aku selalu dengar ada yg mengadu kena tawan & kena ikat ngan dunia la.. siap kena dera dengan keje pagi sampai malam la.. tak dapat cuti nak keluar cillah.. Nak berenti keje, tertib usaha agama x benarkan pulak.. Kadang² nak keluar 3 hari pun miss.. jiwa merana.. tertekan.. adusss..

Kalau korang join geng ayat² power di atas.. mula² korang kena lebur labur duit.. lepas tu korang kena carik orang untuk labur duit.. lepas tu orang yang korang carik untuk labur duit tu, kena carik orang jugak untuk labur duit.. dan untuk beberapa ketika selepas itu, korang pun kayo..

Masalahnya.. lepas korang labur duit.. korang x dapat carik orang untuk sama² labur duit.. dan muka korang pun berubah kepada muka kerang..

kerang yang dah siap untuk direbus..

Aku nak kongsi dengan kerang korang ayat² yang lebih power dari ayat² di atas.. jeng jeng..

******************

Kisah anak Hadrat Auf bin Malik رضي الله عنه telah diriwayatkan dalam banyak hadis, bahawa beliau telah ditawan dan diikat oleh musuh² Islam. Penderaan yang amat sangat telah diperlakukan terhadapnya. Beliau juga terpaksa menanggung kelaparan di dalam keadaan tersebut.

Dengan satu cara beliau telah memberitahu keadaannya kepada bapanya sambil meminta supaya Rasulullah صلى الله عليه وسلم berdoa untuknya. Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengetahui keadaannya, maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم menghantar nasihat kepadanya agar takut kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya dan supaya di waktu pagi dan petang membaca ayat² berikut;



Setelah menerima nasihat dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم, beliau mula membaca ayat² tersebut. Maka tak lama kemudian, dengan izin Allah kesemua ikatan yang dibuat oleh musuh² Islam untuk menawan beliau telah terbuka lalu beliau telah pulang ke rumah. Semasa pulang ke rumah beliau juga membawa harta musuh² Islam dalam bentuk unta² mereka.

********************

Amacam? Ayat² ni lagi power sebab ni ayat² Allah.. Allah kan power dan tiada yang power melainkan Allah..

"Eleh syeikh.. Dunia ni kan darul asbab.. Tak kan cukup dengan beramal aje.. Nak kena kerja jugak.." kata seekor makhluk halus.

Aik!! Aku tak cakap pun tak payah kerja.. Aku pun berniaga.. Tapi aku dengar ulama ada cakap, "dunia ni darul asbab untuk orang kafir.. untuk orang beriman, dunia ni darul amal.."

Suka hati ko lah..



17 comments:

  1. mantopppppppp!!! pass sikit pahala boleh?

    ReplyDelete
  2. "Dunia penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir."

    Ini satu lagik ayat powerr.

    ReplyDelete
  3. eh ni ayat surah apa ey? aku ada dengar sorang pakcik ni selalu duk baca2 ritu...

    ReplyDelete
  4. Abang Ben;
    silakan..

    perintah berkurung;
    power.. power..

    Wafi;
    2 ayat terakhir surah At Taubah.. mafhumnya

    Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

    Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad صلى الله عليه وسلم): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."

    ReplyDelete
  5. muka kerang yg x tahan tuuuuuuuuu..

    aku biasa dah dgr sore2 makhluk halus mcm tu..rs mcm nak lempang ajer

    ReplyDelete
  6. haha!betul tu..mana ada ayat lain yang lebih power dpd ayat Allah..(macam ada suara halus suruh tidoq lah pula petang2 ni)

    ReplyDelete
  7. Aku pun tak paham ler, macam mana ada orang boleh percaya ngan ayat2 power pasal biz online cepat kaya ni....karkun pun ada terkesan dan terpedaya beb!!! Ini semua cinta dunia punya pasal!

    ReplyDelete
  8. memang power ayat biz online tu, macam ayat iklan tukang urut ...huhu

    ReplyDelete
  9. syuk;
    jangan lempang.. x baik.. pijak je tengkuk dia..

    menusuk hati;
    (malam² ni pulak ada suara halus kata jangan tido.. jangan tido..)

    Tamindhari;
    "Dulu kuli sekarang CEO. Macam tak percaya tapi benar. Nak tahu rahsianya. Jom bersama saya.."

    alifzikri;
    Khidmat urut tenaga batin khas untuk lelaki bagi anda yang menghadapi masalah tenaga batin, kalah sebelum bertarung, tiada nafsu tuutt.Dapatkan terapi urutan tenaga batin dari Mak Limah yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dan pakar dalam urutan tenaga batin.

    ReplyDelete
  10. Aku orang Kedah, Darul Aman..

    ReplyDelete
  11. tengok kerang tu, teringat pesan anak aku suruh beli kerang...aku kata, nanti balik limbang babah belikan, mungkin tuan ada jual kerang tak?

    ReplyDelete
  12. tq2x... aku ada dengar sorang pakcik ni selalu baca ayat ni..

    ReplyDelete
  13. mhafiz_ydin;
    semoga aman dunia & akhirat..

    ismadiyusuf;
    ingat anak ke ingat bini?

    Wafi;
    kirim salam kat pakcik tu..

    ReplyDelete
  14. smart r syeikh....guna pendekatan yg berkesan

    ReplyDelete
  15. Nuruddin Rusli;
    jauh di mata, dekat di hati..

    ReplyDelete
  16. salam kita share kat FB ye, insyaallah dapat pahala MLM ayat power :-)

    ReplyDelete
  17. http://fixmonthlypaid.com/?id=46929

    Betul kah ni

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...