Monday, November 08, 2010

Mencari seorang mursyid

N3 copy & paste..

*****

Sepanjang menyertai Jemaah Tabligh, saya bagaikan tersedar bahawa Islam adalah suatu agama yang istimewa. Sepanjang usia saya sejak kecil sehingga remaja, saya tidak faham kenapa saya Islam, saya tidak kenal siapa Muhammad bin Abdullah, saya tidak kenal siapa sahabat-sahabat rasulullah dan saya tidak pernah ambil kisah pun. Kehidupan saya sebelum mengenali Jemaah Tabligh, hanyalah sebagai budak kecil yang menganuti Islam sebagai agama sejak lahir. Ya, lahir sahaja ke dunia, saya Islam kerana baka. Maka, membesarlah saya sebagai seorang Islam tanpa usaha memahaminya - luar dan dalam!

Jemaah Tabligh mempunyai kekuatan dari aspek amalan sunnah. Misalnya solat berjemaah, ini adalah amalan sunnah terunggul yang diwariskan oleh rasulullah. Jika seorang karkun sedang melakukan kerja, misalnya bertukang dan dia kedengaran azan berkumandang, maka si karkun berkenaan akan segera meninggalkan pekerjaannya dan menyahut seruan azan. Dia akan segera membersih dan menyucikan diri dan mengenakan pakaian dan minyak atar istimewanya, lalu bersegera mendatangi solat berjemaah di masjid atau surau berdekatan rumahnya. Syahdu sungguh apabila saya meneliti akhlak karkun-karkun tabligh dalam bab menjaga solat berjemaah ini.

Sebab itulah, antara mauduk utama dakwah jemaah ini ialah, mengajak manusia kembali memakmurkan rumah Allah. Mereka tidak berbicara isu lain, misalnya kecelaruan politik negara dan dunia dalam usaha dakwah mereka. Mereka tidak membicarakan soal kejatuhan nilai ringgit atau saham di papan utama. Mereka tidak berminat pun untuk menceritakan isu kenaikan harga ayam, gula dan bawang. Atau mengisahkan mat rempit dan minah rempit berlumba malam. Itu sesuatu yang asing dan canggung dalam bicara dakwah mereka. Benar, sesekali apabila berkesempatan mengikuti bicara mereka dari dulu hingga kini, nadanya masih sama, mereka istiqamah dalam urusan fikir atas iman dan amal mereka.

Semasa terlibat dalam gerakan Islam di kampus, dalam proses ta’aruf sesama ikhwah atau anak usrah, kami dapat mengesani satu perkara yang hampir sama berlaku kepada pengikut jemaah kampus, bahawa jemaah yang mula-mula berjaya menarik kami untuk mendekati Islam sebagai ‘ad-deen’ atau ‘nizamul hayah’ ialah Jemaah Tabligh. Selepas dari itu, maka baharulah ada yang akan meneruskan tatih perjuangannya sama ada menerusi Abim, Jim dan Pas. Asalnya, ialah Tabligh…menarikkan?!

Dalam Tabligh, organisasi mereka agak ringkas. Mereka mempunyai amir yang bertanggung jawab terhadap jemaah. Namun kita jangan terkejut, orang-orang yang menyertai jemaah ini bukanlah calangan manusia. Ramai para teknorat yang jatuh hati dengan jemaah ini, misalnya para profesor, doktor, pensyarah dan sebagainya. Ini kerana, jika di kampus pun yang ramai menyertai jemaah ini ialah pelajar dari aliran perubatan, sains hayat, geologi, pengurusan perniaagaan, teknologi maklumat, ekonomi dan sebagainya. Pelik juga saya, agak sedikit pelajar daripada bidang agama yang mendekati Tabligh. Dan jika kita mahu menyertai Jemaah Tabligh, ia adalah penyertaan secara terbuka. Tiada borang keahlian, tiada yuran tahunan dan tiada undang-undang bertulis yang mengawal pergerakan kita.

Dicilok dari; http://www.hamizul.com/?p=681

*****

Cucu ke 4 aku yang lahir minggu lepas..
Mu'az & Mardhiah..



9 comments:

  1. Ibnu Mutalib;
    cucu;
    = anak kepada anak kepada kakak kepada isteri
    = isteri punya kakak punya anak punya anak.. ada faham ka?

    ReplyDelete
  2. nk jwb teka teki kat atas dulu:

    baby anak saudara sebelah org umah.

    pehtu nk ckp mekasih for this entry walaupun copy paste. =)

    ReplyDelete
  3. ziarah76;
    amiin..

    hijabrockers;
    betul3..

    ReplyDelete
  4. Aslmkm Wbt.

    Sori nak tumpang menjemput di entri ini. Next entri tu agak menggerunkan. Hehe.

    Dengan penuh rasa kesyukuran kami mengundang tuan/puan/cik sekeluarga untuk ke Majlis Walimah kami, Ishak & Umu 18 & 26 Dis 2010. Bertempat di Gemas N9 dan Lachang Pahang. Mohon doakan kami juga. Jemput datang ye. Jazakumullah.

    ReplyDelete
  5. Ishak Zaini;
    Wah wah.. dua bloggers nak bernikah!

    Selamat pengantin baru.. Semoga semakin mantap di dalam iman & amal & semoga kekal sehingga ke dalam Jannah..

    ReplyDelete
  6. bila baca balik mmg betul la, mula2 dulu abang sains hayat tu yang tashkil aku, tapi lepas tu aku gi join kumpulan yang nampak lebih gah dan lagi nampak jihadnya..tapi sekarang aku baru nak belajar2 semula buat usaha atas iman dan yakin..harap diterima Allah

    ReplyDelete
  7. van qif;
    semoga Allah terima tuan & zuriat untuk agama..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...