Sunday, August 08, 2010

Kitab Haid


WALAUPUN siapapun kita, kita bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Walaupun masalah ini berlaku dalam kalangan kaum wanita sahaja, tetapi kaum lelaki juga terlibat dan mempunyai hubungan dengan masalah ini. Pada zaman yang serba canggih ini, ramai orang terlupa untuk mempelajarinya. Dalam minda wanita masa kini, apabila masalah ini datang, mereka hanya mengagak-agak bahawa darah yang keluar itu ialah darah haid. Apabila tempohnya terlebih sedikit, maka ia dikatakan darah istihadah, pada hal kadang-kadang adalah sebaliknya.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah masyarakat hari ini kurang mengetahui mengenai masalah haid kerana golongan wanita berasa malu hendak belajar atau bertanya mengenai masalah ini lantaran merasakan bahawa haid adalah masalah dalaman wanita (hal-hal sulit) dan ada juga segelintir masyarakat yang apabila disebut mengenai perkara ini, mereka akan menganggap bahawa ia adalah suatu perkara yang lucah dan tidak senonoh, seolah-olah tidak sesuai untuk dibincangkan.

Tambahan pula, pihak suami juga berasa malu hendak menyuruh isterinya belajar atau bertanya mengenai masalah haid kerana khuatir bahawa masyarakat akan mengetahui masalah dalamannya. Maka jika fenomena ini berterusan, semua pihak akan menanggung dosa.

Buku berkulit tebal Tuhfah al-A’iza’ Fi Idah Masa’il Dima’ al-Nisak – Hadiah Untuk Insan yang Mulia Dalam Menjelaskan Hukum Darah Wanita ditulis oleh al-Fadhil Ustaz Mansoor Bin Ismail al-Hafiz, Miftahul Ulum, Seri Petaling wajar dimiliki oleh setiap keluarga. Buku yang lengkap dengan rajah, jadual dan warna hanya berharga RM60.

***********

Alhamdulillah Rabu lepas aku dah beli kat premis kedai Masjid Sri Petaling.. tapi belum baca.. tu yang lemahnya.. beli, tapi belum baca.. baru selak-selak mukasurat sambil lalu.. tapi wife aku dah start baca.. 

dan dah mula sound kat aku, "haa.. ada benda yang boleh buat, dan ada benda yang tak boleh buat.."

"Oooo.." kata aku..

Bagi sesiapa yang nak beli secara online, sila layari http://teknokrati.com/kitab/ (bukan aku yang jual.. tolong promote je..)



10 comments:

  1. Bro,

    Thanks for the Info, elok bebenor ler untuk aku yg baru kahwin ni...elok juga dibuat hadiah kahwin tuh, lagi elok kalu dibeli kat premis masjid seri petaling, sebab depa kasi share kat masjid...semuanya elok-elok belaka, insyallah..

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Klas masaail utk masturat/ibu2 ttg kitab haid sdg dijalankan di s.ptlg stiap Sabtu jam 11.30-12.30 tghri( di rmh Ustaz Mansor, guna kitab spt di atas). Boleh amik alamat rmh ustaz kat blog ana.

    Disarankan/dialu2kan utk para masturat/ibu2 spya dpt meluangkan masa ke klas ini utk pemahaman yg lbih mantap krana jika mmbaca melalui kitab shj kmgkinan kita boleh tersalah faham maksudnya..Harap mklum.

    ReplyDelete
  3. Wahwahwah...menarik.Ok,,,saya nak belajar,utk bakal isteri dan bakal anak..kalau panjang umur ;P
    Saya nak update blog hari-hari.Mind to read? :)

    ReplyDelete
  4. van qif;
    orang yang dah lama kawen pun kena baca gak..

    aliaazuan;
    itu yang terbaik.. tapi tak semua orang mampu hadir..

    iqbalsyarie;
    wawasan manusia cemerlang..

    ReplyDelete
  5. salam,

    Yer..yer, betui2. Tak semua org dapat hadir, sbb ada musyaqqah msing2. Lupa pulak nak tulis kat situ "bagi yg berkelapangan..."

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, kedai kt SP ada byk, yg mana satu, era visi ke, yg tepi kiri skali ke, atau yg kanan skali

    ReplyDelete
  7. hainur hapis;
    w'salam.. kat era visi.. tanya je, jangan malu2..
    "Err.. abang kedai.. nak tanya sikit.. Kitab pasal haid ade jual tak?"

    ReplyDelete
  8. salam... tuan. kitab ini boleh dapat kat markaz bpahat tak...

    ReplyDelete
  9. Azhar;
    x tau le.. (macam beri jawapan kat diri sendiri je..)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...sudah lama mncari kitab ni..nak rujuk satu kitab dan kitab yang lain,kena perlukan ustaz o ustazah yang mnerangkannya...kalau gune kitab ni pon perlukan org yang faham juga...tapi InsyaAllah kalau baca dan dapat fahami penerangan yang diberikan didalam tu boleh juga tahu :)...Mana nak dapat kitab ni :(

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...