Thursday, July 01, 2010

Majlis Khatam Kitab Bukhari

Ilmu yang sebenar adalah perkara yang dapat membantu kita untuk menjawab soalan di dalam kubur.

Pada Isnin baru ni (28 Jun 2010) di madrasah alimah anak aku di Bdr Baru Sri Petaling, ada majlis khatam kitab sahih Bukhari . Majlis tu dibuat untuk pelajar2 yang dah tamat belajar. Aku dijemput untuk hadir ke majlis tu walaupun anak aku baru setahun jagung kat situ.

Pukul 5 pagi aku dah mandi sunat sebab x de sebab yang patut berlaku malam tadi untuk aku mandi wajib.. Solat 2 rakaat. 5.30 pagi aku terus memecut kancil merah aku yang dah x de hutang dan tak ditukar ke kereta baru sebab takut beban hutang tu... Majlis tu start jam 8 pagi.. Disebabkan aku malas nak mengharung jem ketika memandu kancil merah aku yang dah x de hutang dan tak ditukar ke kereta baru sebab takut beban hutang tu kat KL jadi aku keluar sebelum subuh..

Alhamdulillah, bila aku sampai ke masjid Sri Petaling, azan subuh sedang dilaungkan.. purata aku memecut kancil merah aku yang dah x de hutang dan tak ditukar ke kereta baru sebab takut beban hutang tu adalah kira2 100km/j sebab jarak rumah aku ke masjid Sri Petaling lebih kurang 30km..

Ilmu tanpa zikir lebih buruk dari jahil.. Zikir tanpa ilmu lebih buruk dari lalai..

8.30 pagi aku ke madrasah anak aku tu.. ramai tetamu yang dah datang.. ustaz2 sedang memberi targhib tentang kepentingan belajar ilmu..

Jam 8.45 pagi maulana Syaukat datang.. beliau telah baca hadith terakhir dari kitab sahih Bukhari..

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dua kalimat yang dicintai Allah Yang Maha Pengasih, ringan di lidah, berat dalam timbangan,  (iaitu),
سُبْحَانَ الله وَ بِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الغَظِيْمِ
“Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, maha suci Allah Yang Maha Agung.”

Kemudian beliau memberi sedikit nasihat;

Hakikat ilmu yang selayaknya dipanggil ilmu adalah ilmu agama yang datang dari Allah & diberikan kepada Rasulullah SAW & disampaikan kepada para sahabat baginda, & seterusnya kepada tabiin, tabit tabiin, para muhaddith dan sehinggalah sampai kepada kita. Ilmu ini begitu tinggi kerana ia datang dari Allah. Begitu juga lafaz2 ilmu ini begitu tinggi di sisi Allah sehingga Allah menjadikannya asbab kekalnya dunia ini. Apabila tiada lagi manusia yang menyebut Allah.. Allah.. maka Allah akan kiamatkan dunia.

Oleh itu kita bukan sahaja perlu memelihara lafaz2 ilmu ini, bahkan kita perlu menjadikannya sebagai amalan di dalam kehidupan harian kita. Ia akan menjadi sumber kejayaan manusia di dunia & akhirat. Suatu masa dahulu manusia telah berusaha atas agama, Allah telah menjadikannya sumber hidayat kepada umat manusia. Apabila kini kita telah meninggalkan usaha atas agama, maka manusia telah terhenti dari hidayat. Apabila ilmu dibawa kepada amalan, maka suasana yang baik akan datang kepada manusia, tetapi apabila ilmu ini tidak diamalkan, maka manusia akan ditimpa berbagai musibah dan kesusahan.

Ilmu ini telah datang kepada umat ini bukan dengan begitu sahaja tetapi pada hari pertama lagi ilmu ini telah datang dengan mujahadah dan susah payah. Hadrat Umar r.a berkata bahawa dia mempelajari surah Al Baqarah selama 1½ tahun. Apabila ditanya kenapa beliau mengambil masa yang lama, maka beliau mengatakan bahawa kami para sahabat apabila satu ayat dipelajari dari Nabi saw, kami tidak mempelajari ayat yang lain sehingga kami dapat mengamalkannya. Para sahabat adalah umpama al Quran yang bergerak. Oleh itu ilmu bukanlah semata2 ilmu tetapi bagaimana manusia dapat beramal dengan ilmu.

Dan apa yang kamu buat ini bukanlah satu perkara yang baru bahkan ia telah datang sejak Nabi SAW lagi. Ilmu yang kamu pelajari hendaklah kamu sampaikan kepada kaum wanita dan mereka akan mengajarkan ilmu ini kepada anak2 di ribaan mereka. Para ulama telah berkata jika Hadrat Aisyah r.ha tidak ada, maka 1/3 dari ilmu agama ini akan hilang. Apabila para sahabat menghadapi sebarang masalah, kadangkala mereka akan rujuk kepada Hadrat Aisyah r.ha.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan ilmu yang dipelajari & diamalkan itu perlulah disampaikan. Inilah yang berlaku pada zaman sahabat r.hum. Mereka meyakini ilmu agama, mengamalkan ilmu agama & menyampaikan ilmu agama. Apabila mereka bangun di atas ketiga2 asas ini, maka Allah telah memberi kejayaan kepada mereka dan menghancurkan kebatilan diseluruh dunia. Pada hari ini juga kalau kita berjalan di atas tiga asas tersebut maka pasti Allah akan memberi kejayaan yang sama dan menghancurkan kebatilan di seluruh dunia dalam waktu yang singkat.

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, “Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”

Dari penerangan yang diberitahu kepada saya, saya dengan berpegang kepada Allah, kitab Bukhari yang saya belajar dari guru saya Hadhrat Maulana Syed Fakhruddin Deobandi, yang belajar dari.. (maulana menyebutkan nama beberapa orang syeikh. Aku x dapat mendengarnya dengan jelas) sehinggalah bersambung sanadnya kepada Hadrat Shah Waliullah Ad-Dahlawi Rahimahullah, dengan ini saya memberi ijazah kepada kamu semua untuk mengamalkannya dan menyampaikannya kepada seluruh umat Nabi SAW. Semoga Allah memberi kamu keberkatan dalam kehidupan kamu dan menggunakan kamu tanpa had untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu agama Allah SWT..

Kemudian maulana telah berdoa dan diamin oleh hadirin dengan tangisan.. Majlis diakhiri dengan penyampaian ijazah kepada para pelajar yang dah tamat pengajian..

10.15 pagi ..dan macam biasa, ada makan2.. bersurai..

***************

Kancil merah aku yang dah x de hutang dan tak ditukar ke kereta baru sebab takut beban hutang tu...

boleh juga dijadikan sebagai taman permainan kanak-kanak..
dan melakukan terjunan dengan gaya bebas..



10 comments:

  1. ingatkan gmba super impose,( yg terbang tu.. )

    sy pun azam nak anta anak ke madrasah gak, amin....

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  2. salam.. cne bleh ingt dgn mnatap eh ape yg org bayan/taklim atau tazkirah.. sy ssh nk ingt. xikot turutan ingtnyer dan kadang2 xlengkap pon... btw ader superwoman muslimah skrg... wslm

    ReplyDelete
  3. aku mmg igt super impose hehe

    ReplyDelete
  4. hainur hapis;
    bukan super impose.. x caya bawak gi lab..

    z@i;
    saya selalu mendengar sambil buat nota ringkas.. atau record je pakai hphone..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.
    abgreds ziarah ni. kalu ikut mata abgreds ni, apa-apa boleh terbang no. mato kureng power la katakan. well done tuan blog. adios.

    ReplyDelete
  6. 10hb ni utk madrasah banin lak

    ReplyDelete
  7. Asmkum Saya ucapkan tahniah kpd Azhar sekeluarga kerana telah berjaya menghantar anak ke tempat yg Allah suka semuga ia berjaya

    ReplyDelete
  8. abgreds;
    w'salam.. bukan mata saja nak melihat, hati pun kena sama2 melihat..

    ibnsoleh;
    selamat menerima ijazah yang ada nilai di sisi Allah..

    Hj musa;
    w'salam.. semoga di terima Allah.. doakan kami..

    ReplyDelete
  9. salam tuan azhar, sy xerox(copy) malfuzat maulana Shaukat. Masukkan dlm tab sidebar, taklim online utk peringatan. huhu.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...