Saturday, July 10, 2010

Jumaat lepas (02 Julai 2010), aku keluar 3 hari..

Tempat bayan hidayat

10.00pagi.. bayan hidayat kat masjid aku (lambat gilak..). Aku & beberapa kawan yang dah beriktikaf sejak malam tadi (malam Jumaat), terpaksalah tunggu kawan-kawan lain yang datang lambat.. Habih cam no.. dalam hati masih belum ada yakin akan janji-janji Allah.. Kalau di 'offer', siapa datang sejak malam dapat RM1juta.. pehh.. kompom beribu-ribu lemon orang datang awal..

11.30pagi.. sampai di surau tempat keluar... mesyuarat, khususi orang tanggungjawab surau & taklim bermula..

12.30 tghari.. aku nampak sebijik kereta warna hitam masuk ke perkarangan surau dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung.. Aku mengajak sorang kawan untuk iktilat abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung.. 


"Assalamualaikum bang!" kata aku..

"Waalaikumsalam.." aku bersangka baik abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung itu menjawab salam..

"Saya Upin, dan ini adik saya Ipin Azhar, kami jemaah 3 hari dari Kepong.. siapa nama abang?" kata aku lagi dengan penuh sopan santun umpama wakil meminang anak dara orang..

"Saya encik Honta (bukan nama sebenar). Ni datang ni minta kebenaran sapa? Mintak kebenaran sapa? Mintak kebenaran sapa?" kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung.

Sesapa pakai kete Honta, boleh repair kat sini..

Aku pun tanya kat kawan aku "sapa yang korang jumpa tadi?"

"Imam.. tapi dia tengah sibuk bersiap nak ke masjid untuk solat Jumaat.. dah bagitau kat dia pasal jemaah kita.. Kita ada pergi rumah pengerusi, tapi dia kerja.. insyaAllah petang dia ada.." kata kawan aku..

"Kami kat sini dah mesyuarat dah.. jemaah tabligh tak dibenarkan masuk.. nak datang sembayang je boleh.." kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung  dengan suara agak terketar-ketar macam nak marah..

"Ek eleh.." kata aku (dalam hati je..). "Apa masalahnya bang" kata aku (dengan suara..)

"Jemaah dulu datang buat kotor.. taik cicak pun diorang tak nak kutip.." kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung.

Ape la.. taik cicak punya pasal pun nak kecoh.. Pandai berak, pandai la cuci..

"Sini orang Islam ramai ke?" kata aku untuk memulakan soalan perangkap dan mengubah topik..

"Adelah.. tapi kami dah mesyuarat dah. Saya bilal kat sini.. jemaah tabligh tak boleh masuk.. Lagi pun bil air api kami bayar sendiri.. bukan ada bantuan kerajaan" kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung lagi.

"Ada azan ke.. lima waktu?" tanya aku lagi..

"Maghrib isyak je.. Azan subuh hari Sabtu Ahad je.. orang kat sini semua bekerja.." kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung. Abang tu pun blah ke rumahnya yang betul-betul disebelah pagar surau..

Adoi yai.. kalau semua bekerja, tak kan tak boleh bayar RM10 sorang sebulan untuk surau.. Kalau cas kat abang ni untuk parking RM1 sehari pun dah dapat RM30 sebulan..

Heheh.. jam yang baru aku beli, sehari sebelum keluar..

1.00 tghari.. kami pegi solat Jumaat di masjid berhampiran..

Solat Asar kami di kaki lima surau.. sebab surau masih kunci.. Lepas tu aku hantar dua orang ke rumah pengerusi surau.. Ok je.. Tak de cakap apa-apa pun pasal taik cicak.. Boleh je buat usaha 3 hari..

Selama 3 hari, azan lima waktu dilaungkan.. Ramai orang-orang dijumpai.. beberapa orang azam untuk hidupkan taklim di surau dan di rumah.. 4 orang azam untuk keluar 3 hari pada minggu ke tiga & nama-nama mereka dah diberi kepada orang tanggungjawab tempatan yang sama-sama dengan kami..

Pada hari ketiga lepas Isyak, di surau, orang tempatan ada buat doa selamat untuk seorang ahli kariah yang baru selamat buat pembedahan jantung.. Lepas tu ada makan-makan.. Orang tempatan ok je dengan jemaah.. boleh sembang-sembang.. tak de keluar pun cerita cicak yang tak mahu cuci taik sendiri..

dan selama 3 hari.. tak nampak pulak kelibat abang Honta.. walaupun kereta beliau tersergam indah di tempat parking surau yang berbumbung.. Semoga Allah beri hidayat pada beliau.. mungkin orang tempatan kena buat doa selamat juga untuknya..

*******

Dan ni cerita lain lak..

Semalam (Jumaat 09 Julai 2010) aku gi tampal beberapa batang gigi yang dah berlubang.. dan harganya lebih mahal dari jam yang aku beli tuuu..

*******

Dan ni cerita lain lagi..

Jangan yakin benda ni.. syirik!

Liga Super malam ni; Selangor lawan Kelantan..

*******

dan lagi.. insyaAllah esok (Ahad 11 Julai 2010) ada bayan masturat di rumah aku oleh jemaah 2 bulan jalan kaki dari Melaka.. jam 5.10 petang.. sapa nak datang boleh datang.. no 22, jalan 23, Desa Jaya, Kepong..




22 comments:

  1. =)

    (x de bnda nak ckp, hanya senyum)

    ReplyDelete
  2. salam,

    do'a hidayat untuk sy sekali. huhuk.

    Pernah sekali jemaah ushar satu masjid nak buat ghast. Seorang drpd orang tanggungjawab masjid tak bagi. Diorang gertak jek.. "kalau bala Allah turun di kampung ni, kau tanggung dosa satu kampung yer".. Kecut dia. Terus mengalah.

    Sotong tu mau dimakan sudah oleh orang germany. Negara lawan pula mau hantar bodyguard utk sotong. huhu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,apo khabor Azhar? Bila baca karkuzari kat atas,terbayang saya agaknya jemaah yang sebelum Azhar tu tashkil cicak-man kot, cicak-man ni besor-besor tahi dia...ha..ha.
    Oklah, moga kita sentiasa beranggapan baik (husnul-zann) dan jangan doa untuk saya.

    ReplyDelete
  4. maaf tersilap tulis....jangan lupa doa untuk saya...

    ReplyDelete
  5. berapa hengget kau punya jam tu?

    ReplyDelete
  6. Saya mula kali pertama buat gasyt tahun 70an dulu, sampai satu rumah, bila beri salam, bila mutakallim mula nak cakap di a terus menengking katanya " hangpa ingat aku ni yahudi ka,berdiri diluar bumbung rumah sahaja" masa tu hujan turun,jadi dia ingat "air yang jatuh dari bumbung rumah orang tak solat tu sama dengan rumah orang Yahudi" Selepas peristiwa itu banyaklah lagi peristiwa yang seumpanya bahkan lebih lagi dari itu, Kata orang tua2 kita senyum sahaja jangan menjawab

    ReplyDelete
  7. tampal gigi murah di Fakulti Pergigian PPUM.

    tampal sahaje RM5.

    ReplyDelete
  8. 1. jam tu lawa
    2. nak datang rumah jumpa mardiah!
    3. itu je.

    ReplyDelete
  9. nak juga datang ke program bayan masturat tu tapi ana masih bujang kat sini la...

    ReplyDelete
  10. n0vemBer zuLu;
    jangan selalu sangat senyum sorang-sorang..

    karkuzaridakwahiman;
    semoga Allah beri hidayat pada tuan..

    zarzh;
    w'salam.. tu baru jemaah bawak cicak man.. sikit hari lagi, apa ke benda yang ada 'man' kita nak bawak keluar..

    Hasbullah Salih;
    bersamaan 25euro..

    musa;
    orang dulu lebih sabar & mujahadah dari orang sekarang..

    Tujuh Kaki Dalam;
    insyaAllah lain kali tampal kat sana..

    aishah_conteng_je;
    1.lawa dari Allah
    2.sila datang dengan mahram
    3.itu aje

    ismadiyusuf;
    datang je..

    ReplyDelete
  11. bang , senyum sorang2 blh ke, di galakkan ke hehe

    ReplyDelete
  12. orang dah kuar negara jauh ke eropah ni kira pakai euro je ye dak...

    aku ada satu camtu dulu tapi hilang kat ijtima sepang. ko beli kat kedai kan? :p

    ReplyDelete
  13. awek aku pun dari euro , cuma org mesia je INSYA ALLAH hehe, amin..... hehe

    ReplyDelete
  14. hainur hapis;
    senyum tu kan sedekah.. kalau senyum sorang2, nak sedekah kat sapa..

    Hasbullah Salih;
    yang hilang kat ijtimak tu lain sikit kaler dia..

    ReplyDelete
  15. Saya terbaca dalam buku, karangan mat salleh la,
    buku motivasi, dia kata "tersenyum lah sendiri sbagai tanda kepuasan hati" mcm tu la bih kurang maksud nya huhu

    ReplyDelete
  16. ada jugak pengalaman keluar ...masa study dulu...ada kalkun nak ajak sorang tu datang berjemaah...tapi disambut dengan ludah... :-)
    kawan tu sapu lah ludah tu kat muka dia dan bersyukur....Alhamdulillah

    salah satu dugaan yg bukan semua orang mampu hadapi...

    akimaru rendum...

    ReplyDelete
  17. Diberitakan pernah seorang tok guru pondok yg terkenal di utara jadi mutakalim semasa buat ghast.
    bila sampai depan pintu sebuah rumah, tuan rumah tak cam (tak prasan kot) tok guru tu, jadi tuan rumah kata, 'hangpa orang tabligh pi ngaji dulu baru bulih mai dakwah-dakwah orang'.
    Tuan guru tu senyum saje, lalu kata: "maafkan saya."
    Ini sifat yg saya tak dpt2 lagi...

    ReplyDelete
  18. hainur hapis;
    jangan percaya ngan mat saleh tu.. dia pun tak besunat..

    sayang7894;
    Allahu akbar.. akan jadi kenangan manis seumur hidup..

    ziarah76;
    inilah antara ciri2 kerja dakwah para nabi.. dan umat ni yang buat usaha kenabian pun akan dapat sifat seperti Nabi..

    ReplyDelete
  19. Td dengar radio IKIM, ceramah lebih kurang mcm ni: tatkala waktu subuh ketika nabi isa turun ke bumi, iqamat telah dilaungkan, Imam ketika itu nampak nabi Isa dan minta dia mengimami solat, nabi Isa memegang bahu imam tadi dan menjawab, tuan teruskan jadi imam solat ini, Allah nak muliakan umat nabi Muhammad..Ya Allah, ini sifat nabi. (menurut penceramah, kisah ini dipetik dari hadis yg soheh).

    ReplyDelete
  20. van qif;
    pernah dengar hadis tu dan imam tu adalah imam Mahadi..

    maksudnya walaupun Nabi Isa turun ke bumi, untuk dia berjaya dia kena jadi umat dan bukan jadi Nabi, jadi dia kena ikut imam umat ini..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  21. Aslmkm..

    Macam2 cerita akhir zaman ni..
    Kena sabar bebanyakla..
    Nanti tuan gi la khususi empunya kereta honta tu. Bawak hadiah sekali, lauk sotong masak kicap.

    Geram kat mereka2 yang mempopularkan sotong tu. Mendakyahkan kesyirikan secara tak langsung.

    Hmm.. yang lemah tu kita. Bila pelita dah tak menjalankan fungsinya menyampaikan cahaya, kegelapan akan tersebar.

    ReplyDelete
  22. Ishak Zaini;
    mana tahu brader tu pakai kereta Honta? dan camne tahu dia suka lauk sotong masak kicap? Tuan tanya pada Paul the Sutun ek..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...