Masjid - cermin kepada amal umat Islam.. |
Bahaya 8 perkara..
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika
- bapa-bapa kamu,
- dan anak-anak kamu,
- dan saudara-saudara kamu,
- dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu,
- dan kaum keluarga kamu,
- dan harta benda yang kamu usahakan,
- dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
- dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
- Allah
- dan RasulNya
- dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya,
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(At Taubah; ayat 24)
Jangan yakin majoriti..
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
(At Taubah; ayat 25)
Kena usaha iman gak..
Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
(At Taubah; ayat 26)
Yang sudah tu sudah le..
Kemudian Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki (dengan memberi taufiq untuk memeluk Islam), sesudah (orang-orang kafir itu ditimpakan dengan azab); dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(At Taubah; ayat 27)
Ni ke cara yang dianjur oleh Nabi kepada kita? (ni bukan orang kat sini tapi orang kat tempat lain..) |
lebih kurang sama je macam cara puak2 nih.. |
Ni je caranya..
- Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar",
- dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat),
(At Taubah; ayat 100)
Wallahua'lam..
hehe
ReplyDeleteminta izin copy
ReplyDeletelebih baik berhimpun di masjid berjemaah.
ReplyDeleteaishah rasa tak salah berhimpun. kalau yang berhimpun tu juga lakukan usaha. dan menjadi orang yang doa-doanya diterima.
ReplyDeleteke aishah salah?
Pendapat pakcik tak salah meluahkan rasa, syiar kepada penentangan. ini aktiviti sampingan kepada usaha;
ReplyDeleteDan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar",
dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat),
Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
(At Taubah; ayat 100)
pck-takut2 pandangan peribadi menjadi asbab umat mengatakan usaha dakwah ini membelakangkan semangat membela sesama muslim. sudah2lah orang cakap usaha tabigh ni ciptaan musyrik untuk lemahkan semangat muslim, xmo dengar dah.jazakAllah
...bantuan Allah akan datang dengan sifat sabar dan takwa...
ReplyDeleteorg islam hari ini punya sabaor seperti pencuri yg kene pukul dgn polis,sabar menahan pukulan polis,kata ulama,walaupun pencuri nie mendoakan kebinasaan polis tu pun,Allah xkan beri bantuan...
kita kene usaha sifat sabar seperti sahabat,dalam sabar ada takwa..then baru ada nusroh Allah...seperti kisah kelapran abu hurairah r.hu....
telah dipost di FB ni
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/masjidalfalahusj9
aliashraf;
ReplyDeleteapa he he, he he?
hainur hapis;
copy jangan lupa paste..
Nerzhul;
perhimpunan yang dicintai Allah..
aishah_conteng_je;
jadi salah kalau
1. ada campur laki pompuan
2. bila azan, orang yg berhimpun di jalan tak gi berhimpun di masjid..
3. dan lain-lain lagi..
Park Chick;
semoga Allah merahmati tuan.
Anak Pendang Sekeluarga;
Lebih baik buat sikit tapi betul & dapat banyak, dari buat banyak tapi salah & dapat hampeh..
atap_aje;
ok.. post kat pejabat pos pun boleh..
orang ketawakan gua bila gua cakap bila semua orang amal agama dgn sempurna, solat berjemaah setiap waktu bagi lelaki baligh dan perempuan2 menutup aurat pasti dunia ini akan berubah.. dan dakwah di jadikan maksud hidup.... mereka kata kene sokong parti mereka, tukar pemimpin...barulah jd negara islam....
ReplyDeletetapi persoalannya, beliau2 ini tidak kelihatan di masjid setiap waktu..2 ceramahnya lebih kepada usaha caci mencaci?
gua yang pening memikirkan kesudahan hidup gua?
assalamualaikum...
ReplyDeletenak tanya sket jek.kalau dapat mesej forward gini,nak wat camne?hihi
"salam..innalillahiwainnailaihirooji'un.bru sja team mercy yg m'bawa doktor2 dr seantero dunia menuju palestin dibom oleh israel laknatullah, 19 org mati syahid & 12 org doktor team mercy belum ditemui.Mohon doa dari semua mu'min/mu'minat.Tolong sebarkan..Allahualbar!!! #ingat tolong sebarkan kpd semua kwn."
harap maklum balas...
wassalam
ibnu dinar;
ReplyDeleteIslam itu awalnya dagang dan akhirnya dagang...
asy_syakirin;
sedekah Fatihah.. setakat kesian & semangat berapi2 aje pun x guna..
ok. aishah setuju.
ReplyDeletemari contohi para sahabat r.hum,
ReplyDeletesemoga kita mendapat kemenangan yang besar itu
Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.
ReplyDeleteAl-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.
Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?
Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!
Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Petikan dari Blog Ust Hasrizal.
ReplyDeleteTamsilan yang tepat.
ziarah76;
ReplyDeletetiru sahabat tak kan sesat..
Ghuzari Palampuri;
Realiti & fantasi..
Nazri Kasuan;
?? x faham le.. boleh bagi link ke, apa ke?
Sorry, maksud saya komen dari Ghuzari Palampuri tu dipetik dari blog Ustaz Hasrizal
ReplyDeletehttp://saifulislam.com/?p=4447