Wednesday, June 02, 2010

Sedikit Cerita Jalan Kaki

Alhamdulillah selepas beberapa tahun aku berazam untuk keluar jalan kaki, akhirnya Allah izin jugak..

Pada malam mesyuarat Rabu masjid Sri Petaling 31 Mac 2010, aku dengan semangat waja dan berbekalkan hidung yang kembang separuh kerana suspen (maksudnya, tak kembang 100%), pergi tafakud (temuduga) untuk keluar 2 bulan jalan kaki. Walaupun bini aku tashkil aku keluar 4 bulan jalan kaki.. tapi tetap ku tahan Jebat.. mengenangkan cinta pada dunia masih menebal dalam hati, jadi aku minta kurang dari bini aku untuk keluar 2 bulan saje.. ohh lemahnya aku..

Aku lulus tafakud dan telah diminta berkumpul lepas Asar 1 April 2010. Bayan hidayat diberi pada pagi 3 April dan jemaah aku seramai 12 orang telah pergi ke tashkil pertama di Hulu Selangor.


View Larger Map
Tashkil 1.. Mula dari Kg Keliang, Kalumpang dan berakhir di Tmn Bkt Bujang, Rasa.
Buat usaha di 6 masjid/surau. Satu surau 2 hari.. Jumlah jarak lebih kurang 20km.

Masjid Kalumpang

15/04/2010 - balik Sri Petaling untuk beri laporan.


View Larger Map
Tashkil 2.. start dari Desa Permai jln Karak Mentakab dan last sekali kat Felda Mengkuang, Triang. 21 masjid/surau.. dan jumlah jarak lebih kurang 60km..

Masjid Daerah Bera


Takde banyok mende koi nok karkuzari (cakap stail oran Pahen yan suke maken iken Paten).. Tak kan  itu pun awok tok pahem.. apeke bende la awok oran nie..

 Mengkhususi Ikan Paten untuk dibuat gulai tempoyak.

Aku nak seberang sungai Pahang ni dengan berjalan kaki..
tapi tak jadi sebab takut riak..

Secara keseluruhannya jemaah kami satu hati, buat kerja dengan taat amir dan gembira.. Sama2 pegi dan sama2 balik.. Jalan kaki paling jauh 13km dan paling dekat 1km..

Makan best sebab Allah bagi sedap. Amir sab suka masak sebab dia amir taam ijtimak Nilai tahun lepas dan insyaAllah amir taam jur kawasan tengah tahun ni.. Banyak belajar dari amir sab dan ahli jemaah yang lain. Rasa2nya ni lah jemaah terbaik pernah aku ikut. Sedih bila tangguh..

 Termenung memandang langit.. teringat pencipta langit..
teringat jugak kat rumah.. dan orang rumah..

Kelengkapan tidur dae akhir zaman..
kalau sahabat Nabi nampak, mesti aku kena smash punya..

 Hujan lebat yang Allah turunkan..
mudah2an bersama hidayat dan rahmat..

Nusrah Allah memang banyak tapi tak nak karkuzari kat sini. Biar jadi kenangan seumur hidup aku aje.. Untuk tak menghampakan korang, aku hadiahkan bayan masturat jemaah aku.. lepas dengar bayan, jangan tidur.. terus gaaash...



30/05/2010 - balik KL.. karkuzari.

Persiapan untuk ijtimak kawasan tengah.. 
atas bumbung pun naik khemah.

31/05/2010 - wafsi & dot.. dot.. dot..

p/s; Jemput la ke perhimpunan orang Islam di masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 11, 12 & 13 Jun 2010. InsyaAllah jumpa di sana..


24 comments:

  1. semoga Allah terima pengorbanan tuan.

    ReplyDelete
  2. syeikh, jemaah pedal yg dalamnya ada Abdul Razak, check gambernye di bawah:

    http://ziarah76.blogspot.com/2010/05/jemaah-pedal.html

    p/s: sebut pasal gulai ikan patin, terkenang pulak mase 1st time keluar 40 hari zaman dulu di Kuala Lipis, memang asyik pekena ikan patin je.

    ReplyDelete
  3. ziarah76;
    Hj Razak yang memakai spek mata hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap..

    p/s; masa balik, kami beli ikan patin 9 ekor dan amir sab masak gulai tempoyak di sri petaling untuk makan tengahari.. syura Hj Arshad pun lepak sama pekena ikan patin..

    ReplyDelete
  4. Amer sab anta Pakcu Bentong. kami dulu setempat kat Bentong, buat usaha di sekitar Bentong dia ini pandai masak dan cakapnya tegas. Tahniah kerana berjaya sempurna masa 2 bulan, saya juga azam nak keluar pedal, tapi tidak cukup kelayakan

    ReplyDelete
  5. itu kaki sudah berhenti, tangan pulak yang nak berjalan sekarang ni...

    ReplyDelete
  6. lepas nie kena sedia kaki2 org lain pulak supaya berjalan di jalan ALLAH SWT

    ReplyDelete
  7. subhanallah...indah sekali~

    ReplyDelete
  8. Hj musa;
    Alhamdulillah dapat keluar dengan jemaah & amir yang baik.. Err.. kenapa ye tak layak jalan kaki?
    Ada gout ke?

    hainur hapis;
    makaseyyy..

    amirhailmi;
    rindu yang berharga.. merindui rumah Allah yang di dalamnya wujud amalan masjid Nabi.

    ismadiyusuf;
    ingat ni sarkis ke, jalan pakai tangan.. tangan merayap tak pe..

    mohd.norfatihah;
    kena tukar kaki bola, kaki pancing, kaki snooker dan lain2 kaki kepada kaki2 yang berada di jalan Allah..

    iqbalsyarie;
    dunia bayangan akhirat.. kalau indah di dunia, mudah2an indah di akhirat.. amin..

    ReplyDelete
  9. maksud tangan kena wat keje tu mgkn tangan kena pi khidmat naikkan khemah kt sri ptlg kot bang azhar huhu


    lagu tribute to GAZA

    http://www.youtube.com/watch?v=7OPDLBN-yAk

    ReplyDelete
  10. satu tangan untuk khidmat dan satu tangan untuk merayap, dua2 boleh digunapakai(yang merayap untuk lelaki yang dah berkahwin, yang belum kena khidmat dulu laa...)

    ReplyDelete
  11. hainur hapis;
    tribute to GAZA.. kena hantar jemaah ke sana la.. ajak diorang buat kerja dakwah & makmurkan masjid..

    ismadiyusuf;
    atau dengan perkataan lain; KHITAYAP (perkhidmatan tangan yang merayap).

    ReplyDelete
  12. cuma best je dgr lagu tu bang

    sy bukan suka provoke mcm puak2 lain tu hehe

    ReplyDelete
  13. " Mengkhususi Ikan Paten untuk dibuat gulai tempoyak."
    waa, jauh buat khususi. sampai ikan paten pun jumpa juga kah hehehe

    "Kelengkapan tidur dae akhir zaman..
    kalau sahabat Nabi nampak, mesti aku kena smash punya.."
    waa besar kelambu???

    ReplyDelete
  14. salam,

    setakat ini karkuzari ajib yg sy dengar daripada jemaah tuan; makanan sedap belaka dan bersama jemaah tuan dituruti jemaah yang ramai dan diantara mereka ada yang menaiki kuda. Karkuzari ini drpd Hj. Khairul.

    لا إله إلا الله‎

    ReplyDelete
  15. amin007;
    saja beli kelambu besar.. muat untuk dua orang (kat rumah la..)

    karkuzaridakwahiman;
    makan sedap.. Allah bagi sedap.. amir sab suka beri bintang pada masakan orang taam.. jadi nak masak simple2 pun segan, nanti dapat satu bintang je..

    tentera berkuda? pakai serban satu ekor ke dua ekor? Kalau serban dua ekor, tu tentera yang hadir badar..

    ReplyDelete
  16. salam,

    dijemput hadir jor lebih awal untuk hidmat, macam2 hidmat, orang hidmat dapat Allah SWT.. :)

    ReplyDelete
  17. Welcome back bro. Masjid Bera tu tempat transit kami setiap kali balik kampung... Besar dan berangin..

    Bestnya dapat keluar.

    ReplyDelete
  18. merah_s;
    dapat Allah, dapat segalanya..

    ummiabah;
    imamnya karkun.. lepas zohor dapat tidur dalam bilik imam dengan pasang aircond..

    ReplyDelete
  19. aslmkm..

    welcome to pahang darul makmur.. jemput datang lg pasni..

    ReplyDelete
  20. Ishak Zaini;
    Alhamdulillah.. gembira jumpa tuan di markas Jerantut..

    ReplyDelete
  21. salam..

    Datang ke Bera tak bagtau pun..ngeee :)

    selamat berpuase

    ReplyDelete
  22. Mazru Majid;
    dah bagitau dah.. pejabat kadi pun kami dah bagitau.. tapi korang buat tak tahu je..

    Allah bagi sedap, dapat makan ikan patin tempoyak..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...