**********************************************************************
Keuzuran yang syar’ie yang membuatkan seseorang itu tidak berdosa ketika meninggalkan solat ialah gila, terlupa atau tertidur, dipaksa, sudah menunaikan solat secara jamak, ketakutan yang bersangatan kerana ancaman keadaan (seperti yang berlaku ketika peperangan khandak lihat dalam Bukhari no. 598).
Adapun selainnya baik lelaki dan perempuan yang berakal, Islam, serta telah baligh maka baginya kewajipan yang ditetapkan supaya mendirikan solat.
“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).
Bersabda rasulullah salallahualaihiwasa lam : “ Sesungguhnya antara (pembatas) seorang lelaki itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat” (hadith sahih riwayat Muslim no. 987, Abu Daud, Nasaie).
Perintah menunaikan solat ialah satu kewajipan sehingga bagi yang sakit tidak terlepas dari kewajipan menunaikannya selama mempunyai akal apabila Islam memberi kelonggaran supaya harusnya menunaikan solat dengan keadaan duduk, berbaring dan bahkan dengan gerak isyarat mata atau sehingga jika tidak mampu cukup dengan lintasan hati selama ianya masih sedar dan berakal.
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (At-taghabun :16).
Juga sekiranya tiada air demi bersuci dan berwudhuk maka Islam membolehkan bertayamum mengunakan debu tanah yang berada di sekeliling dunia.
Perbuatan meninggalkan solat ialah dosa besar dan termasuk salah satu di antara dosa yang boleh membawa kufur kepada pelakunya. Sekiranya ada sesiapa yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya dan membenci perbuatan solat yang merupakan ibadah ini dan menganggap menyusahkan maka ianya tanpa syak kufur dan murtad dari agama Islam dengan ijmak ulama (Al-Majmuk m/s 16 Jilid 3, Hukum Meninggalkan Solat oleh Ibn Qayyim).
“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).
Adapun yang meninggalkan solat dengan sebab malas dan leka serta lalai kerana dunia dan dalam masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan solat dan tidak pula bermaksud mengingkari perintah Allah maka baginya hukum fasiq dan munafiq namun masih tetap dianggap muslim dan dipelihara haknya sebagai muslim tetapi tetap wajar menerima hukuman dan teguran. Demikian mazhab As-Sauri , Abi Hanifah dan golongan Maliki serta Syafie dan Ahmad dari riwayat-riwayat lain yang darinya (lihat Mughni Muhtaj, Al-Majmuk dll).
Sekalipun mereka ini yang berpendapat tidak jatuh kafir bagi orang yang meninggalkan solat dengan sebab malas dan leka serta lalai namun para ulama ini tidak pula bermaksud mengambil pandang ringan kerana mereka tetap menetapkan perlaku dosa besar meninggalkan solat ini mesti dihukum dengan hukuman bunuh dan ini pendapat Maliki serta Syafie.
Adapun pendapat yang mengatakan mereka ini tidak dibunuh sebaliknya disebat dan dipenjara sehingga mati atau bertaubat nasuha dan ini pula ialah pendapat dari mazhab Az-Zuhri dan Ibn Musayyib serta Umar Ibn Abd Aziz dan Abu Hanifah dan Ibn Hazm.
Manakala sebahagian yang lain tetap mengkafirkan golongan ini yang meninggalkan solat tanpa uzur sekalipun tidak menolak kewajipan solat dengan menjatuhkan hukum kafir dan murtad dari Islam kerana meninggalkan solat yang merupakan rukun Islam dan mereka ialah mazhab Said ibn Jubair , Auzaie, Ibn Mubarak, Ishaq dan riwayat yang sahih dari Imam Ahmad dan salah satu qaul dari mazhab Syafie serta Ibn hazm dengan riwayat daripada Umar ibn Khatab , Muadz ibn Jabal dan Abd rahman ibn Auf serta Abi Hurairah dan selainnya dari sahabat rasulullah ra (lihat dalam Al-Insof, Majmuk Fatawa, Hukum Meninggalkan solat oleh Ibn Qayyim).
Kena selalu rujuk ulama..
Pelbagai khilaf dan hujah serta dalil dalam masalah ini namun saya tidak berhajat memanjangkan bicara dalam masalah khilaf ini sebaliknya terus kepada isi pokok perbincangan iaitu tentang perihal qadha solat bagi yang meninggalkan solat tanpa uzur.
Ketahuilah baik salah satu diantara kedua kedudukan hukum golongan yang meninggalkan solat apakah kafir atau fasiq dan munafiq maka keduanya berdosa besar dan bukanlah ringan dan baik sebaliknya tercela dan dibenci dengan kemurkaan Allah swt.
Pendapat yang membolehkan dan mewajibkan qadha bagi yang meninggalkan solat ialah mazhab jumhur ulama daripada imam mazhab yang empat dan ianya dengan syarat hendaklah perlakunya yang meninggalkan solat tanpa uzur itu selain berqadha solatnya yang telah ditinggalkan maka hendaklah juga bertaubat dengan taubat nasuha atas dosa besarnya itu (lihat dalam Al-Majmuk, Al-Insof dll).
Kalau dah nangis cam ni, tak kan lah Allah x kesian..
Adapun pendapat selainnya yang mengatakan tiada qadha bagi solat yang ditinggalkan ialah pendapat Umar ibn Khattab dan ibn Umar serta Sa’ad ibn Abi Waqas dan Ibn Mas’ud ra, Ibn Sirrin , Ibn Hazm, dan juga pendapat daripada Syeikhul Islam ibn Taimiyyah ra serta jumlah besar dari salaf soleh yang lain.
“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).
Demikian jumlah besar menolak adanya qadha solat dengan dalil bahawa solat ini satu kewajipan yang dibuat hanya pada waktunya bukan diluar waktunya (lihat Al-Muhalla ibn Hazm, Majmuk Fatawa, Nailur Authar dll).
Dalam hal ini satu keputusan dapat diambil bahawa golongan yang menolak adanya qadha solat ialah kerana selain menetapkan solat dilaksanakan pada waktu khas dan jika selainnya tidak lagi dikira maka mereka juga mengkafirkan peninggal solat sehingga tiada guna menunaikan qadha lagi.
Keadaan ini dapat diselesaikan hanya apabila orang yang meninggalkan solat ini bertaubat dan kembali dengan taubat nasuha serta di sini mereka diwajibkan melakukan qadha.
“Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (yang sersungguh-sungguh) moga tuhanmu akan menghapuskan dosa-dosa kamu …” (At-Tahrim : 8).
Maka bagi yang bertaubat dengan taubat nasuha maka hendaklah dia mengulangi segala solat yang telah ditinggalkan dengan melakukan solat pada waktunya dan memperbanyakkan solat-solat sunat.
Rajin2le solat kat belakang imam, sebelum kena solat kat depan imam.
Ini berdasarkan kepada hadith rasul yang menyebut : “Sesungguhnya yang paling awal akan dihisab di hari akhirat daripada amal perbuatan ialah solat dan sekiranya baik (solatnya) maka telah berjaya dan selamat dan sekiranya rosak (meninggalkan) solatnya maka gagal dan rugilah dia serta jika berkurang pahala dari solat wajibnya maka akan berkatalah tuhan yang Mulia dan tinggi : Lihatlah apakah hambaku ini ada melakukan solat sunat dan tampunglah apa yang kurang dari yang wajib dan kemudian jadikanlah seluruh amalannya seperti itu” (hadith sahih riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi dan Ibn Majah).
wallahualam
Oleh : Ustaz Emran
**********************************************************************
Dulu aku pernah tulis pasal perkara ni..
http://azharjaafar313.blogspot.com/2009/08/pisang-emas-dibawa-belayar.html
Semoga Allah bagi taufik & hidayah pada kita.. Dapat amal & sampaikan..
Update 07/03/2010. Convert amr ke wav & guna windows MP utk sound yg lebih baik..
Download bayan subuh 07hb Mac 2010
Player untuk file amr
Jangan cerita perjuangan Islam, kalau sendiri malas ke masjid..
ReplyDeleteJangan cerita pemerintahan Islam, kalau anak bini pun lambat solat..
Wawawa...
ReplyDeleteAbg azhar.. josh betol. Terpangcung atau sengaja memangcung? Hehehehe
Betol la tu.. kita sependapat. Satu fikir la katakan
betul tu bro.... islam itu bermula dari diri sendiri bukan dengan dapat negara baru nak islam..
ReplyDeleteperasan betul orang mcm ni..
saya terbaca kata-kata hassan al-bana,'Jika kamu mahu islam tertegak di tanah airmu,maka tegakkanlah islam dalam dirimu dahulu'.
ReplyDeletestatistik dibuat menunjukkan 70% umat islam Malaysia tidak dapat melaksanakan solat 5 waktu sehari semalam dgn sempurna.Sangat-sangat merisaukan....islam kembali asing...solat pun dianggap asing...
Norrid_Riddy,
ReplyDeleteBukan josh, tapi jaws.. sesekali rasa nak mengunyah orang gak.. bukan memancung lagi..
ibnu dinar,
perasan best..
iqbalsyarie,
bayan subuh tadi maulana sebut.. perangai umat yahudi di zaman Nabi Musa yang ada pada umat ni;
1.betul ke dengan dakwah boleh berjaya
2.nak berjaya kita kena ambik cara kapir..
nauzubillah..
Download bayan subuh 07hb Mac 2010
Player untuk file amr
fuh... banyak gua nak kena qadha ni...
ReplyDeleteaku pon
ReplyDeletehari ni umat islam byk tgk tv,
ReplyDeletegaya kerja ( cara org kafir)
lama2 terpengaruh
sbb tu mau lama2 duk taklim
baru kita terpengaruh dgn taklim Insya Allah
Assalamualaikum
Abang Ben,
ReplyDeleteQadha sebelum mati..
ziarah76,
pon pon..
hainur hapis,
ok.. rajin2 duk dalam taklim fadhail.. masail pun kena belajar..
Terima-kasih brader kerana mengingatkan.
ReplyDeleteWa pon banyak kena qadha ni. Hari ni, wa tahu qadha makan je, bila miss sarapan, lunch kena mesti wa tambah double, tapi solat yang dulu wa tinggal-tinggalkan, lupa lak. Hidayat hidayat.
ReplyDeleteLetak ketepi jap keputusan sama orang yang tak solat ni islam ke kafir, even kalau ulama dah persoalkan keimanan dia..
ReplyDelete''eh, mamat ni kafir ke muslim?''
..tu pon cukup dah jadi satu penghinaan daripada Allah kepada yang meninggalkan solat.
Jazakallah for da Bayan.
ReplyDeleteakhi@zub,
ReplyDeleteMelayu mudah lupa..
Nazri Kasuan,
Solat tiang agama.. Solat umpama kepala pada badan.. Solat pembeza antara kufur & Islam..
zarzh,
Nanti tuan boleh bayan dalam bahasa Swiss..
umur sekarang :23
ReplyDeleteumur baligh: 13
tempoh dah baligh: 11 tahun
rakaat satu hari: 17
jumlah rakaat setahun: 17 x 365= 6205
(6205 x 11 tahun= 68255 rakaat)
tempoh tak suci:
lebih kurang, 7 hari x 12 bulan=84 hari
(84 hari x 17 rakaat= 1428 rakaat)
(1428 x 11 tahun=15708 rakaat)
(68255-15708=52547 rakaat)
tolak solat2 yang ditinggalkan= tak tahu banyak mana
52547 tu maksimum..belum pun membuat diri tu menjauhi dosa
pening dah...
aishah_conteng_je,
ReplyDelete1 solat ditinggalkan = 1 hukub dalam neraka
1 hukub = 80 tahun akhirat
1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
1 tahun = 365 hari
oleh tu,
80 tahun akhirat = 80 x 365 x 1000
= 29,200,000 tahun dunia
Kene amal dan sampaikan Insya Allah
ReplyDeleteana dulu pernah gak tak dpt semayang sekejap
kerana masa tu ana masuk hospital
then masa tu masih jahil lagi
so nak solat pun ssh
tp ana da qada balik
dan ana azam nak wat qada lagi
kot2 ada yg terlepas pndg ke
doakan ana
Assalamualaikum