Wednesday, February 24, 2010

Suka Jadi Kaya?

Gambar hiasan. Mamat tak berbaju tu bukan aku. Aku slim lagi..

Korang pernah dengar atau baca rangkap-rangkap nih;
  1. JANGAN SALAHKAN sesiapa JIKA KITA ASYIK TAKDA $$$$$..JikA dah ada $$$$ BERILAH PELUANG pada yg nak rebut $$$$$...JIKA SEMUA NAK $$$$$...Inbox Fon No n lokasi
  2. xpaham... knp org kata $$$$ bukan segala-galanya... tp masalahnyer skrg... SEMUANYA MEMERLUKAN $$$$..camne tuh? Nk wat $$$$? Inbox me... tp kt nk yg serius jer tau!
  3. beri peluang tuk diri kita tuk berubah... kt xblh merubah dunia... tp kita blh ubah diri kita tuk lebih baik dr smlm & esok akan lbh baik dr hari nie... KITA YG TENTUKAN NASIB KITA!!!! Lets do it $$$$$..

Astaghfirullah.. kesian dia..

Ehem-ehem.. korang semua suka kaya? Bukan kaya yang selet kat roti tuh.. Maksud aku kaya, banyak duit.. iaitu berduit.. Atau dengan perkataan lain, banyak uang.. iaitu beruang..


لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ 

Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(As-Syura ayat 12)

Diriwayatkan dari Hazrat Uthman r.a., katanya "Aku bertanya Baginda s.a.w. mengenai;
مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
 iaitu 'perbendaharaan langit dan bumi'. Baginda s.a.w. menjawab

(klik untuk besarkan)
(fadhilat zikir ms 220).

Macamana nak amal dengan zikir ni, aku pun tak tahu.. Tu korang kena tanya ustaz.. Tapi kalau rasa-rasa zikir 300 pagi & petang pun tak boleh habis, sendiri mau ingat la.. Dan 2 hadis yang kat bawah ni serta hadis-hadis yang seumpamanya, tak boleh kita pandang ringan..


Rasulullah SAW bersabda; "Aku berdiri dekat pintu syurga, aku melihat orang-orang miskin berduyun-duyun memasukinya sedangkan orang-orang kaya masih lagi terperangkap (dalam hisab). Dan semasa aku berdiri dekat pintu neraka, aku melihat perempuan beramai-ramai memasukinya."

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda; "Manusia takut dua perkara yang sebenarnya kebaikan baginya.

  1. dia takut mati sedangkan kematian menyelamatkannya dari segala jenis fitnah.
  2. kekurangan harta sedangkan lagi kurang harta lagi kurang hisabnya."
At Targhib.
(fadhilat sedekah, jilid 3, ms 529)

Hati-hati dengan punca duit kita..

Ha.. amacam.. Nak jadi kaya jugak? Kaya miskin dah ketentuan Allah.. Masing-masing ada kelebihan yang Allah janjikan..

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.
(An Nur ayat 56)

Dan untuk mempastikan korang termasuk golongan kaya atau tak, cubalah penuhkan kalkulator zakat kat bawah ni. Kalkulator ni dibuat oleh Lembaga Zakat Selangor. Boleh lah sekadar rujukan..

Kalkulator Orang Kaya; http://web.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp

Dah cuba? Kalau kaya, bawak-bawak lah bayar zakat.. Kalau tak kaya, korang cuba kalkulator ni..

Kalkulator Orang Miskin; http://web.e-zakat.com.my/baru/agihan/kalkulator.asp

Manala tau dari golongan fakir miskin pulak.. Nabi s.a.w pun pernah doa untuk hidup dikalangan orang miskin dan dibangkitkan di akhirat bersama-sama orang miskin.. Wallahua'lam..



22 comments:

  1. taknak masuk kategori "perempuan beramai-ramai memasukinya."
    huhu...
    harapkan kasih sayang allah je. syafaat nabi saw.



    tapi..
    banyak lupa ni...

    isk~

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Gambar hiasan. Mamat tak berbaju tu bukan aku. Aku slim lagi..

    Sepatutnya ada tambahan: Ini gambar aku 20 tahun akan datang.. Hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Moga Allah murahkan rezeki kita semua di dunia dari rezki yang halal lagi diberikan keberkatan, dan mudahkan hisab di akhirat dengan hisab yang mudah. Amin semua...

    ReplyDelete
  4. Nabi SAW pernah beritahu 10 sahabatnya tentang syurga mereka masing-masing, tetapi Abdul Rahman Auf r.a paling lewat sampai ke pintu syurga berbanding 10 sahabat itu hingga Nabi berasa risau takut-takut Abdul Rahman tidak sampai.
    Rupa-rupanya, Abdul Rahman r.a terperangkap dalam urusan hisab hartanya. Tu sahabat Nabi...

    -Semoga Allah ampunkan kita semua dan permudahkan hisab kita.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum abg azhar
    Baraka Allah

    Insya Allah, sedekah mengubat penyakit
    sedekah memurahkan rezeki

    senyum itu juga sedekah
    membantu menolong urusan lain ( atas maksud agama )

    juga sedekah Insya Allah


    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  6. aishah_conteng_je,
    Perempuan melayu mudah lupa..

    Norrid_Riddy,
    Umur kalau dah nak masuk 40an, insyaAllah x membesar lagi.. Lain la kalau budak2 umur awal 20an.. InsyaAllah kalau panjang umur, lagi 20 tahun ada can jadi cam tu..

    Terutama yang kuak makang kepok..

    ummiabah,
    Betul tu tuan.. amin..

    ziarah76,
    Siapa hazrat Abdul Rahman Auf r.a? Ahli badar, 10 sahabat dijamin syurga, banyak infak harta.. dan lain2 kelebihan..

    Aduss.. cam ne la kita esok..

    hainur hapis,
    Senyum sampai ke telinga..

    ReplyDelete
  7. 1. mamat tak pakai baju tu pun bukan gua

    2. kata maulana yaakob waktu gua kat sana bebaru ni... berilah sedekah sehingga nafsu berkata ini susah. kata imam ghazali.. bersedekahlah setiap hari walaupun sepotong roti.

    3. tadi gua dapat 50 hinggit. 3 days jumaat ni..

    4. sekali lagi.. mamat tak pakai baju tu memang bukan gua.

    ReplyDelete
  8. salam,mintak pandangan atau nasihat/komen berkaitan dengan artikel terbaru yang di tulis di blog saya.Pandangan dan komen/nasihat dari anda amat saya alu2kan untuk di jadikan pengajaran kepada saya..

    ReplyDelete
  9. KiLaT,
    1. Gua paham..
    2. Adoi.. gua setakat sedekah kat anak bini je.. Camne pun syukur pada Allah..
    3. Jangan yakin duit boleh keluarkan kita.. Laailahaillallah.. (sori la, gua terjosh kat orang lama..)
    4. dan sekali lagi.. gua paham..

    *dah lama tak guna lu gua.. ni bahasa masa lepak kat CM & Pertama.. heh2..

    Anak Pendang Sekeluarga,
    Kita kena beriman dengan apa yang datang dari Allah dan RasulNya.. Masanya pasti akan datang.. Cuma harap2 lambat lagi..

    ReplyDelete
  10. Sabda Nabi Muhammad ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ
    - "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (An-Nasai, Ibnu Hibban)

    -Allahhumma Solli wa sallim wa barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad-

    Semoga kita dapat memperbanyakkan salawat keatas nabi Muhamad ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ dan semoga kita semua mendapat syafaat dari Nabi dihari masyhar yang amat mengerikan.

    ReplyDelete
  11. Hoh! nenek ingat Tuan blog buat iklan menjana duit tadi!
    Maaf

    ReplyDelete
  12. suka jadi kaya!Tapi lagi suka jadi org yg Allah kayakan dengan syukur.

    ReplyDelete
  13. zarzh,
    Masih belum dapat istiqomah zikir pagi & petang..

    seorangnenektua,
    Memang nak iklan cara menjana duit.. tapi dengan cara amal..

    iqbalsyarie,
    Kaya yang sebenar adalah sifat ISTIGHNA.. sifat kaya hati.. tak berhajat kepada selain Allah..

    ReplyDelete
  14. Bayar zakat online melalui maybank2u pun ada dah, tiada alasan. Dah bayar nanti, jabatan agama akan poskan resit sebagai bukti penerimaan.

    Tentang cerita Abdul Rahman Auf r.a pula sebenarnya telah banyak kali Ust. Zahazan dlm kuliah Tafsirul Qur'annya di Radio IKIM.fm terangkan yang kita tidak layak utk menuturkan ungkapan sedemikian untuk sahabat yang bernama Abdul Rahman Auf r.a itu.

    Segunung emas yang kita infakkan tidak akan dapat menyamai secupak atau 1/2 cupak yang mereka keluarkan.....

    Wallahua'lam dan mohon maaf jika tersilap.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum bro.

    Aku minat la ngan beberape entri yg di-post dlm blog ni.
    Nak mintak izin cilok sket bleh x?
    Mane2 yang seswai utk aku ltak kat mane2.
    Sambil2 menyebarkan dakwah Islamiah.

    Semoga Islam trus berkembang di muke bumi.

    ReplyDelete
  16. mykrk,
    ya.. terima kasih..

    Ahmad Al-Fatih,
    sila copy tanpa segan silu atau rasa bersalah..

    ReplyDelete
  17. Kita akan dapat kebaikan yg banyak drpd harta apabila harta tersebut diperolehi dgn cara yg betul dan dibelanjakan dgn cara yg betul.....apa itu cara yg betul....iaitu mengikut perintah2 ALLAH dan ianya dilaksanakan dengan cara yg telah ditunjukkan oleh RASULULLAH S.A.W........

    ReplyDelete
  18. Untuk mengetahui perintah2 ALLAH S.W.T dan cara RASULULLAH S.A.W melaksanakannya...sy dan tuan2 kena lapangkan masa untuk duduk dalam majlis2 ilmu agama......semoga ALLAH bg faham dan taufik utk amal dan sampaikan/dakwahkan.....

    ReplyDelete
  19. Dan utk dtg IMAN/YAKIN atas ilmu yg dipelajari, tak boleh tidak, ilmu itu mesti didakwahkan/sampaikan....Bila kita ada IMAN/YAKIN tehadap ilmu yg dipejari barulah kita akan sungguh2 utk amalkannya...dan bila kita tertingal perintah2 ALLAH maka kita akan sedih/gelisah/takut...dan hati kita akan rase gembira/lazat/tenang bila dpt amal perintah2 ALLAH...inilah NAJITAH amalan yg berasaskan IMAN & ILMU YG SAHIH....WALLAHUA'LAM.

    ReplyDelete
  20. mohd.norfatihah,
    dah sahhhh... bole bayan malam markas nih..

    ReplyDelete
  21. azharjaafar,
    Bayan markas bukan matlamatku....redha ALLAH matlamatku..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...