Inilah visa India aku. Tarikh start semalam (27 Jan 2010)
Close up..
Allah kuasa, makhluk x kuasa..
Atas nasihat orang lama kat tempat aku; aku menangguhkan dulu rancangan nak ke India..
Katanya;
- Kau tu tak 100% sihat lagi. Penyakit masih ada dalam badan.
- Nak safar naik train makan 2-3 hari.. berdua je pulak tuh..
- Sekarang ni musim sejuk di Delhi (9'C - 15'C).
Jadi tadi aku mesyuarat panjang dengan kawan yang sama2 nak ke India tuh.. Akhirnya keputusan dibuat dengan berat hati.. kami tangguh. InsyaAllah ada rezeki 15 Sya'ban ni cuba lagi..
Semoga Allah terima dan kembalikan umat ni pada kerja dan maksud sebenar kita dihantar oleh Allah. Hidayat untuk umat seluruh alam.. Amin..
ameen...
ReplyDeletesalam ziarah :)
amien..insya ALLAH~
ReplyDeletenak tanya, visa india skrg berapa RM? rasanya seratus lebih kan? kena pergi sendiri ke masa nk buat tu?
ReplyDeletesaya pun azam nak kuar 40 hari gak
ReplyDeletedlm negeri je Insya Allah
semoga urusan abg dimudahkan Insya Allah
Assalamualaikum
bunga bukan sekumtum,
ReplyDeletelebah bukan seekor,
tapi hidayah Allah tak terkira,
tariklah hidayah Allah dengan airmata...
✿qasru addini✿,
ReplyDeleteterima kasih singgah..
asy_syakirin,
tq..
scorps@lowyat.net,
visa rm168.. buat sendiri kat Straight building (dekat dataran merdeka)..
hainur hapis,
Allah mudahkan..
ismadiyusuf,
sekuntum bunga sakura di gurun sahara..
kalau ada jarum yang patah
ReplyDeletejgn disimpan di dalam hati
kalau ada silap dan salah..
kuat2 khususi & usuli lagi
Ko punya niat tu Allah dah terima, insyaallah. Buat kerja dengan josh..tapi taat dgn mesyuarat.
ReplyDeleteUsaha agama ada 2...satu baironi, satu lagi makami, so kalau tak dapat keluar (baironi) boleh ler buat usaha makami.
Aku taskel jer...sebab aku banyak buat usaha 'makan mee' jer.
ابن زين الرمباوي,
ReplyDeleteTuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-Layuan
Usaha Lagi Di dunia Yang Nampak
Supaya Akhirat Betul Haluan
Tamindhari,
Makan mee pun sodap.. aku lepas2 baik demam ni selera pulak nak makan maggi kari..
Assalamualaikum abg
ReplyDeletetd saya ke finas kt sebelah zoo negara
lalu jalan ampang menghala ke gombak tu
igt gombak, teringak lak abg huhu
jumpa kt markas esok Insya Allah
bawak perakam ye
Assalamualaikum
hainur hapis,
ReplyDeleteInsyaAllah Sabtu ni saya kuar 3 hari.. bulan ni x kuar lagi.. (hampir kantoi..)
ok, mdh2an ada gmbar yang menarik di hari kuar abg nnt Insya Allah
ReplyDeletesaya kuar bln dpn nnt mgu ke 3 Insya Allah
Semoga berkat Insya Allah
kalau x salah aku,jemaah kepong kuar kat kota damansara kan?
ReplyDeletehainur hapis,
ReplyDeletemaaf, jangan biasakan ambik gambar masa keluar atau ke markas..
razman razali,
kepong ke kota damansara.. aku cuba tashkil saki baki manusia yang x keluar lagi.. mungkin keluar dalam kepong je..
salam.. patutlah tak boleh jumpa...
ReplyDeleterupanya tersakut kat visa...
takpe2... try again...
Salam..
ReplyDeleteTahu tak satu kenyataan yang sedang tuan alami?
Tuan berhak untuk mendapat pahala khuruj kerana niat dan usaha tuan tu. Dan itulah yang sedang berlaku. Moga dikurniakan sebaik-baik ganjaran..
Doakan kami student UNITEN. 3 jemaah 40 hari dan 1 jemaah 4 bulan pada April ni..
Peluncur Islam,
ReplyDeleteBukan senang nak keluar 40 hari.. semata-mata pilihan Allah..
Norrid_Riddy,
InsyaAllah diterima dan dimudahkan.. amin..