Monday, November 23, 2009

Baca Quran di Kubur


Maulana Asyraf 'Ali Thanwi adalah antara ulama kenamaan India keluaran Darul Ulum Deoband. Beliau, yang terkenal dengan gelaran Hakimul Ummah dan Mujaddidul Millah, telah dilahirkan di Thana Bhawan, Muzaffarnagar, Uttar Pradesh pada 5 Rabi`ul Akhir 1280H (19 September 1863M).

Antara guru-gurunya ialah Mawlana Haji Imdadullah Muhajir Makki, Syaikhul Hind Maulana Mahmud Hasan, Maulana Rasyid Ahmad Gangoh, Maulana Muhammad Qasim Nanotawi dan Maulana Muhammad Ya'qub Nanotawi. Beliau meninggalkan dunia yang fana ini pada 2 Rejab 1362H ( 4 Julai 1943) dan disemadikan di Thana Bhawan.

Moga Allah merahmatinya dan menempatkannya di kalangan para sholihin...... al-Fatihah.

Maulana Asyraf 'Ali Thanwi dalam karyanya berjodol "Syauqu Wathan" menulis seperti berikut:-

Diriwayatkan oleh al-Khalaal dalam "al-Jami`" daripada asy-Sya'bi yang berkata: "Adalah orang-orang Anshar apabila mati seseorang daripada mereka, berulang-aliklah mereka ke kubur si mati tadi untuk membaca al-Quran baginya (yakni bagi si mati) - Syarhush Shudur.

Maka komentarku (yakni komentar Maulana Asyraf):- Kalaulah tidak sampai (pahala bacaan al-Quran tersebut) dalam pandangan mereka, maka kenapakah mereka membacanya (yakni kaum Anshar membaca al-Quran bagi si mati di kuburnya kerana mereka percaya bahawa pahala bacaan tersebut boleh sampai dan bermanfaat kepada si mati, jika mereka tidak berpendapat sedemikian maka kenapakah mereka membacanya).

Dan mereka tidak akan beri'tiqad sampainya pahala tersebut tanpa ada dalil, maka tsabitlah sampainya pahala bacaan kepada si mati. (Yakni perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur membuktikan wujudnya atau adanya dalil yang menyatakan sampainya pahala bacaan al-Quran kepada si mati).

Lihatlah wahai ikhwah yang budiman, bagaimana Maulana Asyraf menjadikan perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur sebagai dalil mengenai bermanfaatnya dan sampainya pahala bacaan tersebut kepada si mati. Inilah pandangan jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah, jikapun tidak dianggap sebagai ijma`. Seharusnya pandangan ini tidak dipinggirkan kerana inilah pandangan "mainstream" umat Islam tanpa mengira apa mazhab mereka.

Perbuatan suka mengkritik pendapat yang telah menjadi amalan lumrah masyarakat dan termasuk perkara khilafiyyah yang dibenarkan syarak yang mulia, amatlah tidak wajar dan perbuatan sebegini boleh membinasakan ukhuwwah dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat. Sayogianya perbuatan tersebut dihentikan, biarlah masyarakat beramal dengan keyakinan mereka asalkan ianya tidak terkeluar dari syariat Islam sebagaimana dinyatakan oleh para ulamanya umat ini.

Sumber; http://bahrusshofa.blogspot.com/2008/01/baca-al-quran-di-kubur.html

Kata Hasan Al-Basri: "Kita ni hanyalah bilangan sahaja,apabila
pergi sebahagian hari, pergilah sebilangan kita. Bila cukup tempoh bilangan kita,
maka habislah hidup kita di dunia ini"


************************************************************************************

Aku dah tanya perkara ni dengan seorang ulama (yang korang dengar bayannya pada N3 yang lepas) di masjid Sri Petaling. Dia jawab ok..

16 comments:

  1. Aslmkm..

    Ihris 'alal mauti.. tuhab lakal hayah..
    dekatilah mati, nescaya ia akan memberikanmu kehidupan.. -abu bakar ra.

    ReplyDelete
  2. wahabi je yg kata x boleh baca quran di kubur. tak payah layan wahabi ni yg suke pecah belah umat.
    baca ni pun ok
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20091122011817/Article/

    ReplyDelete
  3. Ishak Zaini,
    Hati yang hidup..

    ابن زين الرمباوي,
    Amin..

    kingjeff,
    Wahabi?? Ooo.. Hmm.. Ye ke?

    ReplyDelete
  4. salam bang..
    iya..saya juga pernah bertanya dgn ustaz yg mursyid.Jika kita hanya tahu mencari kesalahan,maka habislah ukhwah persaudaraan kita.Sebaliknya kita kena cari penyelesaian,ni tak...selalu nak cari salah jew..itulah,tiap2 manusia bila tak usahakan iman,rosaklah imannya walaupun belajar tinggi2 pun

    ReplyDelete
  5. iqbalsyarie,
    Satu-satu perkara tu hanya boleh dihukum bid'ah kalau jumhur (sepakat) ulama kata bid'ah. Tapi kalau ada sebahagian ulama kata boleh dan sebahagian ulama kata tak boleh, maka tak boleh dianggap bid'ah.

    *Ulama di sini bermaksud ulama mursyid.

    ReplyDelete
  6. insya-Allah, semoga Allah sampaikan pahala bacaan itu.

    ReplyDelete
  7. 1. Benda ni memang khilaf.
    2. jumhur bukan sepakat, tapi majoriti. Ijmak tu sepakat.
    3. bid'ah bukan hukum. Bid'ah hukumnya haram.
    4. mengikut As-Syafii, pahala tak sampai pada si mati kecuali 3 perkara. Harus bacaan kepada si mati.
    5. elders kan suh ikut je mazhab masing2.
    6. Dari komentar Maulana Asyraf, dia brhujah utk menyatakan pahala sampai kepada si mati.
    7. Rasanya maulana Asyraf bermazhab hanafi.
    8. Kalaulah aku sorang syafii yang lurus bendul,yang tak tau itu pandangan sebahagian dari mazhab hanafi, nescaya Maulana Asyraf di"wahabi"kan aku.
    9. rasenya pandangan gang2 "salaf/wahabi' tu biasenye diambil dari ulamak2 mujtahid, dari kitab2 muktabar.
    10. nnt aku suggest kt maulana hamid suh ajar karkun2 Malaysia kitab majmuk an-nawawi dengan fiqh sunnah.

    ReplyDelete
  8. ziarah76,
    Ada yang kata sampai, ada yang kata tak sampai.. Itu aku tak kisah.

    Yang aku kisah ialah geng yang kata tak sampai kata kat geng yang kata sampai, SESATTT...

    aLturkistani,
    Aku tanya Maulana;
    "Ada orang kata kat saya bid'ah pi duduk & baca quran kat kubur. Kadang-kadang saya bawa family ke kubur utk ziarah sedara yg mati & baca yasin."

    Maulana kata;
    "Boleh. Tu puak wahabi. Jangan kisah."

    ~wallahua'lam~

    ReplyDelete
  9. Ade je "wahabi" yg "chill"..ni jemaah dari saudi.most of them are "wahabi"..

    So, kalo kita ckp mcm tu..pecah hati plak kwn2 "wahabi" kita..padahal diorang tak ckp pun..

    Definasi wahabi pun kita tak dapat lagi..Bagi gua,takde label dalam Islam..So,tak perlu label org "wahabi" if definasi wahabi pun kita tak pasti..

    Even, Muhammad bin Abdul Wahab tu pun bermazhab Hanbali..Dia hanya pejuang akidah..

    Ibn Uthaimin (grand mufti saudi slepas Ibn Baaz) pernah men"defend" tabligh..

    Kalau keluasan ber"fiqh" dikira "wahabi", An-Nadwi boleh dikira "wahabi"..Bace saja buku2nya..Lihat dan dengar pandangan2nya yg menolak banyak pandangan mazhab hanafi..

    Pasal hadis yang maulana asyraf bawa tu..riwayat mane ek? sebab gua takde kitab Al-Jami'..mintak tolong carikan asalan hadis itu..

    Gua cadangkan bila nak citer pasal masail..bagi rujukan..dgn cara ilmiah..baru martabat ilmu tu terjaga..rujukan dapat dibuat..

    Bulan 12 ni gua balik Malaysia, boleh la sembang2 petang..

    ReplyDelete
  10. aLturkistani,
    InsyaAllah.. sembang2 sambil pekena chai..

    Aku Yang Jahil,
    azharjaafar 016-6827679

    ReplyDelete
  11. sekadar info berkenaan ngan tajuk di atas.
    http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/04/membaca-al-quran-di-kuburan-maulana.html

    ReplyDelete
  12. VoiceOut,
    Terima kasih. Tak tahu pulak posting yang sama telah dibuat juga oleh ustaz Hambali. Perbincangan pada ruangan komentarnya juga menarik.

    Masa tu aku keluar 4 bulan..

    Dia ustaz.. Mana ada orang nak hentam.. Aku yang jahil baru nak belajar ni.. senang-senang je orang lekehkan..

    ReplyDelete
  13. ada beza bida'ah dan khilaf. Mungkin next entry lu boleh kasi selidik sikit.

    Definisi bida'ah dan khilaf ni yang kita selalu silap.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum ... apa yang penting ... apa yang ada hadith dan ayat, suruhan Allah dan Rasul kita buat, apa yang dilarang kita tinggal. Amalan yang dibenarkan oleh ulama' muktabar, dibuat, yang dilarang, ditinggalkan. Yang tiada dalil dan hujah tapi nampak ok, jangan buat. Benda yang was-was dari segi ilmiahnya, tinggalkan. Hendak amal kena ada ilmu perkara tersebut bukan taqlid. Ada 'ulama fatwa' dan ada 'ulama taqwa', dalam keadaan masyarakat Islam yang berpecah sekarang ni, terbaik adalah mengikut 'ulama taqwa'.

    Assalamualaikum ...

    ReplyDelete
  15. Pada aku..

    Setiap orang berhak untuk amal ikut ilmu yang dia belajar.. orang lain tak patut untuk tuduh sesiapa tak betul hanya kerana dia anggap perkara tu tak wujud dalam agama..

    Padahal perkara tu ada.. cuma dia je yang tak tahu.. sebab dia belajar lain..

    Ulama2 dulu yang lebih mahir agama, tak pulak tuduh menuduh sesama sendiri..

    Wallahua'lam..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...