Dulu... aku adalah seorang perokok tegar.
Mula berkecimpung dalam arena rokok merokok dan yang 'seangkatannya' sejak umur aku 15 tahun.. Awalnya suka-suka. Lepas tu betul-betul suka..
Hisap rokok dengan uniform sekolah kira perkara biasa. Macho kononnya.. Tunggu bas bila balik sekolah pun kat area Central Market. Memang perasan glamer giler la masa tu..
Umur 18 dah start kerja.. Dunhill kotak besar je... lepas tu tukar Marlboro soft pack.. Mana-mana aweks yang menegur aku pasal rokok masa dating, akan aku ceraikan dengan talak tiga.. pehh.. brutal..
Tahun 1995 aku berhenti merokok. Syukur pada Allah. Tapi bukan senang nak berenti.. Mula-mula kena ada keinginan yang kuat nak berenti. Betul-betul nak berenti.. Setakat berenti beli je tak jadi...
Jadi macam-macam cara aku cuba... Makan gula Hacks la.. tampal nikotin kat lengan la.. Tapi semua tak jalan. Lepas tu aku dapat ilham dari Allah;
JANGAN BELI ROKOK KOTAK BESAR, TAPI PERGI BELI ROKOK SEBATANG-SEBATANG KAT KEDAI..
Tiap kali aku rasa nak merokok, aku raba-raba poket baju.. "Ahh.. rokok tak de. Kena pergi beli kat kedai. Malasnya.." Jadi tertangguh la niat aku nak merokok. Aku pun jenis yang tak suka mintak rokok member (..dan aku bengang orang mintak rokok aku). Asbab tu, aku kurang merokok dalam sehari. Lama-lama, Alhamdulillah aku dapat berenti.
Tapi terus terang aku kata, walaupun dah hampir 15 tahun aku berenti merokok, keinginan merokok datang jugak bila tengok orang hisap rokok lepas makan tengahari.. Pehh.. kuat betul penangan candu rokok ni..
Kepada perokok-perokok yang baca blog aku ni.. aku nasihatkan korang secara ikhlas.. berenti lah merokok. Ianya membahayakan kesihatan korang di dunia dan di akhirat..
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...
Mimpi hisap rokok... nikmat tu bro!!!
ReplyDeleteMacam tu ceritanya ya..
ReplyDeleteOrg2 yg pernah jadi perokok kemudian dapat taufik utk berenti insyaAllah faham apa yang dikongsikan ini..
Betapa mujahadahnya perasaan nak lawan utk berenti rokok ni..
Alhamdulillah atas hidayat Allah..
p/s: amalkan bersugi, mudah2an akhir kalam Allah mudahkan utk dapat ucap kalimah syahadah.
doa-doakan aku. dah lama azam ni.
ReplyDeleteAbang Ben,
ReplyDeleteMimpi hisap rokok tak pe.. Jangan hisap rokok sampai mimpi..
Ishak Zaini,
Sugi.. ok gak tu.. Kalau gian nak merokok je, kunyak-kunyah lah batang sugi tuh..
Hasbullah Salih,
Azam beserta usaha yang sungguh-sungguh..
azhar,
ReplyDeleteaku baru tangguh 3 hari,
merokok?.... alhamdulillah ko dah brenti, zaman dulu merokok suka2 kat blakang bas sekolah ada la. Gudang garam (balut putih ada line merah kat hujung) yg manis tu.
tapi syukur, tak melekat pun, jd aku bukan la perokok sejak dulu.
tapi yg teruk bila member merokok terpaksa pulak terhisap asap rokok member. aku angkat kaki la.. tp kadang2 tak leh pula angkat kaki. cthnya,
dulu2 kalau pegi jamming memang studio bau rokok, gig penuh asap rokok.
Tu dulu... dah ku tinggalkan dunia itu
alo.. bila ko sebut cerita lama tu.. terkenang kembali zaman menapak turun bukit naik bukit tu.. berpeluh la ketiak masa tu.. "singgah" kat mushroom.. sessi berasap.. aku yg tak berasap ni pun kena pow dengan korang yg berasap..
ReplyDeletetapi aku syukur, aku tak morokok... alhamdulillah.
bagus tul anak pak musa ni....
ReplyDeleteziarah76,
ReplyDeletepehh.. kau tak tau nikmat isap rokok terutama waktu lepas makan & waktu ke jamban..
azhar musa,
satu pagi tu aku terlambat lepak kat mushroom.. bila aku sampai semua bebudak dah tak de.. rupa2nya reramai dah kena angkut pegi pejabat sekolah..
*mushroom; kedai makan berbentuk cendawan kat sebelah stadium merdeka.
rizman hassan,
lelaki soleh akhir zaman..
pergh...best cerita abg azhar.sy tak merokok tapi ramai membe sy yg isap rokok.Melalui pemerhatian sy la,org yg suka isap rokok ni la orgnyew yg suka buat maksiat.Ade connection ke?
ReplyDeleteKebetulan je kot..iman keluar masuk,naik turun dan ikut suasana.huhu
btw,abg ipar sy dari sblm kawin smpaila anak 4 still kuat isap roko dia.sian dia,tak penah berjaya buang ketagih dia...mungkin boleh share ngn dia tips yg abg azhar bg.haha
Salam, brutal gak awak ye?Saya pulak kalau ada abg2 perokok yg menggatai...siang2 dah talak 5!!! Dulu adik angkat kata kat sekolah mmg suka isap rokok sbb glamer la langgar undang2..Bila dah abis sekolah, dah tak minat sbb takde sapa nak tangkap lagi...gitu rupanya korang yek? Suami sy pun dulu merokok, 1st time kuar 3h, asikle kuar masjid lps gian...amersaf kata sahabat2 Nabi saw dulu dgr api je dah takut, meraung, menangis...kita ni, api buh kat celah bibir!bisa,bisa tu...Tp tu masa lum kawin, kita pun tak tau sejarah dia,kawin matchmake le katakan...ni dah tak lagi...
ReplyDeletep/s:apa lak yg seangkatan dgnnya tu??
Assalamualaikum maulana abg azhar
ReplyDeletesaya pernah dgr dari karkun lama
mgkn kata2 ni dari elders kita
elders kita kata
daun tembakau tu asalnya dari air kencing syaitan
syaitan kencing atas tanah
pastu tumbuh satu rumpun dari tmpt tu
itulah daun tembakau.
dari artikel di iluvislam.com yg saya baca dulu
dia ckp, kt israel xde pun hisap rokok
hisap rokok di sana dianggap taboo
mereka buat rokok
dan jual rokok di negara lain
sbb mereka tau kemudaratannya
biasa la yahudi
dikatakan, dlm coca cola pun mereka buh
anti reproduction ( dlm jumlah yg sedikit )
di israel xde coca - cola
ok,
mereka akan mati satu hari nnt Insya Allah
amin...
Assalamualaikum
iqbalsyarie,
ReplyDeleteOrang hisap rokok suka buat maksiat? Laa.. kalau hisap rokok tu dah difatwakan haram, memang buat maksiat la jadi nya..
Pasal bang ipar tu.. hati-hati sikit. Perokok ni sensitif kalau ditegur. Ada sikap cepat marah.. Maklumlah.. asap tu kan makanan jin..
umma-ali,
rokok ni memang awalnya nak tunjuk glamer dan nak cuba-cuba. Bila dah lekat memang payah sesangat nak buang..
hainur83,
Doa hidayat lah untuk orang Yahudi tu. Diorang pun umat Nabi jugak..
Kat Israel tak Coca-cola???
Tak BRRRRRRRRRRRRRRR!!!!! la macam ni..
..aku ngisap susu jak..
ReplyDeleteismadiyusuf,
ReplyDeletenyaman tu..
umma-ali,
Lupa nak jawab.. yang 'seangkatannya' tu bermaksud rokok yang telah di'modified'..
di telan pahit
ReplyDeletehendak ku buang terasa sayang
engkau bermadu
hendak ku minum engkau beracun
kau bisaaaaaaaaaaa
hingga punah ranah dan mati akan diriku
kau kebumikanlah aku
di sini............
slackerer,
ReplyDeleteKau serang hendap
Cinta yang berbunga di hatiku
Berikan racun pada aku yang
Sedang dahaga
Cintamu membakar aku
Hingga jadi abu
Bergunakah aku lagi
Untukmu
Dewasalah aku dalam
Perjalanan hari ini
Binasalah aku
Andai dikudakan telunjukmu
http://www.imeem.com/bondong/music/KQRWOe2M/xpdc-xpdc-darjah-satu-02-aku-dan-sesuatu/
aku dah renti sejak 1992.. masa zaman kerja kilang. mula meeting pagi ngan rokok dan abis meeting dengan rokok. Suatu hari aku nonton TV wawancara dengan Farid Ariffin dari Makna. Dia kata nak renti rokok kena mula dengan buang kotak rokok dengan saki baki rokok yang dalam kotak lagi.
ReplyDeleteAkupun cuba tiru mcm dia. 2 atau 3 bulan aku jadi kera. Aku counting jam demi jam, aku tak isap. Lama-lama aku jadi malas nak counting dan malas nak merokok. Ketagih dan keinginan masih ada. Aku sedar aku dah tak ketagih selepas 3 tahun.
1993 aku sedar tuhan beri aku hidayah, akupun mula join geng masjid. Apalagi bila kena kritik sikitpun aku baran sebab tabiat beruk aku masih aku bawa walau aku selalu ke masjid. Aku masih lagi ada kejahilan yang aku ingin perbaiki.. so doa untuk aku dan kita semua..
abd rahim,
ReplyDeleteinsyaAllah.. amin..
rokok tu x lah sedap mana pun...
ReplyDeletecuma.. bila x merokok tu jer yg rasa x sedap..
doa la utk aku.. nak berenti..
Kr,
ReplyDeleteSedap lagi kalau berenti..
Salam
ReplyDeletemasa bujang dlu klu lelaki tu perokok mmg awal2 reject wp dia hensem ke alim ke.... syukur suami x merokok. Dlu merokok gak ms remaja tp dia brenti sbb dia kata keja tak berfaedah.... Hehehe....