Solat witir kat tempat aku. Saf setakat tiang depan aje
Intro; Malam mula2 tu sampai kat tiang belakang ada orang solat witir. Tiap2 malam ada majlis ilmu. Jadi solat tarawih 8 rakaat + witir 3 rakaat. Ada satu ustaz tu kata; "duduk dalam majlis ilmu lebih baik dari 1000 rakaat solat sunat. Jadi tuan2 dah dapat 1008 rakaat sunat..."
Entri sebenar;Intro; Malam mula2 tu sampai kat tiang belakang ada orang solat witir. Tiap2 malam ada majlis ilmu. Jadi solat tarawih 8 rakaat + witir 3 rakaat. Ada satu ustaz tu kata; "duduk dalam majlis ilmu lebih baik dari 1000 rakaat solat sunat. Jadi tuan2 dah dapat 1008 rakaat sunat..."
(kalau macam tu aku tak payah pergi haji sebab tiap2 hari aku solat israq dapat pahala haji mabrur.. he.. he..)
Subhanallah.. rasa kejap je dah 13 Ramadhan.. macam tak buat apa-apa lagi.. peluang yang Allah bagi sebulan dalam setahun ni masih belum dimanfaatkan sepenuhnya lagi..
Kalau diiklankan kat tv..
Ada satu supermarket besar bagi tawaran.. belilah apa2 barang pun dari kedai dia akan dapat potongan 70%.. siapa saja.. beli apa saja.. tiada had harga..
Tapi promosi tu sebulan aje..
Maka..
Aku dan korang semua (mungkin) akan jadi orang pertama yang menunggu kedai tu bukak.. lepas subuh je.. tak sempat taklim.. tak sempat zikir pagi.. tak sempat solat israk..
Beratur depan kedai.. duit dah withdraw malam tadi lagi.. huh!
Boleh beli barang dapur untuk stok beberapa bulan.. beli baju.. selipar.. kira borong la..
Tapi malangnya (diri aku)..
Allah offer dalam Ramadhan setiap amalan sunat dapat pahala fardhu.. setiap amalan fardhu dapat pahala 70 fardhu.. 10 malam awalnya rahmat (ialah.. nak masuk syurga kan HANYA dengan rahmat Allah..), 10 malam pertengahannya pengampunan (kan aku selalu mengaku banyak dosa..), dan 10 malam akhirnya pelepasan dari neraka (kan selalu doa; "waqina a'zabannar")..
Lagi ada pulak satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.. kalau kita beribadat pada malam tu umpama kita beramal selama 83 tahun lebih kurang..
Hati aku masih tak terkesan dengan offer Allah nih..
Macam tak de apa2.. macam biasa je..
Sedangkan Nabi sendiri begitu bersungguh2 dalam amal pada bulan Ramadhan terutama pada 10 malam terakhir.. sehingga Nabi pesan untuk ikat kain kuat2.. tapi kain aku selalu terlucut..
Hampeh..
Entry ni sebagai muhasabah untuk diri aku..
Azam keluar 10 hari akhir Ramadhan..
Semoga Allah terima dan hantar aku ke mana sahaja..
Join??? (bayan hidayat 11 Sept 2009 @ 9 pagi - masjid Sri Petaling..)
Entri tambahan;
~ semalam pergi masjid Sri Petaling. Ada mesyuarat.. Lepas isyak, tarawih.. sempat rakam 10 rakaat yang awal. Siapa suka boleh dengar. ~
tarawih-malam-13-ramadhan-1430
~lebih baik dengar sambil baca quran kat sini
http://www.myquran.us/quran/browse.aspx?SurahId=589&Page=290
http://www.myquran.us/quran/browse.aspx?SurahId=590&Page=295
http://www.myquran.us/quran/browse.aspx?SurahId=591&Page=305
betullah..
ReplyDelete10 hari pertama dah berlalu,tapi rase mcm blum buat ape2 pun..
moga allah terus bimbing iman yg lemah nie..
Salam ziarah d bulan puasa. Semoga segala amal kn di berkati..
ReplyDeleteYa. Memang aku juga tidak dapat menjiwai kemuliaan bulan ini. Ini bererti Pemeliharaku itu belum mau memandang akan diriku ini. Mungkin kerana jiwa ku masih terpenuh dgn dosa... Ya Allah...
salam tuan,
ReplyDeleteSaya azam 10 hari akhir Ramadan... (tapi sebenarnya tahun lepas pun ada azam gak, tapi tinggal azam je... kali ni mesti jadik punya, insya-Allah)
sharifah sakeena,
ReplyDeleteok.. jangan lepaskan peluang pada 10 hari kedua dan ketiga..
merah_s,
terima kasih sudi ziarah dan komen..
Allah akan memandang dengan kasih sayang kepada hamba2Nya yang bertaubat dari dosa..
mutakalim,
jadik.. jangan tak jadik.. tashkil orang lain sama..
sheikh,
ReplyDeletemasa allah pilih tuan ke holland berpa belanja ekk... ingat nak ....
salam bro, jemaah Malaysia sekarang ada kat marhalah gua...
ReplyDeleteAbu Ikhlas,
ReplyDeleteAllah mudahkan tiket dapat murah RM3200 (return). Jadi bawak duit poket RM2000 shj utk 3 bulan (entry visa 3 bln shj).
Abang Ben,
Layan jangan tak layan..
esok sabtu ada tak bayan hidayat utk org nak keluar ramadhan 10hr?
ReplyDeletemlm tu ada ramai azam 5hb?????
urgent....
slackerer,
ReplyDeletetak sure la.. ada yg azam 5hb dan ada yg 6hb. Cuba tanya jmh tashkil 0133031956 (omar).
salam ramadhan..muga kita dpt mempertingkatkan lagi amal ibadah dibulan yg pnh dngn gandaan pahala ini
ReplyDelete:)
syahbandar87,
ReplyDeleteterima kasih. Semoga Allah mudahkahkan kita..
sy un rase camtu gak.
ReplyDeletetapi skg ni da tgh2 bln ramadhan dah.
camne la..
haih...
matadore,
ReplyDeleteMasih ada peluang selagi nyawa masih belum sampai kat kerongkong dan selagi matahari masih belum terbit dari sebelah barat...
Sekarang mau gerak..!
dah buat mesy bulanan?
ReplyDeletecmn buat?
slackerer,
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah buat semalam @ ahad @ 10 pagi.
Mesyuarat macam biasa cuma lebih detail terutama pasal amal masjid..
termasuk masjid2 yang jemaah tak boleh / tak pernah masuk..
ramadhan nak melangkah pergi...
ReplyDeletemase kecik dok hitung hari bile nak abes bulan puasa...
tp, bile dah besar ni, rase sedih bile ramadhan nak belalu pergi...
adkah amalan sudah cukup?
adakah amalan yg sedikit itu diterima ALLAH?
smoga sama-sama beroleh kemenangan di ramadhan ini...
...antikapel...,
ReplyDeleteSemoga dalam Ramadhan tahun ni nama kita tersenarai dalam senarai orang2 yang Allah lepaskan dari neraka..