Wednesday, September 30, 2009

Best Sangat Ke Tengok TV?

Nah.. amik kau. Tengok la puas-puas


Copywrong dari blog Pondok Sang Pencinta dengan sedikit edit.

Raya mmg seronok. Dari kita kecik smpailah ke besar, kita masih seronok beraya. Yelah, time raya la org bandar balik kampung. Berduyun-duyun. Nenek-nenek dan atuk-atuk tua yg kat kampung kita tu, tiba raya sajela kita akan nampak kereta anak-anak dia keliling umah. Sian atuk, jumpa cucu setahun sekali. Time raya gak la org miskin diraikan. Org kaya mula jadi 'pemurah' dan org yg tak cantik jadi cantik yg dibuat-buat.

Org Malaysia kalau beraya mmg hebat! mantap! Sebulan puasa, sebulan raya!

Dulu waktu saya kat rumah seminggu, mmg banyak masa saya tgk TV. Yelah, sbb seminggu kat rumah, ditambah pula dgn hujan yg berterusan kat kampung saya, jadi mmg tak banyak sgt ziarah umh org. Kalau kat sini, sy mmg lgsung tak tgk Tv. Takde Tv. Bila dah jarang tgk Tv, pastu tiba2 kita tengok.. rasa mcm jakun pulak. Yelah, jadi mcm satu kejutan.

Apa yg best kat Tv? Kalau org Eropah, diorg pggil Tv ni sbgai 'idiot box' atau diterjemah kpd bahasa Malaysia, 'kotak bodoh'.

Bagi sy, bukan Tv yg bodoh, tapi org yg kemaruk layan sgt Tv tu yg bodoh. Rancangan kat Tv pun semuanya merapu!! Dari awal pagi hingga lewat malam, mmg susah nak cari program televisyen yg tak merapu. Banyak yg merapu. Adakah ini menunjukkan minda masyarakat kita ni merapu? sbb banyak sgt tgk cerita yg merapu?

Semua org taw sebut aidilfitri, tapi bukan nak faham pun maksudnya.
Kalau tahu pun maksud 'kembali kpd ftrah',org da tak taw fitrah tu mcmane da..
Patutnya raya ni tayangla kisah-kisah yg boleh menambahkan iman, ni banyak tayang rancangan-rancangan yg menghakis pahala puasa sebulan! Rugi pahala puasa sebulan sbb tiba hari raya pertama aja kita dah kmbali buat maksiat. (mungkin saya dan bukan anda)

Kalau ada cerita yg best pulak, mesti masa tayangan dia sama dgn waktu solat. Contohnya,program pasal solat yg ditayangkan jam 7.30mlm. Kan wktu tu org semua kat masjid semayang jemaah? Patutnya tukar la malam sikit.

Kalau ditayangkan movie pulak, mesti movie tu mengarut! Kononnya nak jd pengajaran, tapi mesti diselitkan adegan-adegan yg lucah-lucah hinggakan ada keluar satu scene ustaz rogol bini org. Matlamat tak membenarkan cara! Matlamat kita bagus,nak menyedarkan masyarakat. Tapi,tak perlu la smpai berlakon mcm tu sekali, smpai rogol pun mmg mcm real. Tangkap gmbar mcmane tah...


Patutlah org alim melabelkan Tv ni sbgai peti perosak iman!

Akhirul kalam, bukan sy kata nak stop tgk Tv, tapi pandai-pandailah pilih rancangan yg berfaedah kpd diri kita ni. Adakah kita mahu mati dlm keadaan malaikat maut mencabut nyawa kita semasa kita sedang syok layan bola lalu kita nazak dan mati dpn Tv? atau adakah kita mahu mati ketika sujud dlm solat? Tepuk dada,tanya taqwa...

Ditaip oleh iqbalsyarie pada 5:57 PM

***************************************************************

Aku pun suka tengok tv. Tapi masalahnya;

1) kat rumah aku tak de tv. Tu yang bila time sedara-mara datang rumah aku, diorang jadi mati kutu. (kalau korang banyak kutu kat kepala, eloklah selalu datang rumah aku..)

2) bila aku tengok tv kat mana2 pun.. akhirnya tv tu yang tengok aku.

azharjaafar

19 comments:

  1. menarik..sy ske isu ni.teruskn menulis
    :)

    ReplyDelete
  2. aku pun x bole nak komen apa...balik khususi layan tv gelak2 tgk citer yg ntah apa apa...argh...apa ni...nasib telah diajar x cari kesalahan orang...sebab aku sendiri pun banyak dosa yg bertimbun...(saja nak lepaskan geram pada diri sendiri)

    ReplyDelete
  3. syahbandar87;
    menulis dan yang ini mengcopy..

    van qif;
    lu pikir la sendiri.. (macam biasa tengok je cite nih..)

    ReplyDelete
  4. Salam Azhar.

    First time hntr komen ni. Sy baru je jd followers.
    TV ni mmg satu benda yg memeningkan kepala sy. Ada 2 org anak murid yg tinggal serumah dgn sy. Sy mmg tekankan ttg disiplin, especially solat jemaah & amalan infradi. Tp diorg selalu ter'kesima' dgn hadirnya pelbagai channel astro kat TV. X dpt nk bahagi masa antara TV , studi dll. Nak buang TV rasa berat sgt pulak, sbb sy pun layan gak TV ni..he..he. Doa la mudah2n kita semua x jd hamba kpd TV.

    ReplyDelete
  5. Salam...
    TV ohhh TV..
    dulu gua ada buat posting pasal TV (dgn sambutan pengomen2 yg mengalakkan hehe), masa tu lu tengah khuruj 4 bulan. komen gua mcm dlm posting bawah:

    http://ziarah76.blogspot.com/2009/04/minggu-tak-menonton-tv.html

    http://ziarah76.blogspot.com/2009/04/respon-terhadap-entry-menonton-tv.html

    wa Allahualam

    ReplyDelete
  6. m. fariz rizal j.,
    sekeh je kepala budak-budak tu.. lepas tu minta diorang sekeh kepala cikgu pulak..
    (sebab cikgu marah budak-budak tengok tv tapi tv tu cikgu yang punya..)

    mutakalim,
    ok.. aku baru baca..
    kalau kita dapat kembali ke zaman x de tv, x de internet, x de henpon.. agak2 apa aktiviti kita ye?

    ReplyDelete
  7. Aduii...akhirnya, cikgu pun kena sekeh jugak ye:) Yg best kat TV ni, setiap sblm subuh & sblm maghrib (lepas balik dari b'sukan) kitorg akan bukak chanel Astro Oasis, ada zikir & bacaan Quran. Rasa damai je rumah kitorang...

    ReplyDelete
  8. Aslm,tv tetap tv...uma sy xde tv tp bl dah menetap di kmpg bertentangan dgn uma mentua, anak2 kita syok lah, cuti madrasah layan tv... bl kita komen, neknya kata apasalahnya sekali sekala bdk ada kat uma...diam ajelah kita. Tp kna disiplinkan anak2 lps subuh mengaji, solat jgn tangguh dll...fadhilatnya, nnt bole lyn tv, arghh!!!susah betul lah zaman ni...
    Dulu ada karkun targhib, kalau dalam pinggan kita ada nasi dan lauk best2 tp ada jg najis buangan kita dlm pinggan yg sama, agak2 boleh telan x makanan tu?Kembang tekak imagine, lum betul2 lagi tu!
    Camtu jg tv ada program agama, kesihatan, maklumat terkini, berita dunia, tp ada jg benda2 maksiat...samalah mcm sepinggan nasi td...
    Hayatilah hadith Nabi saw tentang iman, yg selemah2 iman ialah membenci dlm hati bl melihat maksiat...drama dalam tv tu wpun ada unsur2 keagamaan, tp yg berlakun ada yg tak tutup aurat, yg bkn mahram berlakun sebagai suami isteri, kita dok terlopong tengok, siap bergenang airmata lagi, tup tup, bersambung episod lain...wah besoknya lum smpi time, kita dah tunggu depan tv nak tengok cerita seterusnya...
    Astaghfirullah...jika dtg maut, mn iman kita waktu tu?Yg paling lemah pun xde...apa nak jawab. Sama2lah kita renung iman kita...

    ReplyDelete
  9. salam
    kalau la xde tv.. intrnt
    pasti manusia akan cari pengisiaan
    dan pengisiaanye adalah..kuar jalan Allah
    hu2

    ReplyDelete
  10. asal ramai sangat folowwer..???

    ReplyDelete
  11. umi-ali,
    jalan paling selamat.. JANGAN BELI TV..

    Yard,
    buat anak pun ok gak..

    Ibnu Mutalib,
    bukan apa.. tu semua orang kampung mak aku.. aku paksa jadi follower..

    ReplyDelete
  12. wah..sudah jadi pirates of Caribbean mu ni Azhar...mengancam avatarmu tu..ahak..ahak..

    T.V ni....kita kena mind control kalau kita tak kontrol...falsafah terkini...

    Teringat kata-kata seorang karkun tua Malay-Ceylon masa keluar dan buat ghast khususi dengan dia disuatu kedai muslim diSri Lanka. Tuan punya kedai itu bertanya berbagai-bagai soalan walaupun niat kami hanya berkenal-kenalan dan mengajaknya menyertai program dimasjid. Dan salah satu soalan dia, apakah T.V itu suatu benda yang baik, maka jawab karkun tua tersebut, dia dulu sebelum pencen dan mendambakan diri sepenuh masa pada kerja agama, kerjanya sebenarnya adalah membaiki T.V dan katanya, banyak juga benda yang baik dari T.V cuma katanya, kalau ada satu saluran yang mengalirkan susu kedalam rumah kita, 23 jam saluran tersebut digunakan untuk susu dan hanya satu jam dalam sehari digunakan untuk mengalir najis...apakah kita nak minum susu yang keluar dari saluaran tersebut? Sebegitulah, 23 jam benda yang baik disalurkan oleh saluran T.V kita dan baki 1 jam untuk saluran yang tidak baik (tidak senonoh), cukup untuknya membawa pengaruh buruk sebagaimana najis tersebut.....

    ya Allah, ampuni dan lindungilah kami.....

    ReplyDelete
  13. belia tak suke TB (tak kesahlah televisyen ke or penyakit TB-tuberclosis..huhu)

    ReplyDelete
  14. zarzh,
    Pirates of the Kepong Street..

    Pada saya 23jam benda najis, bakinya 1 jam je susu..

    asy_syakirin,
    atau TB = Takut Bini..

    Ada orang bila kawan ajak keluar 3 hari.. bini besarkan mata.. terus tak jadi keluar..

    ReplyDelete
  15. TV? "'haraaaammmmmmm'"
    ni bukan fatwa, tapi takwa...
    maksud saya dedah aurat - HARAM
    campur laki pompuan - HARAM
    tengok sampai suara TV bercampur suara azan - BAHAYA

    dan banyak lagi ada dalam TV

    tapi semua benda haram tu dah jadi halal
    ingat ingat lah
    bahaya toh!!!!

    ReplyDelete
  16. slackerer,
    apa lagi bro.. kasi pecah la itu TV..

    ReplyDelete
  17. dah buang lam telaga buruk
    habis adik beradik marah
    masa tu baru balik kuar 3h first time

    ReplyDelete
  18. slackerer,
    ha.. ha.. ada kawan aku balik 3 hari terus jos buat taklim rumah sampai TV 21 inci bapak dia meletup. Selang 2-3 hari bapak dia beli TV 29 inci..

    ReplyDelete
  19. Nak sharing article yg agak bagus dan enlighten ni..

    Tajuk: UNDERSTAND TV

    http://www.missionislam.com/family/understand_tv.htm

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...