Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Wednesday, February 04, 2009
Serban Nabi Dan Para Sahabatnya
Saiyidina Huraith R.A meriwayatkan bahawa beliau telah melihat Rasulullah S.A.W berdiri di atas mimbar sedang pada ketika itu Baginda memakai serban hitam. Kedua-dua ekor serban berjuntaian di antara bidang (belikat) bahunya (yakni di belakang).
(Muslim Jilid 1, m.s 490, Ibn Abi Syaibah Jilid 8, m.s 239, Ibn Majah m.s. 256, Abu Daud m.s. 653)
Saiyidina Ataa Ibn Abi Rabah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika sedang aku bersama Saiyidina Abdullah bin Umar R.A, seorang pemuda datang kepadanya dan bertanya mengenai ekor serban, bagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ibn Umar R.A memberitahu pemuda tersebut bahawa beliau amat mengetahui jawapannya dan akan menerangkannya dengan senang hati kepadanya.
Kemudian beliau berkata : “Satu ketika, aku berada di dalam Masjid Nabi S.A.W. Bersama –sama dengan Nabi S.A.W adalah bersama sahabat-sahabat Baginda Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Ibn Masud, Huzaifah Abdur Rahman bin Auf, Abu Said Al-Khudri R.A. Semuanya ada 10 orang sahabat. Seorang pemuda Ansar masuk ke masjid, memberi salam kepada Rasulullah S.A.W dan terus duduk. Nabi S.A.W memberi tumpuan kepadanya (dan menasihatinya). Kemudian Nabi S.A.W memberitahu Saiyidina Abdur Rahman Ar R.A bahawa satu jenazah Mujahidin akan dihantar pada waktu pagi dan beliau hendaklah bersedia menyertai mereka. Pada waktu pagi Saiyidina Abdur Rahman Auf memakai serban kain kapas berwarna hitam, mempersediakn dirinya untuk angkatan tersebut. Nabi S.A.W mendekatinya dan menanggalkan serbannya dan melilit serban putih ke kepalanya. Serban ini telah diikat dengan cara dimana ekornya kira-kira empat jari panjangnya dibenarkan berjuntai di belakang. Tatkala melakukannya Nabi S.A.W bersadba : “Ibn Auf, ikat serban seperti ini kerana ia lebih sesuai dan jelas”, inilah cara orang-orang Arab dan merupakan cara pemakaian yang betul. Nabi S.A.W kemudiannya menyuruh Bilal R.A memberikan bendera kepada Saiyidina Abdur Rahman Auf R.A, ini menggambarkan tanggungjawab untuk mengepalai angkatan tersebut.
(Mustadrak Hakim, Jilid 4, m.s 540)
Aisyah R.A meriwayatkan bahawa pada masa Peperangan Khandak, beliau menyaksikan seorang yang menyerupai Saiyidina Dahya Kalbi RAnhu. Orang ini duduk di atas binatang dan berbual perlahan dengan Nabi S.A.W. Beliau berserban yang salah satu ekornya terjuntai di belakang. Selanjutnya beliau meriwayatkan bahwa beliau bertanya Rasulullah S.A.W mengenai orang itu, lalu diberitahu bahawa ia ialah Saiyidina Jibrail A.S dan beliau memberitahu Nabi S.A.W supaya meneruskan kearah Banu Quraizah (kaun Yahudi yang musuh Islam dan penghuni Madinah pada ketika itu). Jelas bahawa Jibrail A.S telah datang untuk memberitahu perintah Allah.
Aisyah R.A meriwayatkan bahawa suatu ketika seorang menunggang kuda Turki datang menemui Nabi S.A.W. Penunggang itu memaki serban. Ekornya berjuntai di antara bahunya (belikat). Aisyah bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenainya. Nabi S.A.W menyatakan rasa terkejut kerana Aisyah telah melihat si penunggang itu lalu memberitahunya bahawa orang itu ialah Jibrail A.S.
(Ibid)
Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa apabila Nabi S.A.W akan melilit serbannya, Baginda akan membiarkan ekor serban itu berjuntai di antara bahunya. Nafi’ (murid kepada Ibn Umar R.A) meriwayatkan bahawa Ibn Umar R.A juga melakukan demikian.
Pengarang syarah Tirmizi menyatakan, “Hadis ini hasan” (baik). Hadis daripada Amr bin Huraith di dalam Muslim dan juga lain hadis memperkuatkan kedudukan hadis ini.
(Tuhfatul Ahwazi jilid 3, ms. 50)
Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan Nabi S.A.W melilit serban Saiyidina Abdur Rahman bin Auf R.A dan membiarkan ekor serbannya lebih sebanyak empat jari. Baginda bersabda : “Apabila aku Israk dan Mikraj, aku lihat kebanyakkan para Malaikat berserban”.
Saiyidina Musa Asha'ari R.A meriwayatkan bahawa Jibrail A.S memakai serban datang menemui Rasulullah S.A.W. Ekor serbannya berjuntai di belakang.
Saiyidina Thauban R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W akan melilit serbannya dengan cara di mana satu ekor serbannya berjuntai di belakang dan satu lagi di depan.
Abu Umamah R.A meriwayatkan bahawa bilamana Nabi S.A.W akan mengutus seorang sebagai gabenor bagi sesuatu tempat, Baginda akan melilitkan serban ke atas kepala orang yang dihantar. Serban akan diikat dengan cara di mana ekor serban itu berjuntai di sebelah kanan, hampir ke telinga.
Abu Abdul Salam meriwayatkan bahawa beliau bertanya Ibn Umar R.A tentang cara bagaimana Nabi S.A.W melilit serbannya. Beliau menjawab, “Rasulullah S.A.W akan melilit lipatan serban di kepala, Beliau akan membiarkan ekornya di belakang berjuntai di antara bahunya.
Saiyidina Abdul Rahman bin Auf R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban untuknya dengan cara ekor serban berada di depan dan belakang.
(Abu Daud m.s. 564)
Saiyidina Ubadah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Jadikanlah amalan melilit serban kerana ia sebagai syiar para Malaikat. Selanjutnya lilitan serban-serban itu dengan cara ekornya berjuntai di belakang.
(Baihaiqi meriwayatkan di dalam Syubul Iman, Misykat m.s. 377)
Suatu ketika seorang datang menemui Ibn Umar R.A dan menyebutkan namanya, Abu Abdur Rahman, bertanya kepadanya apakah amalan melilit serban itu sunnah. Ibn Umar R.A menjawab “ya” dan untuk memperjelaskannya bahawa Nabi S.A.W menyuruh mereka pergi dan meletakkan kain mereka di atas kepala dan memakai baju besi. Mereka akur dengan Nabi S.A.W dan menghadirkan diri mereka di hadapan Nabi S.A.W. Beliau mengambil kain lalu melilit serban itu di kepala mereka dengan cara ekor serban itu berjuntai di kedua-dua bahagian (belakang dan depan).
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307, daripada Kitabul Jihad oleh Ibn Abi Aasim)
Saiyidina Aisyah R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban hitam daripada kain kapas untuk Abdul Rahman bin Auf R.A dan menjuntaikan “sebanyak ini” di sebelah depan.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s. 307 daripada Ibn Abi Syaibah)
Ibn Umar R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W melilit serban daripada kain kapas di kepala Abu Aur R.A dengan cara ekornya kira-kira panjang empat jari di sebelah belakang. Nabi S.A.W juga bersabda: “Lilitlah serbanmu begini”.
(Umdatul Qari Jilid 21, m.s 307)
******************************************************************************
Semoga aku sendiri dapat amalkan dan sampaikan...
Tiada Daya Dan Upaya Melainkan Allah (sahaja yang mempunyai daya dan upaya).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...
owh gambar hiasan.. ingatkan kluaar beramai2.. ;)
ReplyDeleteSangat bermaklumat. Kita perlu hidupkan sunnah. Tapi, dalam keadaan tertentu, serban tu perlu dibuka sekejap dan gunakan helmet semasa manunggang motor. (Kes budak tahfis dibawa ke mahkamah kerana memakai serban semasa menunggang motosikal). Utamakan keselamatan.
ReplyDeleteView Profile: Rantong
saya;
ReplyDeleteTu gambar kawan2 ke ijtimak Tongi baru ni.
rantong;
Terima kasih kerana singgah dan komen. Aku kalau naik motor kadang2 pakai serban, kadang2 pakai helmet. Tapi dalam hati aku (hati orang lain aku tak tahu!) rasa lebih selamat bila pakai serban.
Pakai helmet macam rasa tak de pandangan Allah. Bila pakai serban rasa Allah sentiasa tengok aku. Mata aku pun dapat dijaga bila pakai serban. Kalau pakai helmet, mata melilau je..
gambar pertama tu gua kenal...
ReplyDelete1. yang bawak kelambu bulat tu Syed Baharom (beliau la tasykil gua kat tempat kijer). Baru dapat PhD tu, first graduate PhD dari UTP. Fikirman student Ipoh.
2. Sebelah dia janggut tebal, Cikgu Syukri. Syura Ipoh. Rumah taklim masturat.
3.Sebelah dia janggut inai, gua tak ingat nama tapi lecturer UiTM Sri Iskandar. Fikirman masturat tak salah gua. Rumah taklim masturat juga.
diorang pi Tonggi ke apa? Jelesssss....
salam, stakat ni, kekuatan yg ada hanya pakai serban masa keluar & mlm markas. Doakan la smoga Allah berikan taufik lebih lagi kpd saya.
ReplyDeleteAbang Ben;
ReplyDeleteAku pun jeles. Nyesal pun ada tak pegi. Tapi aku kena consentrate nak keluar 4 bulan. Kalau pegi Tongi, miss budget aku..
mutakalim;
Nak dapat kekuatan pakai serban, ajak orang lain pakai serban dengan menerangkan fadilatnya. InsyaAllah..
abg ben...
ReplyDeleteana pernah kluar jem masturat di umah dr syed..
mohala markaz ipoh..
isk.
ReplyDeleteijtima' Tongi?
isk.
4 bulan?
argh!
jeles!
sgt2 jeles!
Abu Muaz Al-Labuwi;
ReplyDeleteAku tak pernah keluar kat Ipoh.
Tujuh Kaki Dalam;
Jeles yang dibenarkan untuk berlumba2 dalam agama.
Aku karkun Ipoh, aku kenal sangat ler ngan orang2 kat gambar tu.. Betul macam yang abg Ben bagitau tu. Cuma yang janggut merah tu, Hj Zahar @ Hj Abd Rahman, juga syura Ipoh. Abu Muaz, bila anta keluar masturat rumah Tn. Syed. Jem. maturat 40h dari kl tu ker? Maknanya anta ada kluar rumah ana sekali ler? Kalau betul ler.
ReplyDeletesaya cilok gambar dr entry ini?
ReplyDeleteboleh ya?
TaminDhari;
ReplyDeleteIpoh mali aa..
Tujuh Kaki Dalam;
Cilok la, secilok-ciloknya.
Alamak, patutlah macam kenal pak cik2 dalam gambar tu..
ReplyDeletePak cik Syed Baharom - saya selalu pegi taalim mingguan terjumpa ahlia dia.
Cikgu Sukry - Ayah kawan saya laa.. Kat rumah dia lah saya pegi taalim mingguan.. Juga merangkap cikgu kat sekolah rendah saya dulu sampai skarang..
tu je yg sy kenal
Solehah;
ReplyDeleteBerapa kali la sebut nama diorang? Dah tersedak2 tahap gaban agaknya tuan2 haji tu..
cikgu syukri
ReplyDeletesyed baharom
hj zakhal
nummerzwei;
ReplyDeleteOK, aku paham masalah kau.
salam...
ReplyDeletenapa x nmpak clear tuan2 haji kat atas tu...based pd comment saudara2 d ats...if tuan hj zakhal(jggut inai) tu insyaAllah saya kenal...lecturer saya d uitm sri iskandar...suka tgok perwatakan dia..pernah buat trip skolah ngan dia kat uitm dulu...cool je orgnye...we all student dulu slalu puji dia...al-maklumlah,...dulu x tau lagi ttg usaha ini...dia ajar pun ringkas...lain drpada lecturer lain ...iye lah..ilmu dunia kan..x sama dgn ilmu akhirat....waalahua'lam..
Salam Baitijannati,
ReplyDeleteTn Hj Zakhal tu dulu lecturer department mana ye? Building survey ke?
salam jannah,
ReplyDeleteTn Hj Zakhal tu..dalam departmant..estate management..hee..slalu minta signature outing dari dia...
mohon share
ReplyDelete