Thursday, January 08, 2009

Kelebihan Jalan Kaki

Gash kat Kemboja


Al-Baihaqiyy dan An-Naqoosy telah mentakhrijkan di dalam mu'jamnya dan Ibn An-Najjaar daripada Waaqid bin Salaamah daripada Yaziid Ar-Riqoosyiyy dari Anas ra. Bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallaam telah bersabda (mafhuumnya) :

Sudikah aku kabarkan kepada kalian akan kaum-kaum yang mana mereka itu adalah bukan para anbiyaa` dan bukan pula para syuhadaa`, (walhal) pada hari qiyaamat (nanti) para anbiyaa` dan para syuhadaa` merasa ghibtoh (iri hati) terhadap mereka itu lantaran manaazil (status- status) mereka (begitu dekat) dengan Allah, di atas minbar-minbar daripada nuur mereka dikenali.

Lalu mereka (para Sahabat r.ahum) Bertanya : siapakah mereka itu wahai Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallaam? Baginda menjawab (mafhuumnya) : al-ladziina yuhabbibuuna `ibaadaloohi ilAllahi, wa yuhabbibuunAllaha ilaa `ibaadihi, wa yamsyuuna `alal-ardhi nushan; artinya: (yaitu) orang-orang yang menjadikan para hamba Allah dicintai oleh Allah SWT , dan menjadikan Allah SWT dicintai oleh para hambanya, dan mereka itu berjalan kaki di atas (permukaan) bumi dalam hal keadaan memberikan nasihat.

Maka aku berkata : ini menjadikan Allah SWT dicintai oleh para hambanya, maka bagaimanakah mereka menjadikan para hamba Allah SWT dicintai oleh Allah SWT ? Jawab baginda Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallaam (mafhuumnya) : mereka itu menyuruh para hamba Allah dengan apa yang Allah SWT suka dan mereka itu mencegah para hamba Allah SWT daripada apa yang Allah SWT benci, maka apabila para hamba Allah SWT itu mentho'ati mereka lalu Allah `azza wa jalla menyintai mereka itu (yakni para hamba Allah itu).

Hayaatush-Shohaabah, juzu` 3, halaman 288 dan 289.
Risalah Fikir (229)

5 comments:

  1. subhanallah, senangnya nak dapat pahala Allah. sesungguhnya Allah itu begitu pemurah pd umatnya, sampai berjalan untuk kebaikan dan berdakwah turut diberi ganjaran pahala yg besar.

    ReplyDelete
  2. jemaah jalan kaki ni dengar cerita dpt byk nusrah drpd Allah. Mmbawa rahmat Allah ke tempat yg dilalui. Semoga Allah pilih saya satu hari nanti jem pedal, kalau ikut syarat2, sekarang belum layak lagi.
    Gash pertama mahalah ok la, tapi gash kedua kami ada sikit tengelam timbul.

    ReplyDelete
  3. izman;
    Kebanyakan dakwah Nabi2 terdahulu adalah dengan berjalan kaki. Untuk sampaikan agama, Allah mahu lihat pengorbanann dan susah payah. Jumpa manusia secara individu.

    Sedangkan untuk ambik perintah solat lima waktu, Allah sediakan kenderaan Bura' kepada Nabi Muhammad SAW.

    mutakalim;
    Tenggelam timbul tak pe. Jangan tenggelam tak timbul-timbul.

    ReplyDelete
  4. smoga usha saudara dan teman-teman lain menjdi ikutan muda-mudi di sni..ana sntiasa doakn kalian...truskn dakwah...

    ReplyDelete
  5. aqil mubashshir nuruddin baharudin;
    InsyaAllah dan terima kasih. Masih banyak kerja yang perlu dibuat. Terlalu ramai orang yang mempunyai nama Islam tapi tak solat.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...