Friday, January 02, 2009

Ijtimak Malaysia 2009 - persiapan


Pada Rabu 31/12/2009 yang lepas, Allah SWT beri peluang aku hadir ke mesyuarat mingguan Kuala Lumpur di Masjid Sri Petaling. Mesyuarat start pukul 6.15 petang. Asbab keluar lambat dari Kepong, aku bersama 3 lagi kengkawan terperangkap dalam jem. Maklumlah kat KL ni lepas jam 5 petang jalan mula sesak. Orang berpusu-pusu balik dari kerja. Malam tahun baru pulak tu!

Cerita pasal tahun baru (masehi), tengahari tadi (Rabu 31/12/2009) sorang member kamcing lama telefon. Dia bertanya hal Ammar. Dalam pada tu dia tanya aku, malam ni tak turun KL ke sambut tahun baru? Soalan tu menyebabkan kami sama-sama gelak besar! Teringat dulu-dulu zaman bujang (belum dapat hidayat), bila malam tahun baru... Alamatnya sampai ke pagi baru balik. Member aku kata, dulu bila aku ajak dia kepada benda-benda tak elok, cepat je dia ikut. Sekarang bila aku ajak dia ke benda-benda baik, tak nak pulak dia ikut. Mmm... tahu tak pe...

Balik pada hal mesyuarat KL. Sampai dah dekat Maghrib. Sempat menge'teh' dulu. Alamatnya lepas Maghrib la baru dapat duduk dalam mesyuarat. Perbincangan banyak berkisar hal ijtimak Malaysia yang dijangka dibuat pada bulan Julai 2009. Macamanapun tarikh sebenar dan tempat nak dibuat ijtimak belum diputuskan lagi. Fuh.. bahang ijtimak memang terasa bila duduk dalam mesyuarat ni. Banyak persediaan nak dibuat.

Antara targhib yang dibuat; 'Kejayaan ijtimak adalah bergantung kepada usaha yang dibuat sebelum ijtimak. Usaha ijtimak telah bermula sejak 16/10/2008 lagi iaitu pada hari elders putuskan untuk mengadakan ijtimak. Oleh itu jemaah hendaklah dikeluarkan sebanyak-banyak nya sebelum ijtimak. Jemaah yang keluar sebelum ijtimak adalah ruh kepada ijtimak. Manakala jemaah yang keluar selepas ijtimak adalah sebagai perhiasan ijtimak.'

Untuk Kuala Lumpur (termasuk Selangor), jemaah 2 bulan khas untuk usuli kawasan-kawasan dibentuk. Jemaah yang keluar dari bulan November dan Disember dah tangguh. Jadi ditashkil untuk jemaah baru untuk bulan Januari dan Februari yang akan diberi bayan hidayat pada 01/01/2009. MasyaAllah! Tashkil 'cash' tuh.. Malam ni tashkil, esok nak keluar. Alhamdulillah kira-kira 10 orang sedia keluar tunai. Hebat Allah. Dalam zaman manusia sebuk mencari dunia, masih ada manusia yang sedia sambut takaza untuk keluar tunai macam tu.

Lepas tu ditashkil untuk jemaah 4 bulan jalan kaki yang dijangka dikeluarkan pada 15/02/2009. Beberapa orang dah bagi nama. Mereka terus dikumpul dalam bilik syura dan terus ditafakut oleh syura Malaysia. Masih tak cukup orang. Targhib lagi.. tashkil lagi.. Jantung aku berdebar-debar. Keinginan nak keluar ada, tapi banyak sangat pikir. Macam-macam pikir. Yang aku tahu kebanyakannya adalah ilham syaitan untuk menakut-nakutkan aku dari keluar di jalan Allah.

Akhirnya dengan izin Allah, aku bangun bagi nama. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah. Fuhhh.. satu kepuasan dan ketenangan bila dapat bangun dan bagi nama. Alhamdulillah tafakut dah lulus dan jemaah aku lebih kurang 10 orang dapat dibentuk. Semua dalam jemaah ni adalah orang lama kecuali aku, orang yang PALING tak lama. Semoga Allah terima kita semua dan keluarga dan umat ni untuk jadi pembantu agama Allah. Kengkawan semua, tolong la doa untuk aku yang lemah ni.

14 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah, jemaah pedal tuh..
    selamat buat persiapan menunggu tarikh tu. Syeikh, ada dibincangkan lokasi ijtimak tak? setakat yg aku tahu, ada 3 lokasi dicadangkan, tapi tak tahu mana satu yg diluluskan mesyuarat. Mesyuarat ada khair...

    ReplyDelete
  2. salam sahabat pejuang agama..

    aku GAP dan ucapkan tahniah kepada usaha yang cukup baik(mulia) ini..jemaah tabligh cukup konsisten dalam perjuangan...

    teruskan dakwah...kasi dakwah anwar sekali..dah makin gila mamat ni jual agama..

    ReplyDelete
  3. Ass. Salam Kenal..Selamat berjuang

    ReplyDelete
  4. SLAMAT BERJUANG..PENTING AGAMA PENTING LAGI USHA AGAMA..PENTING IJTIMAK PENTING LAGI HADIR IJTIMAK DAN KLUAR............

    ReplyDelete
  5. mutakalim;
    lokasi dan tarikh ijtimak belum diputus lagi. Tu akan dimesyuarat pada peringkat Malaysia.

    Tujuh Kaki Dalam;
    Benar..Allah maha Besar.

    GAP KEMBALI;
    Aku sangat2 berharap agar orang2 besar UMNO dan PKR seperti Pak Lah dan Dato Sri Anwar dapat hadir dalam ijtimak tu.

    Kalau jadi hadir harap dapat maklum kat kami dulu supaya dapat beri layanan first class. Mudah2an mereka dapat duduk makan setalam.

    Moga Allah satukan umat ni melalui usaha cara Nabi SAW. Amin..

    Sukur Soedrajat;
    Terima kasih sudi singgah dan komen.

    SK. PEDAS N9;
    Korang kena targhib aku lagi sampai aku dapat keluar 15/02/2009 ni. Doa.

    ReplyDelete
  6. azhar
    gap cukup setuju kata2 mu..umat bersatu melalui agama..aus dan khazraj pun boleh gabung ya tak..anwar punyai masalah mental buat masa ini tu pasai nak duduk dengan umno pun dia susah..

    takpe biar gap kasi dakwah anwar sorang2..nanti kalau dapat izin ALLAH aku bawak keluar dia 3 hari ataupun 1 tahun jemaah jalan kaki !

    azhar kena ada pada waktu anwar keluar..hehehe

    azhar..aku mahu link kan kau punya blog kat blog GAP ? aku nak bantu bisnes insuran kamu..kalau kamu setuju aku link..kita sama2 tolong kawan2 punya bisnes...

    setuju bgtau aku ya.

    ReplyDelete
  7. GAP KEMBALI;
    Umat hanya dapat bersatu hanya dengan cara Nabi SAW. Perlahan2 kita kena belajar dan datang pada cara itu.

    Pasal link tu... hmm.. ok saja.

    ReplyDelete
  8. masya Allah...masya Allah..

    Allah qabul parma... insya Allah!

    nak kena josh balik nih sebelum ijtimak... sampai bila nak "musim sejuk" camnih nih... hehe

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah anda dipilih ALLAH, semoga dapat bantuan ALLAH..bagusnya kalu anwar dan pak lah makan setalam yer..duduk sunnah lagi tu...huhuhu

    eksp, CNY ni ramai kuar tiga hari...jom lah ramai2 ajak kengkawan baru...mujahadah tu, time tu banyak citer kung fu kat TV..hihi

    ReplyDelete
  10. eksp;
    Nak keluar dari 'musim sejuk' tu kena selalu duduk dalam suasana panas. Bawak2 lah diri ke malam markas dan sesekali ke mesyuarat Rabu.

    van qif;
    CNY ni peluang untuk bawak saudara2 foreign worker & student kita keluar. Kita mungkin tak dapat sampai ke negara mereka. Tapi bila mereka balik ke negara mereka, usaha dapat diteruskan di sana.

    ReplyDelete
  11. ble dpt thu tarikh specific tuk ijtimak ni????? nk prepare awl.ade org kne tmph flight tiket

    ReplyDelete
  12. aliashraf;
    Skrg ni ada ijtimak kat Tongi. (Dah habis kot?) Ramai org t/jwb Malaysia ke sana. InsyaAllah esok (Rabu), tarikh ijtimak akan diumumkan dalam mesyuarat KL.

    ReplyDelete
  13. Aku tak jadi keluar 4 bulan jalan kaki yang dibentuk untuk keluar pada 15 Feb 2009 tu. Doa lagi untuk aku yang lemah ni..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...