Thursday, September 25, 2008

Jemaah Di Penjara

Wah wah. Berita sensasi nih.

Hari Sabtu hingga Isnin yang lepas, jemaah masjid aku keluar 3 hari di Masjid Al Huda, Paya Jaras. Kami diterima dengan baik oleh imam, jemaah masjid dan orang kampung. Program diatur berbeza sikit dari bulan-bulan lain. Orang tanggungjawab Paya Jaras/Sg Buloh datang ziarah kami dan ambil sikit laporan kerja-kerja yang telah dibuat. Diorang sebuk sikit sebab selain dari jemah kami ada dua lagi jemaah di masjid berdekatan. Satu jemaah masturat (jemaah suami isteri) dan satu lagi jemaah 4 bulan Malaysia yang baru balik dari Italy dan Greece. Jemaah 4 bulan ni dimasukkan ke penjara Sg buloh.

Rilek.. rilek.. Bukan sebab diorang buat kesalahan, tapi untuk buat usaha di masjid kuarters penjara.

Habis cerita tu..

Masih cerita masa keluar 3 hari.

Dapat berita tentang kematian seorang karkun Sabah yang dulu tinggal dan buat usaha di masjid aku. Dah berapa bulan jugak dia balik Sabah. Umur baru 30 dan dah beristeri tapi belum ada anak. Ceritanya hari Sabtu tu, lepas terawih dia sakit perut. Pergi klinik dan ambik ubat. InsyaAllah dah lega sikit, pagi tu makan sahur. Lepas sahur, sakit perutnya datang balik. Dia meninggal jam 4 pagi tu jugak.

Ha.. amacam? Masih ada angan-angan nak hidup lama? Jangan perasan. Masa berlalu mendekatkan kita ke kubur. Siapa sangka dalam sihat wal afiat, rupa-rupanya dah nak mati. Times Up! Alhamdulillah, member yang mati ni nampak jenis yang jaga solat. Selalu ke masjid dan ada fikir agama walaupun baru keluar 3 hari beberapa kali. Bukan pulak bermakna kalau dah keluar ikut jemaah dah confirm ahli syurga. Tapi sekurang-kurangnya dah ada kesedaran tentang agama dan kehidupan akhirat. Kalau sebuk dunia, dunia, dunia tanpa ada fikir agama dan kerisauan tentang akhirat dan masih angan-angan nak hidup lama, tup tup Allah ambik nyawa. Nak kata apa? Nyesal tak guna..

Masih cerita 3 hari...

Imam kat masjid yang kami keluar ni suka betul dengan jemaah. Dia ni bukan imam aje tapi alim sekali sebab tiap-tiap malam dia bagi tazkirah pendek sebelum solat terawih. Banyak la perkara yang dinasihatkannya. Tapi yang best tu dia umumkan tentang kedatangan jemaah kami. Lepas tu dia kata kalau ada orang dari kampung kita keluar berdakwah tinggalkan anak bini, sebahagian masyarakat kita suka kondem. Kata apalah tinggal anak bini, tak beri nafkah dan sebagainya. Imam tu kata kita sepatutnya pergi tengok apa-apa keperluan keluarga yang ditinggalkan tu, bukannya nak kondem aja. Dia kata lagi kalau pendakyah Kristian, orang-orang dia sanggup bagi duit, cakap je berapa nak, diorang bagi.

Cerita 3 hari part akhir...

Balik 3 hari malam Isnin tu aku terpaksa drive kereta member aku. Dia ni malam rabun sikit katanya. Tak pelah aku drive, kau duduk sebelah jadi boss. Aku driver. Esoknya aku dengar member aku ni sakit perut pulak sampai kenan tahan dalam wad. Suspek apendik.

Pagi tadi aku jumpa dia. Dah keluar wad. Gastrik aje. Hari ni cuti mc.

Masih hidup lagi! Aku ingat sorang lagi...

5 comments:

  1. doa untuk gua...

    ada jemaah Sri Lanka kat sini. Semalam depa organize iftar kat karkun. Lepas iftar, diberi targhib supaya karkun tak terkeluar dari usaha agama.

    Karkun jadi rosak apabila buat usaha:

    1. Tak ikhlas kerana Allah s.w.t.
    2. Kerana nak betulkan orang bukan nak betulkan diri.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Azhar, apakah jemaah yang balik dari Itali-Yunani itu jemaah yang masuk Swiss dalam bulan lima dahulu, masyallah, kalau begitu jemaah ni bukan 4 bulan tetapi jemaah setengah tahun atau jemaah setahun. Sampaikan salam saya pada mereka, dan kedatangan mereka yang lepas membawa rahmat kepada kami disini. Semoga mereka dapat datang lagi dan lagi kesini dan maafkan saya juga kerana nusrah yang serba kekurangan.

    Saya yang "terpenjara" disini sentiasa menanti sudinya jemaah-jemaah dari Malaysia menjengok-jengok kami disini.

    ReplyDelete
  3. bentara;
    Semoga Allah kekalkan kita semua dalam usaha kenabian ni.

    zarzh;
    Wa'alaikumsalam. Bukan jemaah dulu yang dari KL tu. Jemaah tu dah lama balik. Ni jemaah yang keluar bulan Jun. Ahli jemaah ni dari 7 negeri di Malaysia.

    Dunia memang penjara mukmin dan syurga kufar. Sebenarnya Euro ni luas. Jemaah yang keluar pulak sikit. Usaha dan doa sehingga seluruh umat ni kembali kepada kerja asal mereka.

    Baru ni ada jemaah balik dari Albania. Di tempat yang mereka pergi 90% orang mengaku Islam tapi tak tahu ucap kalimah. Solat dan lain-lain jauh sekali. Masih bernasib baik sebab mereka belum mengaku murtad. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  4. Jemaah bertebaran seluruh alam.. tapi aku masih disini... ohh...hidayat

    ReplyDelete
  5. atap_aje;
    Aku masih di sini. Buat kerja tempatan tak pe la.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...