Thursday, January 17, 2008

Di mana mati kita..?

Gambar hiasan - Senja di Labuan
(Dunia pun dah semakin senja!)


Hari ni, pagi-pagi aku dah menerima sms berita kematian ex-office mate aku masa aku kerja kat MK Land dulu. Kalau tak silap umurnya belum 30 lagi. Itulah hakikat dunia ni. Tipu daya semata-mata. Bila mati, semua harta benda dan orang tersayang akan kita tinggalkan. Kita ni pun tengah tunggu turn aje.

Cerita tentang mati ni, pernah ke kita terpikir di mana mati kita? Atau kita pernah bercita-cita nak mati di mana? Kalau sahabat-sahabat Nabi mereka memang bercita-cita nak mati di jalan Allah. (itulah cita-cita aku jugak! Amin.)

Pernah ke kita dengar cerita orang mati di panggung wayang, atau di padang-padang sukan, atau di kelab-kelab malam, atau ketika sedang asyik menonton konsert secara life di pentas-pentas? Mungkin ada. Dan hati kecil kita sebagai orang mukmin akan berkata, ‘Semoga Allah jauhkan kita dari mati ditempat-tempat ini.’

Mungkin juga kita pernah dengar cerita orang-orang yang mati di masjid-masjid. Jarang rasanya. Sekurang-kurangnya kita ada berharap nak mati kat tempat-tempat macam ni.

Sekarang ni, cuba kita fikir, berapa kali kita dengar orang mati kat rumah-rumah mereka? Banyak kali kan. Biasala tu..

Persoalannya;

Apa keadaan rumah-rumah kita? Yakni apa amalan yang ada di rumah. Kalau ada amalan masjid seperti dakwah, solat, quran, zikir dan sebagainya – Alhamdulillah dan syabas.

Sebaliknya kalau amalan di rumah kita tak ubah seperti panggung wayang, atau seperti padang-padang sukan, atau seperti kelab-kelab malam, atau seperti pentas-pentas hiburan; macamana?

Penyelesaiannya;

Usaha hendaklah dibuat. Benda batil kalau dibiar akan terus bertambah kebatilannya. Kita kena buat usaha yang hak. Baru batil akan lenyap. Sebagai langkah awal wujudkan bacaan kitab hadis mengenai fadilat sesuatu amal seperi fadilat solat, fadilat baca quran, fadilat berzikir dan lain-lain.

Kumpulkan semua ahli keluarga pada setiap hari di tempat yang sama dan pada masa yang sama. Buat permulaan baca 5 – 10 minit sahaja. Jangan disyarahkan. Hanya baca 1 hadis dan ulang 2 – 3 kali, kemudian baca huraian ulama. Bila sudah biasa tambah masa sedikit demi sedikit sehinga mencapai ½ jam. Jika kita istiqomah dalam amalan ini, insyaAllah kita akan lihat perubahan dalam rumah tangga kita.

Kesan cahaya dari hadis akan masuk dalam hati ahli keluarga kita menyebabkan kegelapan hati perlahan-lahan akan lenyap. Bila hati sudah ada cahaya, maka mudah mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Kitab cadangan : Kitab Fadhail Amal karangan Maulana Zakaria.

15 comments:

  1. Tiga perkara yg ikut kita ke kubur..Dua perkara akan pulang (ahli keluarga dan harta) dan yang tinggal hanya 1 perkara (amal)

    ReplyDelete
  2. kat ostolia ni taklim kat masjid dah mula pakai kitab Muntakhab Hadith...

    Disyorkan disini baca kitab tu even di rumah cuma kadang2 je baca kitab Fadhail Amal.

    ReplyDelete
  3. Brader, u n family so lucky. Family kita skular, boifren kita kafir...bc blog org baik2 ni is so interesting mcm u all hidup dlm dunia yg lain. Mine is totally different. Dr kaca mata org jahil ni... U n yr gang menjauhkan diri dr people like us cz kami ni org jahil, bdosa, xtau agama. Wld u trima kami with open arms kalau kami dtg dgr ceramah agama dgn xpakai tudung, jeans sendat or tshirt nampak pusat. But then u hv d guts citer psl d glory of being a muslim, pendakwah etc. I dare u, enough of d preaching...come out fr yr world n help those in need. Kdg org hidup dlm dosa sbb org xtau jalan nk kembali. Bkn org xnk blk langsung. Even placur kt lorong hj taib pun nk msk syurga kalau u tanya dia. Betapa byk group agama kt msia ni, heran kenapa still jauhkan diri dr masyarakat yg idup dlm dosa. No wonder makin ramai yg murtad. Pendakwah pilih bulu.

    ReplyDelete
  4. Innalilahiwainnailaihirojiun, semoga Allah merahmati jenazahnya. Beginilah kenyataannya, setiap dari kita hanya menunggu gilirannya, tiada siapa yang boleh melarikan diri dari kematian.
    Semua dari kita ini, seperti seorang yang telah dijatuhkan hukuman mati, dan telah ditetapkan hari sekian-sekian akan hukumannya.
    Yang peliknya, akan seseorang yang telah dijatuhkan hukuman mati dan ditetapkan harinya, tetapi masih dia berkejar-kejar untuk memuaskan segala kehendak nafsunya dan berpesta sehabis-habisnya?
    Semoga Allah membimbing kita dan melimpahkan rahmatNya serta melindungi kita semua..

    ReplyDelete
  5. Kepada AzharJaafar,
    Hamba yang hina ini mohon sedikit pertolongan, kat USA ni x ade sistem markaz tau, keluar 40H pun x der tafaqud..

    Hamba kene 'pukul' dan 'lanyak' ngan amir saf sebb die kate orang Malaysia tahu bnyak usul, so.. tiap2 muzakarah.. mesti muka ni yang disuruh nya..

    Mohon beberapa perkara..
    1) Boleh x update bayan dan ape2 targhib @ usul @ apa2 yang baru dan dapat mencetus semngat?

    2) Mohon selalu muzakarah pasal usul dalam blog tuan..

    ReplyDelete
  6. al-fatihah... takziah utk kuarga arwah... macih byk2... MATI pasti TIBA... huhuhu...

    ReplyDelete
  7. Baru balik keluar 3 hari kat masjid
    Firdaus, Segambut. Ada satu hindu
    nak masuk Islam, jadi sorang kawan
    tu bawak dia jumpa imam. Alahamdulillah.

    Anonymous; kat Malaysia pun dah mula guna muntakhab hadith. Cuma diselang-selangkan hari bacaannya.

    Kemboja; wahai cik Kemboja, tak tahu ke bahawa kami yang buat tabligh ni datang dari berbagai golongan? Artis ada, mat rempit ada, kaki pukul ada, ustaz ada, menteri ada, raja pun ada. Bohsia, bohjan semua ada. Masing-masing nak baiki diri. Masih belum terlambat, selagi ada nyawa dikandung badan.

    Mungkin atas kelemahan kami, seruan dakwah ni tak sampai pada u. Semoga Allah ampunkan kita. Doalah semoga Allah buka jalan hidayat.

    Kalau ur boyfren tinggal sekitar KL dan minat nak masuk Islam, boleh minta dia datang ke Masjid Bandar Baru Sri Petaling. Bagitau je kat sapa2 di situ yang dia nak masuk Islam. OK?

    zarzh; Kita semua dalam 'waiting list'. Who's next?

    Wan Mohd Faiz; ooooh, tinggal kat US rupanya. Ada jemaah Malaysia sekarang tengah siap2 nak datang US. Semoga Allah mudahkan urusan mereka.

    mak su & kelat; TQ.

    ReplyDelete
  8. Asalam, saya dah agak dah, kalau Azhar menghilang diri tu, mesti dalam "wakt" (Sati Sri Langka punya slang untuk waktu keluar dijalan Allah). Saya harap Azhar tak lupa doakan semoga Allah memberi saya peluang untuk istiqamah keluar dijalan Allah.
    Awal bulan depan, Azhar Iqamah dimasjid Sri Petaling?

    ReplyDelete
  9. Oh sy tak tau mat rempit pun ada jadi tabligh. Interesting ni. Masjid Bandar Baru Sri Petaling tu kat mana. Program sabtu sampai ahad tu cemana. Tido sana ke buat qiyam. Citer la u buat apa ms program tu. Ramai ke org.

    My boifren tak nak msk islam ler, dia atheis. Tuhan dia duit sbb dia ada biznz sendiri. Ktnya sama je islam tak islam. Org islam pun minum arak, judi, main pompuan, tak tutup aurat, curi ms time opis pg solat tp lunch hour tetap amik sejam gak...nak marah pun, tak guna sbb mmg btl gak dia cakap tu.

    Pd sy, so long dia tak paksa sy kua islam n ajak buat dosa tak kisah la sy bkawan dgn dia. Tp nanti susah lak nak kawin kan. Kena cr boifren lain ni =)

    ReplyDelete
  10. zarzh; saya azam utk beri masa di
    sri ptlg hari ni hingga 31 jan ni.

    kemboja; sri ptlg ni terletak di belakang carefour, tak jauh dari stadium bkt jalil. Pgrm mlm minggu tu hanya utk lelaki shj.

    Pgrm wanita dibuat di alamat no 27, jln sri ptlg 5, bdr br sri ptlg bermula jam 11pg hga 12.30tgh setiap Ahad.

    ReplyDelete
  11. tuan azhar, boleh tak bagitau saya bila dan siapa yang nak datng USA itu??
    Kalau boleh bagi no. telefon kat saya, saya betul2 nak jumpa mereka nih!

    Tolonglah ok?

    ReplyDelete
  12. Wan Mohd Faiz;
    Hj Othman Sipul 0166663081. Cuba la
    tanya kalau jmh ni tak gerak lagi.

    Dah berapa tahun kita cuba nak hantar jmh ke US tapi Allah tak izin. No visa. Yang ada pun ke brazil atau argentina shj.

    Doa la kuat-kuat sikit.

    ReplyDelete
  13. Patutnya saya dah ke sri ptlg ni utk
    khidmat 10 hari. Tapi tak pegi-pegi
    lagi. Dunia, dunia...

    ReplyDelete
  14. Saya pun begitu juga Azhar, sepatutnya 1/2 ni, pergi Austria, tapi sampai waktu ni, masih belum cukup korum, insyallah lepas masyuara Swiss 9/2, cuba cukupkan korum.
    Oh dunia, dunia, dulu dunia realiti lebih mudah untuk tashkil, kini dunia visual ni, payah nak tashkil, kalau ada pun, semua duduk jauh-jauh. Rasanya saya kena balik lebihkan masa usahakan dunia realiti dimakami saya..doa..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...