Allah SWT dah buat keputusan dah, mana2 manusia nak BERJAYA kena bawak cara hidup beragama dalam kehidupannya. Dari manusia yang pertama iaitu Nabi Adam AS hingga la ke manusia terakhir, itu la motif hidupnya.
BERJAYA tu apa? Dapat anak baru ke? Naik pangkat ke?
atau Dapat harta banyak ke?
Semua tu BERJAYA jugak, tapi bersifat sementara.
BERJAYA yang sebenarnye bila di akhirat esok KITA diumumkan sebagai ahli SYURGA (amiiin!) dan sikit pun tak terkena azab neraka.
Jadi atas maksud BERJAYA, Allah Yang Maha Mengetahui tak biar manusia pandai2 sendiri. "Pandai2 kau la, untung2 BERJAYA ke syurga, nasib tak baik ke neraka."
DihantarNya 124,000 para nabi, setengah riwayat kata 200,000 para nabi kepada umat manusia. Setiap masa dan zaman ada saja nabi diutuskan. Dari Nabi Adam AS hinggala ke Nabi kita, Muhammad SAW. Ada nabi yang dihantar untuk satu negara, satu bandar, satu kampung dan sebagainya. Kerja nabi2 ni adalah mengajak dan memperkenalkan manusia kepada Allah SWT.
Hingga ada satu2 masa 70 nabi dihantar tapi mereka ada kawasan mereka masing2. Contohnye Nabi Musa AS hidup pada masa yang sama dengan Nabi Syuib AS. Tapi untuk dakwah Firaun, Nabi Syuib AS tak bantu Nabi Musa AS. Bila Nabi Musa AS minta sorang pembantu, Allah SWT lantik Harun untuk jadi nabi, baru boleh bantu Nabi Musa AS.
Bila satu2 nabi wafat, kerja dakwah tak dapat dijalankan, maka umat yang asalnya beriman, keturunan mereka kembali murtad. Allah SWT hantar lagi nabi. Begitu la seterusnya hingga ke Nabi Muhammad SAW.
Tapi persoalannya, dari Nabi Muhammad SAW hingga sekarang dah 1400 tahun lebih dan apa pun yang terjadi kepada umat ni, Allah SWT tak kan hantar nabi lagi. Zalim ke Allah SWT? Nauzubillah..
Sebenarnya kerja nabi iaitu dakwah telah dipindahkan ke atas setiap bahu orang yang mengucap kalimah syahadah dari umat ni. Ini la hakikat yang kita kena terima walaupun rasanya tersangat la pahit nye.. Inila sebabnya kita jadi umat terbaik KERANA UMAT NI DIBERI KERJA MACAM NABI2. Mengajak manusia kenal dan cinta kepada allah SWT.
Jadi kita dah buat ke kerja tu, atau mula belajar kerja tu, atau sekurang2nya ada niat yang sungguh2 untuk buat kerja tu, atau masih tak yakin kita dihantar untuk buat kerja tu..
Hari ni jutaan manusia mati tanpa IMAN sebab umat Islam tak jadikan kerja dakwah ni sebagai kerja utamanya. Umat Islam masih menganggap saya adalah peniaga, saya adalah pekerja pejabat, saya adalah petani dan sekian2..
Kita cuba fikir dan renung, siapa yang sebenarnya ZALIM.. Yahudi, Nasara, Amerika...
Atau kita sendiri.
Kesimpulannya, untuk BERJAYA, mau tak mau kita kena buat kerja macamana yang Allah SWT telah beri kepada kita. Baru la kita akan dapat 'title' umat yang terbaik tuh.. Tak gitu?
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...
btul2. sokong 100%
ReplyDelete