Tuesday, December 07, 2010

Hijrah 1432

Alhamdulilllah aku & isteri & mengakhiri kalendar hijrah 1431 dengan berada di jalan Allah. Jemaah masturat kami ke Limbang, tangguh petang semalam. Kami solat Maghrib & Isyak di surau KLIA.

Route 1; Tmn Sri Patiambun
Pertama sekali, terima kasih kepada mak & abah yang sudi jaga anak2 kami. Kemudian, terima kasih kepada orang2 Limbang yang sedia terima kami sebagai tetamu. Terima kasih juga kepada saudara Ismadi Yusuf yang menjemput kami di airport Limbang.

Route 2; Tmn Pabahanan
Rumah ni bila nak terima jemaah?
Jemaah kami seramai 6 pasang telah buat usaha di tiga surau selama 10 hari. Layanan yang begitu baik serta kemesraan rakan2 di Limbang tak dapat kami lupakan. Kami diterima seperti keluarga sendiri (ayat2 skima sebab syahdu sket..). Harap dapat sediakan satu jemaah dari Limbang untuk dikirim ke Kuala Lumpur.

Route 3; Kg Pemukat
Hari2 makan udang & ikan.. dan yg spesel ikan tahai.. 
Tak lupa juga kepada rakan2 di Miri yang sedia terima jemaah kami untuk transit walau hanya untuk 3-4 jam dengan menyediakan tempat rehat serta makan tengahari semasa kami hendak ke Limbang dan balik dari Limbang.

Miri, Sarawak
Semoga susah payah tuan2 & puan2 semua diterima Allah dan jadi asbab hidayat kepada keluarga, orang2 di Limbang, Miri & umat seluruh alam.

Beg sape ek?
..dan di tahun hijrah 1432 ni, kita semua dapat tambah pengorbanan untuk agama. Amin..



Saturday, December 04, 2010

From Limbang With Love

aku & wife skrg di route 3; kg pemukat.. InsyaAllah isnin balik KL.




surau

dari tingkap surau





Thursday, November 25, 2010

No Dakwah, Iman Problem..

Usaha dakwah begitu penting untuk bentuk yakin manusia kepada Allah. Perlu bawa cara agama dalam dakwah. Tanpa dakwah, keyakinan kepada makhluk tidak akan keluar dari hati manusia. Tanpa dakwah, amal agama hanyalah kerana;
  1. halad; masalah dalam hidup. Contohnya seorang yang kerugian dalam bisnes. jadi untuk selesai masalah, dia mula amal agama. Bila masalah selesai (perniagaan kembali maju), amalan agama pun ditinggalkan...
  2. adat; orang bersunat dia bersunat, orang nikah dia nikah, orang solat jenazah dia solat jenazah...
  3. mahol; suasana. ramai2 ke masjid untuk solat raya, ramai2 baca quran bulan Ramadhan, gotong royong sembelih lembu..
  4. siasah; (yang ni kena pikir sendiri..)
Wallahua'lam.

*aku sendiri bila malas buat dakwah, terasa macam terlibat dalam 4 perkara kat atas.

***********************

InsyaAllah, aku & isteri akan keluar 10 hari masturat ke Limbang. Bayan hidayat 26 November, lepas Asar. Flight ke Limbang pada 27 November, 8 pagi.

Bunyi macam simple kan? Alaa.. 10 hari je.. Sebenarnya banyak benda nak dipikirkan.. anak2 nak letak mana.. bisnes kena stop kejap.. bajet pun bole tahan.. ditambah pulak, bini aku dah start 'cuti' sehari dua nih..

Tapi kan.. sebenarnya mudah bagi Allah.. Aku je rasa berat.. Tolong doa untuk kami ek..

Bandar Limbang

Peta Limbang

MAS Wings dari Miri ke Limbang
Lim Bang.
Tiada kena mengena dgn entri ni..




Thursday, November 18, 2010

Pengorbanan 17 Nov 2010

yeah.. kasi telanjang sama dia..

tolong pegang kaki, jangan bagi lari..

baraikan dia bang..

kepala atas meja..

lapah slow-slow..

bukan ketua kampung..

15 'ekor' semuanya..

orang kuat..

yang duduk belah kiri tu bapak aku..

mohalla aku.. masjid Al Faizin

tashkil, jangan tak tashkil..



Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha 1431

Dari aku & keluarga.. Semoga bertambah korban diri & harta untuk agama tercinta..


Doakan aku & isteri yang akan keluar masturat selama 10 hari ke Limbang pada 26 November ini.. InsyaAllah..





Tuesday, November 16, 2010

Gi Jenjalan

14 & 15 November 2010.. Bukit Tinggi, Pahang.






Sold out?























16 November 2010..



Friday, November 12, 2010

Korang dah pegi IPB?

Huhh.. antara pengalaman indah dalam hidup aku ialah bila khuruj.. Tak kira lah 4 bulan ke.. 2 bulan, 40 hari, 10 hari.. mau pun 3 hari.. Tapi yang paling best ialah bila keluar 4 bulan ke India, Pakistan & Bangladesh.. Banyak belajar.. Tak dapat nak cerita detail.. kalau cerita pun masih tak sama dengan pengalaman yang dilalui.. (maaf, entri skima sket..)

Selak2 kat You Tube, jumpa plak ngan video bandar2 yang aku pernah ditashkil.. Suasana orangnya.. binatang (termasuk babi yang bersepah kat India).. bangunannya.. jalanraya & kenderaan.. sebuk & kalut.. tapi masjid2 masih tenang dengan amal ibadat..

Nostalgia beb.. 'Nothing words can say.." bak kata wong Cowo..


Open the videos in full screen & enjoy the ride..

Jaunpur, Uttar Pradesh, India



Chakwāl, Pakistan



Rangpur Bangladesh



Sekarang ni nak masuk India & Pakistan agak susah nak dapat visa.. tak tahu lah tahun2 yang akan datang.. yang belum pegi tu.. cepat2 la pegi.. sebelum 'ia' dikembalikan ke tanah Hijaz.. Wallahua'lam..



Tuesday, November 09, 2010

Cerita Taik

Andaikata.. bila balik dari satu perjalanan.. sesampai nya korang kat depan pintu rumah korang.. tersergam indah seketul taik kucing yang masih fresh gaya lakunya.. aroma nya sungguh padat sehingga menghalang hidung korang dari aroma2 dari jenama yang lain..

Jangan tenung!

Apa korang nak buat??

Memekak? "Hoi kucing!! Nak berak pegi jamban la.. Tak sekolah punya kucing!"

Atau.. ambik taik kucing tersebut dan agih2kan di depan pintu rumah jiran2 yang lain dengan semangat kejiranan supaya masing2 dapat berkongsi pengalaman menghirup udara segar yang datang terus dari ladang..

Atau.. pegi carik cangkul dan korek tanah dengan ke dalaman yang sesuai.. Sayugia mengangkat taik kucing tersebut dengan penuh hemah & berdedikasi.. terus menanamnya ke dalam lobang yang korang gali.. kambus baik2 & blah.. jangan pandang belakang!

Atau.. jadi pak pandir..

Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

Habis cerita pak pandir..

Zaman ni umat banyak buat keburukan yang diumpamakan macam taik tu lah.. dan pilih lah cara mana yang korang rasa sesuai.. apa nak buat dengan taik tuh.. lu pikir la sendiri ramai2..

*Maaf, jika korang membaca entri ni sambil membuat muka ala2 nak muntah..



Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...