Friday, July 27, 2007

Ulama waris Para Nabi

Lazimnya umat Nabi2 dahulu apabila jauh dari zaman kenabian, RUH & HAKIKAT AMALAN SERTA IBADAH mereka mati lalu berubah menjadi adat & upacara2 sahaja. Itulah agama yang tnggal. Untuk menghapuskan kesesatan dan adat itu maka para Nabi yang lain pula diutus menghidupkan kembali ruh ibadat dan hakikat agama yang tulen. Seluruh agama samawi waktu itu berkeadaan demikian. Yang tinggal hanyalah beberapa adat yang disangka syariat sehinggalah diutuskan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW datang menghapuskan adat2 itu dan mengajar hakikat agama, hukum dan akhlak yang sebenar.

Umat Muhammad SAW kini juga sedang menderita penyakit yang sama, amal ibadat telah menjadi adat sahaja. Pembelajaran agama yang sepatutnya menjadi sebab untuk islah diri juga telah menjadi adat. Oleh kerana salasilah kenabian telah tamat maka kerja kanabian telah ditanggungjawabkan kepada para ulama yang merupakan pewaris Nabi.

Fardhu atas mereka untuk usaha islahkan suasana fasad dan sesat ini dengan cara membetulkan niat kerana suatu amalan akan menjadi adat jika dilakukan bukan dengan niat kerana Allah dan sifat penghambaan. Oleh itu membetulkan niat akan menghidupkan ruh amalan itu hingga ia tidak lagi disebut sebagai adat malah sebagai hakikat dan perhambaan kepada Allah.

Maka setiap amalan itu hendaklah ada sifat perhambaan disertai semangat beribadat kepada Allah. Oleh itu menanam niat yang sohih dalam setiap amalan agar menjadi suatu hakikat menjadi tugas dan kewajipan para ulama dan ahli2 agama.

Terdapat kelemahan dan kelalaian dikebanyakan madrasah. Walaupun pelajarnya diajar dengan ilmu agama tetapi tidak ditekankan maksud asal belajar iaitu khidmat kepada agama dan dakwah. Akibatnya setelah tamat belajar matlamat mereka adalah mencari keduniaan atau menjadi pekerja atau mengambil ujian di pengajian umum untuk wang. Maka seluruh masa, belanja, usaha dan tenaga yang telah dicurahkan untuk belajar ilmu agama tidak berhasil. Sehingga ada yang bekerja dengan orang2 yang memusuhi agama.

Oleh itu kita kena fikir untuk memimpin mereka supaya bersedia untuk khidmat kepada agama dan mengamalkan perintah agama dan menunaikan hak2 ilmu agama setelah tamat belajar. Maksud ilmu yang utama ialah agar seseorang itu dapat islah kekurangan serta kelemahan dirinya, memahami kewajipannya dan berusaha membaiki kehidupannya. Apabila ilmu diguna untuk menyalah dan mencari aib orang lain, maka ilmu tersebut menjadi sebab takabur dan sombong. Ilmu itu akan membinasakan pemiliknya sendiri.

Dipetik dari kata2 Maulana Ilyas rah.,
meninggal dunia pada Julai 1944.

Wednesday, June 27, 2007

Mandi Sungai di Bukit Lagong




Nak Jadi Khalifah?

Syarat-syarat jadi khalifah; mafhum firman Allah :

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi,
sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka;
dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu.
dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka.
(an Nur 55)

Ayat ini menjanjikan kepada seluruh umat Islam bahawa mereka akan diberi kekuasaan dengan syarat mereka beriman dan beramal soleh. Penunaian janji ini telah bermula sejak zaman Nabi SAW lalu berterusan sehingga ke zaman khulafa' ar rashidin.
Selepas itu pun dari masa ke semasa janji itu telah ditunaikan dan akan terus ditunaikan pada masa akan datang.

Tuesday, June 19, 2007

Yang Mana Satu?

Kira-kiranya kita ni yang mana satu ye?

1. Hidup untuk hidup

2. Mati untuk hidup

3. Hidup untuk mati

*Hisab la diri masa hidup sebelum dihisab selepas mati...

Monday, June 04, 2007

Al Fatihah

Ahli jemaah saya ke Kemboja, Ustaz Affendi (35 tahun) telah kembali ke Rahmatullah pada Rabu 23 Mei 2007. Beliau telah mendapat sakit setelah jemaah kami kembali ke Kuala Lumpur dari Kemboja pada 6 Mei 2007 dan telah dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas itu.

Beliau telah meninggal dunia selepas kira2 seminggu berada di wad kecemasan. Beliau meninggal dunia tak lain tak bukan hanyalah kerana sudah sampai ketentuan masa oleh Allah SAW. Syukur pada Allah SAW kerana beliau meninggal dunia setelah habis khuruj 40 hari. Berapa ramai manusia mati hari ini di dalam keadaan lupa & lalai kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan beliau dan mengampun segala dosa kerana memang itulah janji Allah pada orang yang mengguna diri dan harta untuk membantu agama Allah SWT. Amin...


Firman Allah dalam surah As-Sof

10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.

13. dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman.

Post berkaitan; http://azharjaafar313.blogspot.com/2007/05/40-hari-kemboja.html

Saturday, May 12, 2007

40 Hari Kemboja


Alhamdullillah, saya telah keluar 40 hari di Kemboja dari 2 April hingga 11 Mei 2007. Jemaah saya seramai 7 orang. Ada 4 jemaah semuanya dari Malaysia.

Jemaah kami diberi route pertama sekitar Kampong Chnnang. Kemudian kami menghadiri ijtima' di Phom Trea, Kampong Cham dari 20 - 22 April. Ijtima' dikendali oleh jemaah Maulana Shamim dari Nizamuddin dan dibantu oleh jemaah Madras. Kira-kira 50 jemaah telah keluar 4 bulan & 40 hari selapas ijtima'. Route kedua selepas ijtima' adalah di sekitar Takeo.

Allah janji sesiapa mujahadah (susah payah) untuk agama, Allah akan beri hidayat. Yang penting hidayat untuk orang yang buat mujahadah dan keluarga kemudian hidayat untuk manusia seluruh dunia. Kita buat aje macam Nabi & sahabat, nak beri hidayat itu hak Allah.

Semoga diterima Allah. Amin.

Ijtimak di Phom Trea, Kampong Cham; Kemboja







Kemudahan Asas; Kemboja







Kenderaan Kami; Kemboja

Satu van 21 orang (3 atas bumbung!)

Menyusur sungai Mekong

Benda ni namanye Lemok. Ditarik motor 150cc.



Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...