1 Syawal 1435.. alhamdulillah masih dipanjangkan umur hingga ke Tika dan Saat ini.. semoga saki baki umur yang ada dapat diguna untuk menyebarkan agama..
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Sunday, July 27, 2014
Wednesday, July 09, 2014
Bacaan Quran di Lokap
ni cerita semalam (08/07/2014)..
aku dapat satu video dari wassap.. seorang qari sedang melantunkan bacaan Quran yang sangat indah dari celah² jeriji besi sebuah lokap.. pengirimnya aku tak kenal dan masih belum jawab dari mana dia dapat video ni.. aku upload video ni kat fesbuk.. sehingga kini dah lebih 2000 share..
semoga Allah merahmati dan membantu qari ini.. semoga dia dilepaskan dari segala musibah dan ujian yang berat..

Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya),

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),

Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa,

Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.

Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)?

Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".

(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).

Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi;

Serta mereka tidak menyebut pengecualian.

Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.

Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.

Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain

(Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".

Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):

"Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".

Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.

Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".

(Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".

Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"
~ satu komentar yg dilontar di fesbuk aku;
Mohammad Jamaluddin · 44 mutual friends
MasyaAllah. .. budak ni kawan saya.dia seorang hafiz AlQuran 30 jus. .. pernah belajar di Seri petaling... dia asal Burma. . Dia nak balik kampung tapi pasport dia dah lama mati. . Dia di tinggalkan di madrasah semasa kecil lagi. . Sekarang dia tak punya dokumen. . Mungkin dia di tahan sebab tak ada dokumen. . MasyaAllah ramai yang kenal dia di Kelantan sebab selalu menjadi imam. ... dah banyak kali dia di tahan sebab tak ada dokumen. .. Semoga Allah mudahkan urusan sahabat saya ini. ..
21 hours ago · Unlike · 314
Mohammad Jamaluddin · 44 mutual friends
Sahabat saya orang yang sangattttt baik. . Peramah. . Tak sombong dan mempunyai perwatakan yang tawaduk. Sering berpuasa. .. Minta bantuan tuan2 yang berada di sana tolong bantu sahabat saya. .
21 hours ago · Unlike · 147
Rabbi yassir, walaa tu'assir.. Rabbi tammim bilkhair..
update @ 10/07/2014;

*** *** ***
update @ 10/07/2014;
Friday, June 27, 2014
Cuti Keluarga di Residence Inn, Cherating
*****
Al kisah.. disebabkan pada cuti sekolah yang lepas aku tak sempat bawa bebudak makan angin, maka pada sabtu ahad minggu baru ni aku pun bawak la diorang gi bejalan.. memula tak tahu nak pegi mana.. lepas tu teringat nak pegi belah pantai timur la pulak.. jadi aku pun bukak web Agoda yang selalu menggoda aku..
![]() |
| resit Agoda.. sebenarnya pakai Kad Debit.. |
Cari punya cari punya cari, maka bekenan nak menyewa di Resident Inn, Cherating.. bilik deluxe RM200 termasuk tax.. aku call dulu resort tu tanya harga.. diorang kata bilik tu harganya dekat RM300.. hmm.. setelah mesyuarat dengan bini, aku beli online la.. ntah camne diorang deal harga.. lantak diorang la..
![]() |
| merentas Titiwangsa.. |
21 Jun 2014
7.30 pagi dah gerak dari rumah..perjalanan lebih kurang 280km.. jadi aku dah pesan kat anak-anak yang kecik jangan tanya bila nak sampai.. bebudak ni memang pesen kalau naik kete asyik tanya bila nak sampai.. aku kata nanti kalau dah nampak laut, maknanya dan nak sampai la tu insyaAllah..
![]() |
| R&R |
11.30 pagi.. alhamdulillah sampai ke destinasi.. kos perjalanan; minyak RM50, toll RM30.. ok la tu.. masa nak check-in, hanya tunjuk ic dan tunjuk resit Agoda yang ada dalam tablet.. sebenarnya waktu check-in pukul 2 petang.. tapi ni jenis resort yang tak berkira sangat.. bilik kosong jadi dah boleh masuk awal..
![]() |
| lobby.. |
![]() |
| bilik luas.. karpet penuh.. dua katil queen.. |
Makan tengahari dalam bilik je.. dah bawak siap-siap dari rumah.. jimat sket.. 1.15 tgh aku dan anak-anak lelaki yang besar solat zohor asar di masjid Cherating.. kira-kira 3 km dari resort.. lepas solat kami menyerang swimming pool yang belum ramai orang..
![]() |
| gaya kuak kaki.. |
![]() |
| konker 1 kolam.. |
![]() |
| ada 3 kolam.. |
Lepas puas mandi, masuk bilik, pasang ekon kuat-kuat.. tidur..
6 petang.. jalan-jalan cari makan.. singgah kat Warung Awang Ikan Bakar (WAIB).. 1 km je dari resort.. oder dulu sebab tak nak tunggu lama masa nak makan nanti..
![]() |
| restoran makanan laut.. |
Lepas tu gerak ke Kemaman.. ni la tempat 1st time aku keluar 40 hari.. nostalgia.. huhu.. sementara tunggu maghrib, lepak kat Pantai Teluk Mak Nik.. sini tak boleh mandi sebab ombak kuat dan pantai cerun..
![]() |
| Allah jadikan pokok².. |
![]() |
| Allah jadikan laut.. |
![]() |
| yang ni pun Allah yang jadikan.. |
Solat jamak Maghrib & Isyak di masjid Chendor.. 8 mlm.. menyerang WAIB.. kalau korang datang 8.30 mlm, orang dah mula ramai.. masakannya Allah bagi sedap.. harga pun ok..
![]() |
| aku lapar.. |
![]() |
| ayomak.. gesek.. go.. |
![]() |
| ikan, udang, sotong dan ketam.. |
9.30 mlm balik lepak kat bilik.. kena kopi, biskut, roti.. lepak-lepak.. borak-borak.. tidur..
22 Jun 2014
Subuh - lelaki yang besar² di masjid.. yang lain di bilik saje..
7.30 pagi.. aku, bini dan 3 anak² kecik gi sarapan kat lobby.. sarapan yang menarik dan kualiti.. banyak pilihan..
![]() |
| selfie la pulak.. |
9.30 pagi.. ke pantai Cherating.. jalan kaki 5 minit.. tak le jauh.. walaupun ombak lebih kuat dari bantai barat tapi pantai nya landai.. sesuai untuk aktiviti keluarga..
![]() |
| sebelum ke laut.. |
![]() |
| setibanya di laut.. |
![]() |
| laut adalah satu tanda kebesaran Allah.. |
12.20 tghari.. check-out dari bilik.. tak puas pulak rasanya tinggal sini semalam saje.. kalau dapat dua malam rasanya lagi seronok dan beronok-ronok.. singgah jap kat Turtle Sanctuary.. lawat bilik pameran.. tak de pulak penyu bertelor..
![]() |
| penyu menangis siapa yang tahu.. |
Solat jamak zohor dan asar di masjid Geliga, Kemaman.. masa keluar 40 hari dulu, pernah solat Jumaat kat sini.. lepas solat jupe kawang ambe name Awang (Azman Sulong).. die belanje kopok.. bawok balik ke Kepong.. time kasih le..
| keropok Intan ke apa ntah nama.. x sempat ambik gambar.. jadi cilok dari sini.. |
3 petang.. ke Kuantan la pulak.. ada kawan yang sama² keje kat Kwong Yik Finance berbelas tahun dulu nak jumpa.. huhu.. sekarang dah jadi penghulu kawasan Lepor.. tok penghulu Jamaan le.. belanja makan kat benteng, Sg Kuantan..
![]() |
| papan nama yang rosak dilanda banjir.. |
![]() |
| papan nama dah di repair".. |
6.30 petang.. gerak dari Kuantan ke KL..
8.45 mlm.. singgah jamak isyak dan maghrib di R&R Genting Sempah..
10 mlm.. sampai rumah.. alhamdulillah.. penat tapi gembira le.. heheh..
TAMAT
Subscribe to:
Posts (Atom)
Membetulkan Solat
Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...
-
The story says that Hajaj bin Yusuf has ordered his army to catch Hazrat Anas رضي الله عنه from Madinah. Once they bring him to Hajaj, he w...