Monday, January 28, 2008

Apa Ada Pada "Menjanjikan"

Sekolah aku dulu.


Kisah 1
Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya,
"Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan akhir tahun ni, abah akan belikan dia basikal baru."

Anak-anaknya kata, "Kami nak basikal baru dulu baru nak belajar sungguh-sungguh hingga dapat nombor satu hingga tiga."


Kita kata, "???"


Kisah 2

Seorang majikan menjanjikan kepada para pekerjanya, "Tahun ni kalau kita mencapai peningkatan keuntungan 100% dari tahun lepas, saya akan beri kamu semua bonus 6 bulan gaji."

Para pekerjanya kata, "Kami nak bonus 6 bulan gaji dulu, baru nak kerja rajin-rajin dan capai matlamat peningkatan keuntungan 100% dari tahun lepas."


Kita kata, "???"



Kisah 3

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, ... (Surah An-Nuur, Ayat 55)

Kamu kata, "Kami nak khalifah dulu, kemudian baru usaha untuk dapat iman dan amal soleh."


Kita kata, "???"


Wednesday, January 23, 2008

Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Mimpi terbang atas awan?


Pernah ke mimpi masa tidur? Biasa la tu.

Kadang-kadang mimpi jadi orang kaya. Ada rumah besar, kereta besar, banyak harta. Tinggal dalam taman-taman. Berjalan sana sini. Gelak ketawa…

Kadang-kadang mimpi suspen. Kena kejar rasaksa. Lari.. lari. Rasaksa tu makin dekat. Jantung berdebar…

Kadang-kadang mimpi sedih. Tak tahu kenapa. Menangis. Hu.. hu..

Bila bangun dari tidur, semua mimpi hilang. Yang tadi jadi kaya, harta semua dah hilang. Yang kena kejar rasaksa, rasaksa pun dah tak de. Mungkin dah kena fire dengan ultraman. Yang sedih menangis, cepat-cepat cover line. Nanti orang perasan.

Itulah perumpamaan dunia ni. Macam mimpi. Cuma mimpi yang lebih panjang. Bila sedar dari mimpi? Bila dibangkitkan masa dalam kubur.

‘Oohh, dah mati aku rupanya!’

‘Mana harta yang aku usahakan siang malam tu? Mana isteri dan anak-anak? Mana kawan-kawan yang sama-sama bergelak ketawa tu?’

Nabi Isa as telah melihat dunia melalui kashaf menyerupai perempuan tua yang telah tercabut semua giginya. Ia berpakaian dan berperhiasan seperti pengantin baru.

Nabi Isa as bertanya kepadanya, ‘Selama ini telah berapa kali kamu sudah berkahwin?’

Dunia menjawab, ‘Sehingga kini sudah tidak terhitung banyaknya.’

Nabi Isa as bertanya lagi, ‘Apakah mereka semua telah mati atau menceraikan kamu?’

Dunia menjawab, ‘Aku sudah bunuh mereka kesemuanya.’

Nabi Isa berkata, ‘Celakalah bagi bakal-bakal suamimu yang tidak mengambil pengajaran daripada bekas-bekas suamimu yang kamu telah bunuh meraka satu persatu.’

Inilah hakikat dunia. Seperti seorang perempuan tua yang menghiaskan dirinya dengan pakaian dan perhiasan yang cantik sehingga ramai manusia terpedaya dengannya. Manusia yang sedar adalah dia yang menyingkap tirai di wajah dunia dan barulah dia dapat melihat rupanya yang hodoh itu.

Ya Allah, jauhilah kami dari tertipu oleh dunia.

Thursday, January 17, 2008

Di mana mati kita..?

Gambar hiasan - Senja di Labuan
(Dunia pun dah semakin senja!)


Hari ni, pagi-pagi aku dah menerima sms berita kematian ex-office mate aku masa aku kerja kat MK Land dulu. Kalau tak silap umurnya belum 30 lagi. Itulah hakikat dunia ni. Tipu daya semata-mata. Bila mati, semua harta benda dan orang tersayang akan kita tinggalkan. Kita ni pun tengah tunggu turn aje.

Cerita tentang mati ni, pernah ke kita terpikir di mana mati kita? Atau kita pernah bercita-cita nak mati di mana? Kalau sahabat-sahabat Nabi mereka memang bercita-cita nak mati di jalan Allah. (itulah cita-cita aku jugak! Amin.)

Pernah ke kita dengar cerita orang mati di panggung wayang, atau di padang-padang sukan, atau di kelab-kelab malam, atau ketika sedang asyik menonton konsert secara life di pentas-pentas? Mungkin ada. Dan hati kecil kita sebagai orang mukmin akan berkata, ‘Semoga Allah jauhkan kita dari mati ditempat-tempat ini.’

Mungkin juga kita pernah dengar cerita orang-orang yang mati di masjid-masjid. Jarang rasanya. Sekurang-kurangnya kita ada berharap nak mati kat tempat-tempat macam ni.

Sekarang ni, cuba kita fikir, berapa kali kita dengar orang mati kat rumah-rumah mereka? Banyak kali kan. Biasala tu..

Persoalannya;

Apa keadaan rumah-rumah kita? Yakni apa amalan yang ada di rumah. Kalau ada amalan masjid seperti dakwah, solat, quran, zikir dan sebagainya – Alhamdulillah dan syabas.

Sebaliknya kalau amalan di rumah kita tak ubah seperti panggung wayang, atau seperti padang-padang sukan, atau seperti kelab-kelab malam, atau seperti pentas-pentas hiburan; macamana?

Penyelesaiannya;

Usaha hendaklah dibuat. Benda batil kalau dibiar akan terus bertambah kebatilannya. Kita kena buat usaha yang hak. Baru batil akan lenyap. Sebagai langkah awal wujudkan bacaan kitab hadis mengenai fadilat sesuatu amal seperi fadilat solat, fadilat baca quran, fadilat berzikir dan lain-lain.

Kumpulkan semua ahli keluarga pada setiap hari di tempat yang sama dan pada masa yang sama. Buat permulaan baca 5 – 10 minit sahaja. Jangan disyarahkan. Hanya baca 1 hadis dan ulang 2 – 3 kali, kemudian baca huraian ulama. Bila sudah biasa tambah masa sedikit demi sedikit sehinga mencapai ½ jam. Jika kita istiqomah dalam amalan ini, insyaAllah kita akan lihat perubahan dalam rumah tangga kita.

Kesan cahaya dari hadis akan masuk dalam hati ahli keluarga kita menyebabkan kegelapan hati perlahan-lahan akan lenyap. Bila hati sudah ada cahaya, maka mudah mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Kitab cadangan : Kitab Fadhail Amal karangan Maulana Zakaria.

Monday, January 14, 2008

Bayan Jemaah Australia

*Nota diambil secara short-note semasa bayan. Sila beritahu jika ada kesilapan.

Tempat : Masjid Sri Petaling
Tarikh : 4 Muharam 1429 selepas solat Maghrib

Ringkasan bayan;
(selepas memuji Allah dan berselawat kepada Nabi SAW dan membaca 2 potong ayat al Quran)

1. Allah SWT telah pilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sebelum kita lahir ke dunia, kita tak pernah diberi pilihan untuk jadi muslim atau kafir. Semata-mata dengan sifat rahim Allah telah jadikan kita seorang muslim. Jadi kita kena syukur atas nikmat ini.

2. Allah telah hantar kita sebagai umat Muhammad SAW dengan satu maksud yang sangat besar iaitu sebagaimana maksud semua Nabi telah dihantar.

3. Allah telah jadikan manusia mempunyai jasad dan roh. Perkara paling berharga bagi manusia (supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan) adalah masa.. Seorang yang kematian isteri, boleh cari isteri yang lain. Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain. Seorang yang rumahnya terbakar, boleh cari rumah yang lain. Seorang yang perniagaannya bankrap, boleh bina perniagaan yng lain. Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, masa itu tak dapat diganti semula. Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.

4. Allah begitu kasih kepada orang-orang beriman sehingga menjadikan sekecil-kecil perkara sebagai sebab penghapus dosa. Sehingga tercucuk duri pun Allah akan hapuskan dosa dari buku catatan. Diceritakan kisah seoarng raja kafir yang zalim ketika hendak mati berhajat untuk makan sejenis makanan yang sukar didapati. Allah telah perintah malaikat untuk dapatkan makanan itu untuk raja tersebut. Selepas makan, raja itu telah mati. Dalam kisah yang lain pula seorang alim yang warak ketika hendak mati telah meminta sedikit air. Apabila orang datang membawa air, Allah telah perintah kepada malaikat untuk tepis cawan sehingga air tertumpah dan orang warak itu mati tanpa dapat minum air. Kedua-dua malaikat telah datang mengadap Allah dan mengadukan hal tersebut. Allah berfirman kepada kedua malaikat tersebut bahawa ketika hidup, raja yang zalim tersebut dia telah buat satu kebaikan dan Allah hendak mambalas kebaikan tersebut di dunia dan azab yang kekal menantinya di akhirat kerana kekafirannya. Manakala orang warak tersebut telah berbuat satu dosa ketika hidup dan Allah hendak menghapuskan dosa tersebut ketika di dunia dan memberikan keselamatan kepadanya di akhirat.

5. Di akhirat nanti, orang yang dalam hatinya ada iman walau sebesar zarah akan dikeluarkan juga akhirnya dari neraka. Manakala orang kafir akan kekal di dalamnya.

6. Dakwah dan iman adalah dua perkara yang berkaitan. Adanya dakwah maka adalah iman. Jika dakwah tiada, maka iman akan keluar dari hati-hati manusia. Nabi Nuh as telah buat usaha dakwah selama 950 tahun siang dan malam. Kemudia baginda telah doa supaya jangan ditinggalkan di atas dunia ini walaupun satu orang kafir. Maka Allah telah hantar banjir yang besar dan menenggelamkan semua orang kafir. Yang terselamat hanyalah nabi Nuh as dan orang-orang yang beriman. Selepas kewafatan nabi Nuh as, dakwah telah terhenti. Dari keturunan orang yang beriman tadi akhirnya telah kembali kufur kepada Allah.

7. Pada kurun ke 18, orang British telah menakluki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yang besar di sana. Untuk menyelesaikan masalah pengangkutan mereka telah membawa 120 ekor unta untuk digunakan mengangkut barang-barang di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta maka mereka telah membawa ramai orang-orang Islam dari benua India yang kebanyakannya berketurunan afghan. Di kalangan pekerja-pekerja ini terdapat sejumlah bilangan dari golongan ulama. Ulama-ulama ini telah membina 60 masjid dan 3 daripadanya yang berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya bila usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mereka ini tidak kenal Islam walaupun nama-nama mereka seperti nama-nama Islam.

8. Pada suatu masa jemaah yang bergerak telah dibawa untuk jumpa 3 wanita tua dari keturunan pekerja-pekerja tersebut, yang masing-masing berumur lebih 85 tahun. Ternyata mereka tak tahu apa-apa mengenai amalan Islam kecuali kalimah Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah. Bila mereka nampak jemaah memegang tasbih ditangan, mereka mengatakan bapa-bapa mereka dahulu memegang tasbih seperti kamu. Jemaah telah menghadiahkan kepada mereka tasbih tersebut dan mereka rasa sungguh gembira.

9. Laporan satu jemaah lagi yang buat usaha di Thursday Island. Di sana, 90% penduduknya adalah dari keturunan Islam. Teatapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Bila wanita tua ini terlihat saja kepada jemaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, berserban), maka dia telah menjerit dengan mangatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’ Dia telah keluarkan satu beg dari bawah katil dan tunjuk kepada jemaah peninggalan arwah bapanya berupa sejadah dan beberapa kitab selawat. Perempuan tua itu bercerita semasa umurnya 10 tahun, bapanya telah meninggal dunia. Sebelum itu dia sempat berwasiat, ‘You don’t be worry. Muslim will come and take of you because muslim are always taking care of each other.’ Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’
(*Pembayan telah sebak dan menangis. Juga, kami yang dengar bayan).

10. Pembayan memberi laporan bahawa beliau telah berpindah ke Australia dari Tanah Arab pada tahun 1968. Walaupun ada 80 ribu orang Islam di Melbourne tetapi hanya ada 1 masjid sahaja. Itupun dibuka 2 kali setahun untuk solat hari raya. Solat Jumaat hanya dibuat oleh 3-4 orang disebuah surau yang lain. Beliu ada mendengar laporan bahawa jemaah pertama dihantar ke Australia adalah pada tahun 1962. Jemaah ini hanya mampu menangis dan berdoa apabila melihat keadaan agama pada umat.

11. Jemaah seterusnya dihantar pada tahun 1973. Jemaah ni balik dan beri laporan kepada Hadraji bahawa orang Islam di Australia sudah tiada harapan. Hadraji tak berputus asa dan menghantar jemaah lagi pada tahun 1974 & 1975. Pada tahun 1975 ini, 3 orang tempatan (termasuk abang pembayan) telah sedia untuk menghidupkan amalan ziarah pintu ke pintu untuk bertemu dengan orang-orang Islam. Beberapa lama amalan ini berterusan, mereka telah bermesyuarat dan memutuskan untuk meminta kunci masjid. Kunci masjid telah diberi kepada mereka dengan senang hati dan semenjak itu masjid tersebut tidak pernah ditutup lagi sehingga ke hari ini.

12. Amal-amal masjid telah dihidupkan. Jemaah-jemaah telah dikeluarkan dan usaha telah berkembang. Alhamdulillah sekarang telah ada lebih 80 masjid dan surau di Melbourne. Madrasah-madrasah telah wujud. Anak-ank yang dulunya belajar di madrasah sekarang telah mengajar pula. Pembayan berkata dengan matanya sendiri dia dapat melihat apabila dakwah ditinggalkan, dari keturunan ulama akan lahir orang-orang kufar. Apabila dakwah dijalankan, dari keturunan kufar, lahirnya ulama.

13. Kerja ini bukanlah kerja main-main. Bukan kerja yang dibuat kalau suka, dan ditinggal kalau malas. Ini adalah kerja tanggungjawab kita sebagai umat Nabi SAW walaupun kita bukan Nabi. Ini adalah perintah Allah kepada kita.

14. Bila kita buat kerja ini, Allah pasti akan beri hidayat kepada manusia. Seluruh manusia sekarang sedang menanti-nanti kedatangan kita sebagai orang Islam kepada mereka (seperti kisah orang tua tadi).

15. Tashkil…

# Semasa tashkil pembayan menambah, jika seorang bapa menyuruh anaknya yang kecil terjun dari sebuah tempat tinggi dan dia akan menyambutnya; maka jika anaknya terjun, bapanya akan segera menyambut dan memeluk anaknya dengan kasih sayang dan tak akan biarkan anaknya jatuh ke bawah. Allah lebih-lebih lagi kasih kepada hambanya dan suruh kita terjun dalam usaha dakwah. Sekali-kali Allah tak akan biarkan kita jatuh dan mendapat kesusahan. Pasti Allah akan menyambut dan memeluk kita dengan rahmatnya.

Sambung tashkil…

Char mahene insyaAllah. Puri zindegi, puri alam.

Friday, January 11, 2008

Train India




Kenangan masa keluar jalan Allah, insyaAllah tak boleh lupa.
Antaranya... naik train kat India.
Bukan 1 jam, bukan 10 jam, bukan 20 jam...
Habis berapa jam? ...3 hari 2 malam.

Menangis tuh! Tapi bukan aku yang menangis. Orang rumah...
Keluar masturat (jemaah suami isteri).
Train dari Delhi ke Kerala. Lebih 3000km rasanya. Itu pun speed gila babi.
Jemaah kami 5 pasang. Dalam train tu la solat, makan, tidur.
Pepagi sebelum suboh, ane jual chai (teh) dalam train dah mula meniaga.
'Chai-o', 'chai-o', 'kopi-kopi', kopi-kopi'.

Kalau suruh ulang balik naik train tu, rasanya serik juga.
Tapi dalam mujahadah tu la Allah letak kemanisan.



Patutla bila Saidina Bilal ra ketika ditanya,
'bila saat paling manis dalam Islam?'
Katanya, 'ketika aku di seksa dengan diseret di atas padang pasir dan dihempapkan
batu di atas dadaku di waktu siang yang panas. Ucapan ku Ahad Ahad dan ketika
disebat bergilir-gilir di waktu malam hingga ke pagi.'

Setiap lelaki dan wanita dari umat ni dihantar atas maksud yang besar
iaitu sebagaimana maksud para nabi telah dihantar. Atas kelalaian kita
pada kerja ini, hari ni umat dah jauh dari agama. Umat mati dalam
kufur dan syirik. Kita sendiri tak ada risau akan agama dalam diri dan
keluarga. Fikir dan tenaga hanya diguna untuk cari makan, pakai, rumah...

Malang... Wahai umat. Marilah kepada kerja yang akan selamatkan kita
dari azab yang pedih. Kerja yang akan memuliakan kita sebagai sebaik-baik
umat. Kerja yang akan jadi sebab Allah bantu kita dunia dan akhirat.

Ya Allah, terima kami untuk usaha ni. Amin..

Wednesday, January 09, 2008

Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah

Tahun Baru Hijrah bertukar lagi! Umur semakin berkurang...
Aik! Bukan ke umur makin bertambah. Kenapa berkurang pulak?
Sebenarnya baki umur semakin berkurang. Umur yan lepas kita tahu, tapi baki umur tak tahu.
Tak saspen ke? Depan mata kita tengok orang lain mati. Hari-hari ada cerita orang mati.
Semua yang mati tu orang tua belaka ke? Tak eh...

Yang baru pencen mati
Yang baru habis hutang rumah mati
Yang baru beli kereta baru mati
Yang baru berbini baru pun mati

Nabi pernah kata lebih kurang maksudnya; 'Purata umur umat aku 60 - 70 tahun.'
Jadi 60 - 70 tahun ni ikut kalendar hijrah ke masehi?
Pernah ke kita kira umur kita ikut kalendar hijrah?
kalau tak pernah, jom kita kira sekarang.
(lepas tu jangan lupa balik ke 'page' ni. Cerita tak habis lagi.)



Gregorian to Hijri
Day: Month: Year


Ha.. Amacam? Ada kurang ka ada tambah?
Yang penting kena sentiasa rasa kurang dalam amal dan berazam nak tingkatkan dan tambah amal.
Jadi.. Apa azam tahun baru anda pada tahun 1429 Hijrah ni?

* Ada sikit persoalan yang menggangu fikiran.
Dalam kawasan taman aku ada sebuah gereja. Pada malam 25 Disember lepas aku tengok ramai orang datang gereja. Aku faham lah, malam ni kan malam Krismas. Tu sebab la diorang ramai-ramai datang gereja. Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku. Tak de la pulak kita dengar orang mengucapkan 'Merry Cristmas' sesama Islam. Kalau ada, tanda nak kiamat kot?

Pada malam tahun baru 2008, sekali lagi aku tengok gereja tu penuh dengan orang. Diorang sambut apa pulak? Rupanya tahun masehi ni mereka sambut kelahiran Jesus (Isa) yang mereka anggap sebagai anak Allah. Nauzubillah. Adalah menjadi kebiasaan kita dengar sesama Islam mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 pada masa tu.

Am I missing somethIng?

Allah dengan kehendaknya telah menjawab persoalan aku tu. Semalam aku duduk dalam satu majlis tazkirah oleh seorang ustaz dari Pusat Zakat. Dia kata, ada pendapat ulama bahawa sesiapa yang sambut Tahun Baru Masehi dengan jahil (iaitu dia tak tahu), maka dia orang fasiq. Sesiapa yang sambut dengan tahu makna Tahun Baru Masehi, maka boleh jadi murtad.

Ya Allah. Selamatkan kami dari semua fitnah dunia dan akhirat. Amin.

Tuesday, January 08, 2008

Dakwah Orang Bisu (bhg 2)

Alhamdulillah, pada cuti penggal persekolahan November 07 lepas, sebanyak 3 jemaah 40 hari orang bisu telah dikeluarkan dari Masjid Bandar Baru Sri Petaling untuk menjalankan kerja-kerja dakwah dan tabligh. 1 jemaah dihantar ke Pakistan, 1 jemaah buat usaha dalam Malaysia dan 1 jemaah lagi ke Jakarta, Indonesia.

Laporan oleh jemaah yang balik dari Jakarta.
Ahli syura Jakarta menyifatkan bahawa 'Ini Jemaah Luar Biasa' dan inilah pertama kali jemaah seperti ini dihantar ke Indonesia. Mereka telah berjumpa dengan President Persatuan Bisu dan Pekak dan mendapat kerjasama yang sangat baik dari beliau.
Ada kira-kira 200,000 orang bisu berdaftar di Jakarta dan 1.5 juta di seluruh Indonesia.

Satu jur (perhimpunan) telah dibuat bertujuan memberi kepentingan mengamalkan dan membuat usaha agama kepada mereka. Selama mereka buat usaha di sana, satu jemaah 3 hari seramai 8 orang telah dapat dikeluarkan dengan izin Allah SWT. Mudah-mudahan jemaah perintis ini dapat dikembangkan dan menjadi pemangkin kepada kerja dakwah dan tabligh kepada orang-orang pekak dan bisu khasnya. Juga kepada seluruh umat manusia amnya.

Catitan tambahan:
Kita bila lagi? Orang bisu pun dah bergerak dalam usaha agama.
Semoga Allah pilih dan terima kita untuk kerja ni.

Tangok video; link

Sunday, January 06, 2008

Bebudak Gi Sekolah

Minggu lepas sebuk menguruskan bebudak nak ke sekolah.
Cari buku, baju, kasut... Bayar yuran...
Alhamdulillah bila sekolah buka, semua dah settle. Allah permudahkan.

Ni la bakal-bakal dae' bila gi sekolah.












Kiri Atas : M. Amir dah darjah 6
Kanan Atas : A'isyah Humaira darjah 5
Tengah Atas : M. Ammar pagi sekolah agama darjah 3 dan M. Anas masuk tadika.
Tengah Bawah : M. Anas di depan kelas masa nak balik.
(Sesatunya pelajar lelaki yang pakai songkok.)

Saturday, January 05, 2008

Share Partner

Di Awan Biru (gambar curi2 ambil - sekadar hiasan)

Minggu ni aje, dua kali aku solatkan jenazah orang mati kat masjid. Sekali malam Rabu lepas Maghrib dan sekali lagi lepas solat Jumaat semalam. Sorang tu umur 36 tahun dan sorang lagi remaja umur 16 tahun. Hai, nak mati ni bukan tunggu umur tua. Bila dah sampai ajal yang ditetapkan Allah, takkan tercepat atau terlambat sesaat.

Kita ni pun tunggu hari aje. Hukuman mati dah dijatuhkan. "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati
." Masalahnya dah jatuh hukuman mati pun masih relax aje. Kalau orang yang dijatuhkan hukuman mati kat penjara tu mana lalu makan, minum dan buat benda-benda lain tapi aku masih boleh rasa enjoy dan tak risau apa-apa. Ya Allah, ampuni aku.

Sebenarnya nak ingatkan diri sendiri bahawa dalam harta yang kita ada sebenarnya ada 'share partner' yang lain. Share partner tu macam rakan kongsi la. Sama la tu... Eh, apa pulak share partner nye. Harta aku, aku la yang punya. Mana boleh share-share. Kalau nak tahu ini la dia share partner harta kita.

Share partner no 1
Waris - Bila kita mati, semua harta jadi milik waris 100%. Rumah, kereta, tanah, duit dalam bank, hatta gigi palsu pun depa sapu. Tak satu pun benda-benda di atas kita bawak masuk kubur.

Share partner no 2
Musibah - Bila dia datang, contohnya kebakaran, kecurian, banjir, gempa, tsunami dan yang seumpamanya; maka harta kita kena sapu hidup-hidup. Walaupun kita masih hidup, depan mata kita pun dia akan sapu. Kadang-kadang kain pengelap kaki pun kena sapu. Penyapu pun kena sapu...

Share partner no 3
Diri kita sendiri - terbahagi kepada 3.
i) Apa yang kita pakai sampai lusuh (berapa lama pakaian kita nak lusuh?)
ii) Apa yang kita makan sampai hadam (berapa banyak kita boleh makan?)
iii) Apa yang kita belanjakan pada jalan Allah (yang ni tiada had dan sempadan).

Persoalannya; berapa peratus (%) kita dah bahagi-bahagikan harta kepada ketiga-tiga share partner di atas. Orang yang paling untung adalah orang yang menjadikan dirinya sebagai pemegang saham terbesar di antara semua share partner. Malangla bagi orang yang mempunyai saham paling sikit.

Hartaku... Hartaku...

Thursday, January 03, 2008

Agama Dalam Diri (muhasabah)


Dikisahkan mengenai seorang ulama bernama Imam Farouq Hussein,
berpengetahuan luas dalam bidang agama, beliau menukilkan;

"Orang yang paling berjaya di sisi ALLAH ialah mereka yang melihat agama dari segi
MELIHATNYA UNTUK MENGAMALKANNYA DAN BERDISIPLIN DENGAN SETIAP HUKUM AGAMA PADA DIRI SENDIRI DAN BERLEMBUT DENGAN MANUSIA LAIN."

ATAU dengan perkataan mudahnya..

BERAMAL DENGAN HARAPAN DAN TAKUT SUPAYA ALLAH
SELAMATKAN DIRINYA DARI AZAB...

INGAT! SELAMATKAN DIRINYA DARI AZAB..


Jadi, untuk mengenal pasti samada kita telah berjaya memurnikan agama dalam diri kita,
kita hendaklah melihat agama itu untuk KITA AMALKAN bukan UNTUK ORANG LAIN AMALKAN.
(sila fikir dengan teliti)

Bukankah kita ini hina kerana dosa?
Bukankah kita ini patut merendah diri?
Bukankah kita ini MUSTAHIL akan masuk syurga jika ada
perasaan sombong walaupun sebesar zarah?
Bukankah kita ini hanya dapat beramal dengan taufik & hidayah dari ALLAH?

Jadi, marilah bertaubat dengan pelbagai dosa sombong dan merasa diri banyak amalnya..

Wednesday, January 02, 2008

Jom Belajar Berenang


Gambar sekadar hiasan.
( Ainul Mardhiah, 1 tahun 2 bulan)


Nabi-nabi dulu dari kalangan lelaki sahaja. Tak pernah Allah hantar perempuan jadi Nabi. Tapi umat Muhammad SAW, setiap kita; lelaki, perempuan dan kanak-kanak dihantar untuk kerja keNabian.

Kita ni macam orang yang nak seberang sungai la. Ada empat macam orang.

Satu; orang yang dah berjaya seberang sungai .
Dua; orang yang sedang seberang sungai dan dia berenang sendiri.
Tiga; orang yang sedang seberang sungai juga tapi pakai pelampung sebab tak pandai berenang lagi. Disamping tu cuba-cuba belajar berenang.
Empat; orang yang masih kat tebing dan takut-takut nak terjun dalam air.

Orang pertama tu la Nabi, sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang telah ikut mereka dengan baik. Mereka dah menemui Allah dalam kedaan Allah redho pada mereka.

Orang kedua tu pulak orang yang dah maju dan sedang buat kerja ni dengan penuh yakin akan janji-janji Allah dan dapat bantuan terus dari khazanah Allah.

Orang ketiga adalah orang yang sedang belajar-belajar buat kerja ni. Masih bergantung pada asbab zahir dan cuba-cuba tinggalkan asbab tu. Tak boleh tiba-tiba terus tinggalkan asbab nanti tenggelam dan tak kesampaian.

Orang keempat; masih takut-takut dan tak yakin bahawa kerja ni kerja kita.

*Semoga Allah sampaikan kita seperti orang yang dah sampai.
(selagi tak terjun memang tak akan sampai!)

Tuesday, January 01, 2008

Buang Gelap Dulu atau Bawa Cahaya Dulu?


Kalau masuk bilik gelap, nak buat apa dulu?
Buang gelap dulu atau bawa cahaya dulu.

Segala kemungkaran tu gelap.
Segala kemakrufan tu cahaya.

Jadi??? Emm...

Mungkar yang paling top?
Zina ke? Rasuah ke? Bunuh ke? Judi ke?
Semua tu kira top la, tapi bukan yang paling top.

Mungkar paling top adalah mensyirikkan Allah dan tinggalkan solat.

Allah tak ampun dosa syirik.
(Ya Allah selamatkan aku dari syirik, amin!!)

Tak ada tempat dalam Islam bagi orang yang tinggalkan solat.
Solat umpama kepala pada badan.
Perkara pertama ditanya di mahsyar adalah solat.
Kalau solat ok, semua ok. Kalau solat ko, semua ko.
(Ya Allah terimalah semua solat dan amalan ku, amin!!)

Habis tu macam mana nak selamat dari semua ni?
Kena buat makruf paling top la.
Mentauhidkan Allah dan mendirikan solat.

Hari-hari kena ajak manusia mentauhidkan Allah,
'Allah maha kuasa, selain Allah adalah makhluk yang berhajat kepada Allah.'
'Harta, takhta, senjata; semua makhluk.'
'Boleh guna makhluk, tapi jangan ada
walau sebesar debu yakin dalam hati pada makhluk.'

Semua Nabi-Nabi dihantar untuk
ajak manusia mentauhidkan Allah.
Tak pernah mereka ajak manusia bina harta, takhta, senjata.
(nauzubbillah).
Walaupun sebahagian mereka ada dan guna semua tu.

Tanda iman adalah amal.
Dari mulut, turun ke hati, zahir dengan amal.
Muazin kata, 'Allahu Akbar, Allahu Akbar.'
Hati kata, 'benar, Allah Maha Besar!'
Badan kata, 'ish.. aku kena solat sekarang. Allah panggil tuh..'
'...dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.'
Solat berjemaah!

'...sesungguhnya, solat itu mencegah dari fahsyak dan mungkar.'
Siapa kata nih?

Jadi??? Emm...

Kalau masuk bilik gelap, nak buat apa dulu?
Buang gelap dulu atau bawa cahaya dulu.