Alhamdulillah, pada cuti penggal persekolahan November 07 lepas, sebanyak 3 jemaah 40 hari orang bisu telah dikeluarkan dari Masjid Bandar Baru Sri Petaling untuk menjalankan kerja-kerja dakwah dan tabligh. 1 jemaah dihantar ke Pakistan, 1 jemaah buat usaha dalam Malaysia dan 1 jemaah lagi ke Jakarta, Indonesia.
Laporan oleh jemaah yang balik dari Jakarta.
Ahli syura Jakarta menyifatkan bahawa 'Ini Jemaah Luar Biasa' dan inilah pertama kali jemaah seperti ini dihantar ke Indonesia. Mereka telah berjumpa dengan President Persatuan Bisu dan Pekak dan mendapat kerjasama yang sangat baik dari beliau. Ada kira-kira 200,000 orang bisu berdaftar di Jakarta dan 1.5 juta di seluruh Indonesia.
Satu jur (perhimpunan) telah dibuat bertujuan memberi kepentingan mengamalkan dan membuat usaha agama kepada mereka. Selama mereka buat usaha di sana, satu jemaah 3 hari seramai 8 orang telah dapat dikeluarkan dengan izin Allah SWT. Mudah-mudahan jemaah perintis ini dapat dikembangkan dan menjadi pemangkin kepada kerja dakwah dan tabligh kepada orang-orang pekak dan bisu khasnya. Juga kepada seluruh umat manusia amnya.
Catitan tambahan:
Kita bila lagi? Orang bisu pun dah bergerak dalam usaha agama.
Semoga Allah pilih dan terima kita untuk kerja ni.
Tangok video; link
tak reti nak jawab soklan tu
ReplyDeleteGalakkan hubby keluar 3 hari.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum..
ReplyDeleteAllah.. Allah.. Allah.. :cry:
Wa'alaikumus salam.
ReplyDelete2 titisan boleh padam api neraka.
i. Titisan darah di jalan Allah
ii.Titisan air mata mengingati Allah
subhanallah. silahkan2, datang2 ke jogja, indonesia.
ReplyDeleteke seluruh alam