Wednesday, January 23, 2008

Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Mimpi terbang atas awan?


Pernah ke mimpi masa tidur? Biasa la tu.

Kadang-kadang mimpi jadi orang kaya. Ada rumah besar, kereta besar, banyak harta. Tinggal dalam taman-taman. Berjalan sana sini. Gelak ketawa…

Kadang-kadang mimpi suspen. Kena kejar rasaksa. Lari.. lari. Rasaksa tu makin dekat. Jantung berdebar…

Kadang-kadang mimpi sedih. Tak tahu kenapa. Menangis. Hu.. hu..

Bila bangun dari tidur, semua mimpi hilang. Yang tadi jadi kaya, harta semua dah hilang. Yang kena kejar rasaksa, rasaksa pun dah tak de. Mungkin dah kena fire dengan ultraman. Yang sedih menangis, cepat-cepat cover line. Nanti orang perasan.

Itulah perumpamaan dunia ni. Macam mimpi. Cuma mimpi yang lebih panjang. Bila sedar dari mimpi? Bila dibangkitkan masa dalam kubur.

‘Oohh, dah mati aku rupanya!’

‘Mana harta yang aku usahakan siang malam tu? Mana isteri dan anak-anak? Mana kawan-kawan yang sama-sama bergelak ketawa tu?’

Nabi Isa as telah melihat dunia melalui kashaf menyerupai perempuan tua yang telah tercabut semua giginya. Ia berpakaian dan berperhiasan seperti pengantin baru.

Nabi Isa as bertanya kepadanya, ‘Selama ini telah berapa kali kamu sudah berkahwin?’

Dunia menjawab, ‘Sehingga kini sudah tidak terhitung banyaknya.’

Nabi Isa as bertanya lagi, ‘Apakah mereka semua telah mati atau menceraikan kamu?’

Dunia menjawab, ‘Aku sudah bunuh mereka kesemuanya.’

Nabi Isa berkata, ‘Celakalah bagi bakal-bakal suamimu yang tidak mengambil pengajaran daripada bekas-bekas suamimu yang kamu telah bunuh meraka satu persatu.’

Inilah hakikat dunia. Seperti seorang perempuan tua yang menghiaskan dirinya dengan pakaian dan perhiasan yang cantik sehingga ramai manusia terpedaya dengannya. Manusia yang sedar adalah dia yang menyingkap tirai di wajah dunia dan barulah dia dapat melihat rupanya yang hodoh itu.

Ya Allah, jauhilah kami dari tertipu oleh dunia.

14 comments:

  1. Tuan Azhar,
    saya dah call Hj Othman tuh..
    InsyaALLAH die akan mari USA ni..
    Setakat ni ade 5 orang dah dapat visa..
    Alhamdulillah..
    (Masih ade yang tak dapat visa)
    Doa2.. insyaALLAH
    Saye cadang nak pergi tempat diorang keluar iaitu kat Chicago.
    Doa2 lah saye sebb sekarang ni university dah bukak.
    Sangt2 sibuk..
    Oh, hinanya diri ini

    ReplyDelete
  2. Asalam, beruntung wan mohd faiz, ada jemaah Malaysia nak turun sana. Saya kat sini, dalam tunggu-tunggu, dah jadi penunggu. Mungkin kami diSwiss ni, kurang nusrah, Ya Allah, bantulah kami.
    Dalam blog dhaif saya:
    http://peace-cillah.blogspot.com ada bayan ijtima Chicago. Tahun 2002, dah lama tetapi ayatnya tetap aktual. Kalau nak dengar, boleh kesana.
    Dan web http://www.islamibayanaat.com/ ada bayan masyaik kita.

    - Azhar, Amin Itali dan Abdul Hadi Indon kirim salam kat hang.

    ReplyDelete
  3. Wan Mohd Faiz;
    Selamat menusrah jemaah. Tertib yang
    simple. Ada hijrah, ada nusrah, maka
    ada hidayat.

    zarzh;
    Kesian nya jadi penunggu. Salah kami juga di Malaysia ni tak usaha sungguh2 utk keluarkan jemaah. Seluruh dunia sekarang minta jemaah dari Malaysia.

    Buat masa ni hanya 10 ke 12 jemaah ke negara jauh shj dpt dikelurkan dlm setahun. Kalau jemaah ke negara jiran memang byk. Berpuluh2.

    Aminudin mat saleh tu. MasyaAllah ingat lagi kat dia. Masa kami turun dar Stuttgart nak ke Zurich, dia la tunggu kami kat Konstanz. Dengan serban, vest, janggut dan jubah, tak ubah macam osama laden.

    Yang saya nak pengsan bila dia tanya, "Mu apo kaba? Namo ambo amin. Ambo tugu lamo dah." Pekat punya Kelantan. Rupanya dia dpt Islam & usaha agama masa melancong di Kelantan & belajar Islam 4 thn di sana.

    Abd Hadi yang ikut kami keluar kan? Yg ada kawan budak Singapore tu. Ye ke? Budiman ada lagi?

    ReplyDelete
  4. bayan tu amenda

    ReplyDelete
  5. Jur Bangkok 1-3 Febuary ni

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum, yap Azhar, bro Amin Itali-Kelate, ahlu dia insyaallah dua-tiga hari ini akan melahirkan zuriat. Abdul Hadi Indon pula, masyaallah, waktu ni, dia berkhidmat penuh dimasjid, manakala Syah bro Singapore, sudah lama balik Singapore (semoga Allah memberi hidayat dan membantu dia). Budiman pula, dua tahun lepas, balik Bukit Lawang buat selamanya. Budiman ni bijak, dalam diam-diam, dia sudah beli ladang kelapa Sawit, kini jadi towkey kelapa sawit. Kalau nak stock bio-diesel, boleh hubungi dia. Khalid Tapah, owner Singapore restaurant pula, alhamdulillah, hari-hari dengan masakan baba dia.


    - Bayan maksudnya penerangan atau penjelasan. Dipetik dari ayat 138 surah Al Imran:

    هَذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ
    وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ


    138] (Al-Quran) Ini ialah bayan(penerangan) kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.
    [139] Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

    ReplyDelete
  7. kena kikis hati ek untuk boleh lihat ghopa dunia

    ReplyDelete
  8. Manusia nie fitrahnya pelupa. Walau dah banyak kali di ingatkan tapi masih juga lupa. Oleh itu, Tuan2 janganlah putus asa untuk memberi peringatan yg benar kpd rakan2.

    ReplyDelete
  9. Melihat keadaan dunia sekarang yang cuacanya tak menentu. Padang pasir yang dulunya panas mendidih tapi kini dipenuhi salji. Banjir di sana sini. Begitulah dunia seperti perempuan tua ini yang telah nyayuk yang teramat nyayuk. Meski pun begitu masih ramai peninat setia dan ramai yang jatuh hati meski pun banyak yang tertipu.

    Moga Allah selamatkan kita dari tipu dayanya, Aaminn.

    ReplyDelete
  10. encik azhar, apa email encik? nak tanya beberapa soalan.

    ReplyDelete
  11. encik azhar, apa email encik? nak tanya beberapa soalan.

    ReplyDelete
  12. encik azhar, apa email encik? nak tanya beberapa soalan.

    ReplyDelete
  13. maaf, tertekan 3 kali.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih semua.
    Email saya; azharkepong@yahoo.com

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...