Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Monday, January 28, 2008
Apa Ada Pada "Menjanjikan"
Kisah 1
Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan akhir tahun ni, abah akan belikan dia basikal baru."
Anak-anaknya kata, "Kami nak basikal baru dulu baru nak belajar sungguh-sungguh hingga dapat nombor satu hingga tiga."
Kita kata, "???"
Kisah 2
Seorang majikan menjanjikan kepada para pekerjanya, "Tahun ni kalau kita mencapai peningkatan keuntungan 100% dari tahun lepas, saya akan beri kamu semua bonus 6 bulan gaji."
Para pekerjanya kata, "Kami nak bonus 6 bulan gaji dulu, baru nak kerja rajin-rajin dan capai matlamat peningkatan keuntungan 100% dari tahun lepas."
Kita kata, "???"
Kisah 3
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, ... (Surah An-Nuur, Ayat 55)
Kamu kata, "Kami nak khalifah dulu, kemudian baru usaha untuk dapat iman dan amal soleh."
Kita kata, "???"
salam
ReplyDeleteakhi u r brilliant :)
Allahu Akhbar,..terkesan ana baca tamsilan anta nie..jazakallah..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum..
ReplyDeleteWahai Allah, berilah kami faham agama sebagaimana sahabat2 r.a. faham agama.. :cry:
zufi;
ReplyDeleteAllah is great.
amr;
Hari-hari kena jumpa manusia. Sebarkan salam, ajak untuk baharui iman.
al_ansari718;
Allah beri kita faham sebanyak mana kita korban untuk agama. Syaratnya kena korban ikut jalan Nabi dan Sahabat.
Menjadi khalifah BUKAN HANYA dapat perintah secebis tanah dangan undang-undang Islam.
ReplyDeleteKhalifah sebenar adalah seperti yang berlaku kepada sahabat. Allah tundukkan semua unsur tanah, api, angin dan air kepada mereka.
Syaratnya; iman dan amal soleh.
Wallahua'lam.
lidah tak bertulang
ReplyDeleteAzhar,
ReplyDeleteJemaah Malaysia tak dapat visa nak pergi USA. Diorang pergi Greece dan Italy.
Moga ALLAH merahmati
Wan Mohd Faiz;
ReplyDeleteSaya dah tahu hal jemaah tu tak dapat
masuk US dari mesyuarat Rabu lepas.
Harap dapat bersabar kerana ini keputusan dari Allah. Kita merancang dan Allah juga merancang dan perancangan Allah lah yang berhasil.