Sunday, November 29, 2009

Club Blog Bicara Sempoi - review

Muaz & Mardhiah (lagi..)
Purdah la pulak..


Aku baru join menda nih..
CLUB BLOG BICARA SEMPOI

MALAYSIA MEMBER CLUB

Nampak cam ok.. kata moderator blog tuh;

"Club Blog-Blog Biacara Sempoi Diwujudkan adalah untuk menggumpulkan cerita cerita terkini.
Update-update posting dari para blogger untuk ditampirkan dan menarik minat pembaca berkunjung keblog tersebut.. berbagai bagai tajuk boleh dipilih mengikut citarasa minat tersendiri..

Pasti ramai pengunjung di sini pasti juga ramai yang akan tertarik membaca posting diblog anda..
kenapa saya katakan begitu.. kerana sistem disini bukan mengikut rangking sesebuah blog..
sistem disini adalah mengikut blog update terkini dari posting.. blog mereka akan terus ke list pertama.. dan akan turun list kedua ketiga keempat dan seterusnya.. sekiranya anda masih tidak berpuas hati untuk sentiasa berada dirangking yang pertama.. rajin-rajin la update posting di blog anda.. nak update satu hari 15kali pun tak aper.. tiada siapa pun boleh marah.."

Thursday, November 26, 2009

Uji Otak

Pehh.. kelmarin isteri aku masuk hospital..
Janin yang baru 2 bulan dalam kandungan keguguran.. Satu malam je dia tidur kat hospital..
Allah maha kuasa.. Nak menghidup atau tak nak menghidupkan makhluk ciptaannya..
Hebat Allah..

Aku macam biasa, cuba-cuba kontrol hensem.. Buat lawak dan isteri aku ketawa tekekeh-kekeh kat dalam wad.. Hmm..
Lepas Zohor semalam bawak isteri aku balik.. Sekarang berehat kat rumah..
Anak-anak kat madrasah pun dah balik bercuti.. riuh sikit..

Pemandangan dari tingkat 11, Hospital Selayang

Jadi selepas penat otak aku ni berfikir hal family, aku nak tulis beberapa soalan untuk korang, supaya lepas ni otak korang pulak yang penat.. Soalan-soalan ni korang boleh jawab secara spontan atau boleh menghubungi talian hayat. Tiada had dalam menghubungi talian hayat sebab cas telefon korang bayar sendiri..

Jawapan kepada semua soalan aku sediakan di akhir entry. Kalau korang malas nak fikir, boleh tengok jawapan..

SOALAN 1

Baru-baru ni kedengaran kes not RM50 palsu. Apa ke cara paling mudah untuk test duit ni tanpa menggunakan apa-apa alat elektronik..


SOALAN 2

Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa yang berdosa?


SOALAN 3

Dalam banyak-banyak banyak, banyak apa yang sedikit?



SOALAN 4

Saf A

Saf B

Berkenaan karpet di masjid..
Kenapa dan mengapakah sebabnya perlu ditempelkan lagi karpet merah seperti gambar Saf A. Sedangkan karpet yang sedia ada seperti gambar Saf B sudah memadai?


Amacam. Ok? Boleh jawab? Cuba try test la dulu..
Kalau tak boleh jugak, scroll je la ke bawah..




































Jawapan 1

Cuba jentik tengkolok di kepala raja tu..
Jentik sekali..
Dua kali..
Tiga kali..

Ok.. kalau tengkolok tu jatuh maknanya duit tu duit palsu..

Kalau tak puas hati, belanja kengkawan pekena teh dan roti canai kat restoran mamak. Kalau mamak tu terima duit tu, maknanya tak de masalah..





Jawapan 2

Kotak sembahyang..

Ialah.. kalau ko tak sembahyang, kan ke berdosa..








Jawapan 3


Jawapan 4

Aku mintak maaf banyak-banyak.. Soalan ni memang tak terjawab dek aku semenjak dulu lagi..
Aku cadangkan korang tanya secara lisan atau ajukan solan bertulis kepada pengerusi atau ajk masjid/surau di tempat korang.


Di sebabkan aku tak berpuas hati dengan 4 soalan ni je, jadi aku tambah satu lagi soalan bonus iaitu soalan 5 yang merupakan soalan cepumas.


SOALAN 5


Di antara yang berikut; apakah cara yang telah diguna pakai oleh Nabi dan Para Sahabat sehingga Islam telah menguasai 2/3 dunia pada zaman khalifah Umar Bin Khattab?

A- menerima tawaran harta, takhta dan wanita yang diberikan oleh orang-orang mushrik melalui bapa saudara Nabi iaitu Abu Talib.
B- memaki hamun, mencarut, mengumpat, menghina orang-orang yang tak mahu menerima Islam.
C- lelaki dan perempuan berganding bahu mengadakan demonstrasi di jalanan secara besar-besaran.
D- memenangi majoriti kerusi dalam pilihanraya umum di negeri-negeri tersebut.
E- menghidupkan masjid dengan amalan 24 jam dan mengirimkan jemaah-jemaah dakwah keseluruh dunia.


Jawapan 5

Sila rujuk kepada guru-guru yang mursyid. Atau boleh baca kitab-kitab sirah Nabi atau Hayatus Sahabah.

*Panduan menjawab soalan 5.
Jawapan hendaklah dibuat dengan keimanan yang kuat terhadap apa yang datang dari Allah dan RasulNya.

Wallahua'lam..



Selamat menyambut Aidil Adha. Ambik iktibar dari semangat pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim a.s. Bukan setakat korban binatang je, tapi yang lebih penting pengorbanan di dalam menyebarkan agama sehingga sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang yang kering kontang..

Sekian, wassalam..

Tuesday, November 24, 2009

Gout

Assalamualaikum wbt

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.

Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak dalam menangani gout.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh mantan Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan menonton bahan pornografi

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Kurangkan makanan bersantan

43. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8.Buah Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA

16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.

Sekiranya anda mengamalkan segala nasihat ini namun gout anda masih belum berkurang, sila hubungi saya melaui email saya.

Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.

Sekian wassalam wallahualam

Sumber; Laman Emjay

Monday, November 23, 2009

Baca Quran di Kubur


Maulana Asyraf 'Ali Thanwi adalah antara ulama kenamaan India keluaran Darul Ulum Deoband. Beliau, yang terkenal dengan gelaran Hakimul Ummah dan Mujaddidul Millah, telah dilahirkan di Thana Bhawan, Muzaffarnagar, Uttar Pradesh pada 5 Rabi`ul Akhir 1280H (19 September 1863M).

Antara guru-gurunya ialah Mawlana Haji Imdadullah Muhajir Makki, Syaikhul Hind Maulana Mahmud Hasan, Maulana Rasyid Ahmad Gangoh, Maulana Muhammad Qasim Nanotawi dan Maulana Muhammad Ya'qub Nanotawi. Beliau meninggalkan dunia yang fana ini pada 2 Rejab 1362H ( 4 Julai 1943) dan disemadikan di Thana Bhawan.

Moga Allah merahmatinya dan menempatkannya di kalangan para sholihin...... al-Fatihah.

Maulana Asyraf 'Ali Thanwi dalam karyanya berjodol "Syauqu Wathan" menulis seperti berikut:-

Diriwayatkan oleh al-Khalaal dalam "al-Jami`" daripada asy-Sya'bi yang berkata: "Adalah orang-orang Anshar apabila mati seseorang daripada mereka, berulang-aliklah mereka ke kubur si mati tadi untuk membaca al-Quran baginya (yakni bagi si mati) - Syarhush Shudur.

Maka komentarku (yakni komentar Maulana Asyraf):- Kalaulah tidak sampai (pahala bacaan al-Quran tersebut) dalam pandangan mereka, maka kenapakah mereka membacanya (yakni kaum Anshar membaca al-Quran bagi si mati di kuburnya kerana mereka percaya bahawa pahala bacaan tersebut boleh sampai dan bermanfaat kepada si mati, jika mereka tidak berpendapat sedemikian maka kenapakah mereka membacanya).

Dan mereka tidak akan beri'tiqad sampainya pahala tersebut tanpa ada dalil, maka tsabitlah sampainya pahala bacaan kepada si mati. (Yakni perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur membuktikan wujudnya atau adanya dalil yang menyatakan sampainya pahala bacaan al-Quran kepada si mati).

Lihatlah wahai ikhwah yang budiman, bagaimana Maulana Asyraf menjadikan perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur sebagai dalil mengenai bermanfaatnya dan sampainya pahala bacaan tersebut kepada si mati. Inilah pandangan jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah, jikapun tidak dianggap sebagai ijma`. Seharusnya pandangan ini tidak dipinggirkan kerana inilah pandangan "mainstream" umat Islam tanpa mengira apa mazhab mereka.

Perbuatan suka mengkritik pendapat yang telah menjadi amalan lumrah masyarakat dan termasuk perkara khilafiyyah yang dibenarkan syarak yang mulia, amatlah tidak wajar dan perbuatan sebegini boleh membinasakan ukhuwwah dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat. Sayogianya perbuatan tersebut dihentikan, biarlah masyarakat beramal dengan keyakinan mereka asalkan ianya tidak terkeluar dari syariat Islam sebagaimana dinyatakan oleh para ulamanya umat ini.

Sumber; http://bahrusshofa.blogspot.com/2008/01/baca-al-quran-di-kubur.html

Kata Hasan Al-Basri: "Kita ni hanyalah bilangan sahaja,apabila
pergi sebahagian hari, pergilah sebilangan kita. Bila cukup tempoh bilangan kita,
maka habislah hidup kita di dunia ini"


************************************************************************************

Aku dah tanya perkara ni dengan seorang ulama (yang korang dengar bayannya pada N3 yang lepas) di masjid Sri Petaling. Dia jawab ok..

Wednesday, November 18, 2009

Bayan Maghrib 14/11/2009

Klik kat sini;
Dengar bayan Bayan Maghrib 14/11/2009
Download bayan http://www.zshare.net/audio/68869776f7e2c807/



Masjid di Sarajevo
(gambar hiasan)

Holland 2009
(gambar hiasan)

Sunday, November 15, 2009

Minggu Lepas..

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah..

07/11/2009 @ 6 ptg - Ke masjid Bandar Baru Sri Petaling.

08/11/2009 @ 9.30 pagi - mendaftar diri untuk keluar 7 hari. Jemaah terdiri dari 6 orang awam yang nak keluar 7 hari berserta 9 orang pelajar UNITEN Bangi yang nak keluar 10 hari. Diputus keluar ke kawasan Subang. Salah sorang pelajar UNITEN tu blogger jugak.. aisey..

Masjid 1.
Mimbar masjid.
Mimbar masjid zaman Nabi ada 3 anak tangga dari depan.


Peringatan yang lembut.

Peringatan yang keras : DILARANG tidur di dewan solat.
Peringatan yang lebih lembut : Terima kasih kerana tidak tidur di dewan solat TANPA BERNIAT IKTIKAF.
Peringatan yang lebih patut : Terima kasih kerana tidak tidur di RUMAH SEDANGKAN ORANG SEDANG BERSOLAT DI DEWAN SOLAT MASJID.


Masjid 2.

Majlis bacaan hadis bermula jam 10 pagi.


12/11/2009 - Aku khidmat masak.

Dapur.

Menu hari ini..
Tengahari - Kari ikan tongkol
Petang - Teh Pakistan & biskut lemak
Malam - More oleh pihak masjid. (Khamis malam Jumaat ada bacaan Yaasin)
Pagi esok - Nasi Goreng pelbagai lauk & teh Pakistan

Cara-cara penyediaan Kari Ikan Tongkol.
Minyak masak dipanaskan. (sikit je.. kolestrol!)
Masukkan 7 biji bawang besar yang telah dipotong. (10 biji lagi elok)
Kacau hingga agak berkuah. (Err.. santan tak main la..)
Masukkan rempah kari DAGING + sedikit rempah asam pedas.
Air ½ periuk.
Bila kuah dah sebati, masukkan garam (kurang masin x pe, jangan terlebih masin..)
Masukkan ikan 2½ kg yang dah dipotong-potong.
Kemudian masukkan kentang ½ kg yang dipotong dua dan tak dibuang kulit.
(patutnya masukkan tomato.. tapi tu menu korang. Ni menu aku..)
Zikir banyak-banyak.. dan tunggu masakan selesai..

*Nasi kena masak lebih.. budak-budak biasanya kuat makan..
*Sediakan juga garam, kicap manis dan cili padi. (untuk side effect..)


Benda-benda yang selalu ada dalam poket.

14/11/2009 @ 2 petang - balik ke Masjid Sri Petaling. Pelajar-pelajar UNITEN tu stay lagi sebab diorang keluar 10 hari.

15/11/2009 @ 9 pagi.
Pi nengok anak perempuan aku kat madrasah di Sri Petaling dan anak lelaki aku di Dengkil. Bawak diorang picnic kat Paya Indah Wet Land.


Indahnya ciptaan Allah.

Ni pun keindahan makhluk ciptaan Allah.

Anak-anak aku bergambar dengan gaya bebas.

2 perempuan berpurdah membincangkan masalah ummat.
(macam ada benda pelik je pada gambar nih..)

Thursday, November 05, 2009

Jur Orang Pekak

Posting kali ni aku cilok secara paksa dari blog
http://meeze89.blogspot.com/

********************************************************************

Kali ini ruangan coretan meeze ingin mengulas lebih lanjut mengenai tajuk lepas iaitu “Salah ke OKU menerima dakwah?” Saya ingin membuktikan kepada umum bahawa golongan OKU layak menerima dakwah. Selain itu, saya ingin memaklumkan kepada kalian semua bahawa OKU boleh juga berdakwah dan hebat daripada orang normal.

Pada 31 Oktober 2009 iaitu pada hari Sabtu saya telah pergi ke masjid Sri Petaling. Saya diajak oleh sahabat saya yang bernama Omar untuk pergi ke sana. Pada mulanya, saya mengangak mungkin Omar ingin mengajak saya untuk melihat golongan tabligh dan menimba ilmu di sana. Hal ini demikian kerana, sudah menjadi kebiasaan sahabat saya ini sentiasa merlakukan aktiviti dakwah dan mengajak para sahabat di IPGM IK untuk pergi ke Masjid Sri Petaling bagi menghadiri majlis ilmu.

Namun, kali ini Omar benar-benar mengajak saya untuk pergi ke Masjid tersebut. Saya pelik, kenapa Omar begitu semangat mengajak saya ke sana. Rupa-rupanya, Omar menyatakan bahawa Masjid tersebut mengadakan himpunan jemaah golongan tabligh pekak diseluruh Malaysia. Saya pun terkejut dan tidak menyangka terdapat aktiviti sebegitu disana. Sebelum ini apa yang saya ketahui terdapat jemaah pekak disana tetapi tidaklah saya menyangka Masjid tersebut mengadakan himpunan jemaah tabligh pekak di seluruh Malaysia. Saya begitu tertarik dengan ajakan Omar lantas segera untuk mengikutinya pergi ke sana.

Sesampai saya di Masjid tersebut, saya berasa terkejut dan teruja kerana saya melihat begitu ramai golongan pekak tabligh berhimpun di dalam masjid tersebut. Apa yang menarik perhatian saya ialah setiap negeri mempunyai kumpulan tabligh pekak yang tersendiri. Oleh itu, setiap negeri diminta untuk memberi laporan kegiatan dakwah yang mereka lakukan. Apabila golongan pekak tabligh ini memberi laporan dan menceritakan pengalaman dakwah mereka, hati saya berasa menyesal dan lebih respek dengan golongan pekak tabligh ini. Hal ini demikian kerana, walaupun mereka kurang upaya tetapi mereka masih boleh menjalankan kegiatan dakwah dan mengamalkan cara hidup islam yang sebenar berbanding dengan orang normal yang sempurna pancainderanya tetapi malas untuk melaksanakan amal makruf nahi mungkar.

Saya berjumpa dengan seorang jemaah tabligh normal yang sentiasa mengikuti aktiviti dakwah jemaah tabligh pekak ini. (Maaf nama saya tidak ingat) Beliau menyatakan, orang pekak boleh menerima dakwah tetapi perlu ada caranya. Bimbingan daripada kita yang normal ini sangat diperlukan supaya mereka tidak sesat. Kita sebagai manusia yang normal bertanggungjawab dalam merlakukan kegiatan dakwah kepada golongan OKU ini kerana bimbang apabila di akhirat kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Selain itu, beliau menyatakan lagi, apa yang menjadi masalah sekarang ialah kebanyakan orang normal menanggap orang pekak dan OKU yang lain tidak wajib menerima didikan agama Malah tanggapan ini juga diakui oleh pakar-pakar agama.

Perkara tanggapan ini harus ditangani dengan segera. Hal ini demikian kerana, OKU juga mempunyai akal seperti kita dan mampu berfikir tentang ketuhanan. Namun, terdapat golongan OKU juga, tidak wajib menerima didikan agama kerana masalah mental dan sebagainya tetapi mereka juga harus diajar supaya mereka tidak mudah terpengaruh. Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah apabila orang normal menyalah tanggapan semua OKU tidak mempunyai akal atau menghadapi masalah mental. Jadi, inilah peranan kita yang sebenarnya membimbing mereka semua kejalan yang benar. Banyak perkara yang menark diceritakan oleh saudara tersebut tentang bagaimana orang pekak belajar agama dan sebagainya. Saya tertarik saudara tersebut menyatakan perkembangan Islam dalam kalangan orang pekak sangat aktif di Pakistan, Hal ini demikian kerana, melalui pengalaman saudara tersebut menceritakan bagaimana jemaah pekak Pakistan merlakukan aktiviti dakwah. Malah sifat mereka sangat baik.

Apa yang mengejutkan saya, apabila saudara tersebut menceritakan kepada saya orang pekak membaca Al-Quran bahasa Arab yang tidak mempunyai terjemahannya. Sangat menarik..! Saya bertanya bagaimana mereka membacanya sedangkan mereka tidak faham, dan tidak kenal bunyi bahasa tersebut? , saudara tersebut menyatakan orang pekak disana menjadikan amalan membuka Al-Quran merupakan amalan harian mereka pada waktu malam. Walaupun, mereka tidak memahami atau tidak tahu, tetapi mereka cuba menjadikan amalan tersebut sebagai amalan wajib bagi mereka. Kita yang normal pun susah hendak membuka Al-Quran tiap-tiap hari tetapi orang pekak mampu merlakukannya. Bertambah lagilah keinsafan dalam diri saya. Selain itu, terdapat bahasa isyarat agama yang diambil daripada Pakistan untuk diterapkan dan disesuaikan dalam bahasa isyarat Malaysia, kata saudara tersebut.

Saya juga, sempat menemubual orang pekak tabligh disana. Saya bertanya kepada mereka, bolehkah mereka mamahami tentang agama? Mereka berkata boleh dan memerlukan lagi bimbingan daripada orang normal. Malah terdapat golongan pekak yang betul-betul mahir dalam agama dan mampu memberi ceramah agama. Selain itu, mereka menyatakan golongan pekak ini kebanyakan susah untuk menyampaikan agama kerana kebanyakan mereka sibuk dan kurang berminat untuk mengetahui agama kerana itulah kebanyakan orang pekak terlibat dengan masalah sosial. Namun, golongan pekak tabligh ini mampu mendidik isteri dan anak-anak mereka tentang agama. Alhamdulillah…

Masyallah.., bertapa hebatnya Allah. Allah menjadikan orang pekak ada hikmahnya, supaya kita tidak terlepas pandang dan mengamalkan sikap bertanggungjawab serta bantu-membantu antara satu sama lain. Walaupun golongan tabligh pekak ini tidak mampu mendengar tetapi iman mereka lebih kuat daripada kita yang normal. Malu kita sebagai golongan yang normal ini mempunyai pancaindera yang sempurna tetapi masih lalai dalam mengerjakan suruhan Allah, berbanding dengan golongan OKU ini.

Sewaktu saya melangkah keluar daripada masjid itu, saya terfikir, kita sibuk dan mampu memberi bantuan kebajikan kepada OKU dalam berbentuk kewangan, harta dan semuanya berkaitan dengan dunia. Namun, kita tidak mampu dan mengalah dalam memberi didikan agama kepada OKU? Kenapa perkara ini boleh berlaku? Renung-renungkanlah..



kata meeze 1 : Sahabat pekak saya yang bukan beragama islam pernah mengatakan terdapat gereja untuk golongan pekak kristian di Puchong dan paderinya pun orang pekak…

kata meeze 2 : Selain masjid Sri Petaling, saya ada mendengar daripada orang lain bahawa Masjid negara turut mengadakan aktiviti kegiatan agama kepada golongan pekak. Sesiapa yang ingin rsepon amat digalakkan.. terima kasih..





Ini adalah sebahagian gambar jemaah tabligh pekak diseluruh Malaysia yang sempat saya ambil di Masjid Sri Petaling. hehehehe.. sebenarnya Omar cakap tidak digalakkan ambil gambar tetapi saya cuma ambil, alhamdulillah dapatlah sedikit..






Waktu ni, aktiviti ceramah kepada golongan pekak, ada juruisyarat bersama dengan penceramah tersebut. Seronok bila tengok juruisyarat itu mengisyaratkan ceramah tersebut. Juruisyarat itu, sangat bersemangat.. banyak isyarat agama yang dapat saya pelajari daripada dia.. terima kasih encik..

***********************************************************

Posting aku dulu-dulu berkenaan usaha orang pekak.
  1. http://azharjaafar313.blogspot.com/2007/12/dakwah-orang-bisu.html
  2. http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/01/dakwah-orang-bisu-bhg-2.html
* dan ada orang kata orang pekak ni tak suka dipanggil bisu, sebab diorang bukan bisu.

Kita yang tak pekak ni kena peka. Ramai orang tak solat sekarang ni. Jangan buat-buat pekak...

Monday, November 02, 2009

Kemboja 2007 - slideshow




Antara cabaran kalau keluar kat Kemboja. Aku beberapa kali di'offer' untuk bukak cawangan kat sini. Poligami le..

Soalan2 yang biasa;

1. "Kamu dah kawin?" - haa.. nak start la tuh..

2. "Saya ada anak perempuan pelajar madrasah. Mahu tengok?" - confirm la.. soalan cepumas..

3. "Saya sudah kawin" kata aku dengan jujur. "Lelaki kan boleh kawin empat?" kata orang tempatan, pun dengan jujur.

*Nota tambahan - orang sana Melayu Champa. Boleh berbahasa Melayu kalau mengaji pondok. Bahasa Melayu ni kira bahasa ustaz-ustaz lah. Para ustaz yang mengajar bukak kitab kuning bahasa Melayu. Macam kita kat sini, para ustaz bukak kitab bahasa Arab.



* Iklan ulangan (untuk ibadah korban di Kemboja)

Ada seorang kawan menulis;

Tahun ni saya sekeluarga merancang untuk Berhari Raya Aidiladha di Cambodia. Jika ada sahabat2 yang ingin menyertai "Korban di Kemboja" boleh kirim kat saya. Lebih Kurang RM170 sahaja. Tiada kos pengurusan dan pengangkutan sebab saya sendiri pergi ke sana dgn kos sendiri. Di sana masih ramai yg dhoif dan serba kekurangan. Semuga Korban kita sedikit sebanyak dapat meringankan penderitaan mereka.

Setakat hari ini belanja korban sudah mencukupi untuk 3 ekor lembu yg akan di korban pada Hari Raya Aidil Adha ini. Jika ada sahabat2 yang ingin turut menyertainya, sila hubungi saya di no +60199317655 atau +6097444655 (Rosmadi Nawi)