Thursday, November 26, 2009

Uji Otak

Pehh.. kelmarin isteri aku masuk hospital..
Janin yang baru 2 bulan dalam kandungan keguguran.. Satu malam je dia tidur kat hospital..
Allah maha kuasa.. Nak menghidup atau tak nak menghidupkan makhluk ciptaannya..
Hebat Allah..

Aku macam biasa, cuba-cuba kontrol hensem.. Buat lawak dan isteri aku ketawa tekekeh-kekeh kat dalam wad.. Hmm..
Lepas Zohor semalam bawak isteri aku balik.. Sekarang berehat kat rumah..
Anak-anak kat madrasah pun dah balik bercuti.. riuh sikit..

Pemandangan dari tingkat 11, Hospital Selayang

Jadi selepas penat otak aku ni berfikir hal family, aku nak tulis beberapa soalan untuk korang, supaya lepas ni otak korang pulak yang penat.. Soalan-soalan ni korang boleh jawab secara spontan atau boleh menghubungi talian hayat. Tiada had dalam menghubungi talian hayat sebab cas telefon korang bayar sendiri..

Jawapan kepada semua soalan aku sediakan di akhir entry. Kalau korang malas nak fikir, boleh tengok jawapan..

SOALAN 1

Baru-baru ni kedengaran kes not RM50 palsu. Apa ke cara paling mudah untuk test duit ni tanpa menggunakan apa-apa alat elektronik..


SOALAN 2

Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa yang berdosa?


SOALAN 3

Dalam banyak-banyak banyak, banyak apa yang sedikit?



SOALAN 4

Saf A

Saf B

Berkenaan karpet di masjid..
Kenapa dan mengapakah sebabnya perlu ditempelkan lagi karpet merah seperti gambar Saf A. Sedangkan karpet yang sedia ada seperti gambar Saf B sudah memadai?


Amacam. Ok? Boleh jawab? Cuba try test la dulu..
Kalau tak boleh jugak, scroll je la ke bawah..




































Jawapan 1

Cuba jentik tengkolok di kepala raja tu..
Jentik sekali..
Dua kali..
Tiga kali..

Ok.. kalau tengkolok tu jatuh maknanya duit tu duit palsu..

Kalau tak puas hati, belanja kengkawan pekena teh dan roti canai kat restoran mamak. Kalau mamak tu terima duit tu, maknanya tak de masalah..





Jawapan 2

Kotak sembahyang..

Ialah.. kalau ko tak sembahyang, kan ke berdosa..








Jawapan 3


Jawapan 4

Aku mintak maaf banyak-banyak.. Soalan ni memang tak terjawab dek aku semenjak dulu lagi..
Aku cadangkan korang tanya secara lisan atau ajukan solan bertulis kepada pengerusi atau ajk masjid/surau di tempat korang.


Di sebabkan aku tak berpuas hati dengan 4 soalan ni je, jadi aku tambah satu lagi soalan bonus iaitu soalan 5 yang merupakan soalan cepumas.


SOALAN 5


Di antara yang berikut; apakah cara yang telah diguna pakai oleh Nabi dan Para Sahabat sehingga Islam telah menguasai 2/3 dunia pada zaman khalifah Umar Bin Khattab?

A- menerima tawaran harta, takhta dan wanita yang diberikan oleh orang-orang mushrik melalui bapa saudara Nabi iaitu Abu Talib.
B- memaki hamun, mencarut, mengumpat, menghina orang-orang yang tak mahu menerima Islam.
C- lelaki dan perempuan berganding bahu mengadakan demonstrasi di jalanan secara besar-besaran.
D- memenangi majoriti kerusi dalam pilihanraya umum di negeri-negeri tersebut.
E- menghidupkan masjid dengan amalan 24 jam dan mengirimkan jemaah-jemaah dakwah keseluruh dunia.


Jawapan 5

Sila rujuk kepada guru-guru yang mursyid. Atau boleh baca kitab-kitab sirah Nabi atau Hayatus Sahabah.

*Panduan menjawab soalan 5.
Jawapan hendaklah dibuat dengan keimanan yang kuat terhadap apa yang datang dari Allah dan RasulNya.

Wallahua'lam..



Selamat menyambut Aidil Adha. Ambik iktibar dari semangat pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim a.s. Bukan setakat korban binatang je, tapi yang lebih penting pengorbanan di dalam menyebarkan agama sehingga sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang yang kering kontang..

Sekian, wassalam..

20 comments:

  1. salam.Saya cadangkan Bro Ajukan soalan ini dalam Blog Nik Aziz atau Blog Azizan Razak MB Kedah.

    Hanya mereka-mereka yang mursyid saja dapat mengupasnya.

    Kerana mereka pemimpin-pemimpin yang berusaha bersama DAP untuk mengujudkan Negara Islam.

    Apapun tahniah diatas soalan yang ajukan.

    Wassallam

    ReplyDelete
  2. Aku,Pasbuih Dan Siamang,
    Benar tuan. Hanya guru-guru mursyid yang boleh jawab soalan ni.. dan kena jawab depan Allah nanti..

    Kita sebagai pengikut kena perlu doa sungguh-sungguh supaya Allah tunjukkan kita jalan yang benar..

    Dan semoga Allah terima niat ikhlas kita dalam memperjuangankan Islam tercinta..

    ReplyDelete
  3. Semoga tuan sekeluarga dilindungi Allah SWT....

    berkenaan soalan no 4 tu aku pun ada tambahan lagi;
    perlukah sejadah imam sehingga 2-3 lapis + kapet tebal atau tilam empuk?

    ReplyDelete
  4. Hasbullah Salih,
    Mungkin perlu sebab bila lepas solat, kalau imam mengantuk boleh terus landing kat situ..

    Tapi tidur dalam masjid kena niat iktikaf dulu..

    Atau mungkin terdapat bisul pada dahi imam yang menyebabkan sakit kalau sujud atas karpet yang keras..

    ReplyDelete
  5. hehe mantop jawapang mung...

    teringat kisah nabi tidur berlapikkan pelepah daun kering hingga berbirat bekas di belakang badan nabi... isk

    ReplyDelete
  6. Banyak cakap n ceramah pada masa kini hanya halwa telinga saja. To move the work is 0..(zero)
    Kita kata, kita buat kerja betul tapi betulkah apa yg kita buat??Contoh..Dalam solat ada rukun begitu juga dalam ibadat yg lain. Kalau kita tak buat ikut rukun/tertib adakah sah?Likewise for real holy an effort we should follow the rule...Wallahua'lam

    ReplyDelete
  7. salam,

    Kitab Hayatus Sahabah(Maulana Yusuf), dah diterjemah ke dlm Bahasa Melayu? Bila agaknya berada di pasaran?

    ReplyDelete
  8. Hasbullah Salih,
    Jawapang yang diberikang tak dapat dinafikang..

    Zamri Bin Aziz & Hafez Duzak,
    Tunjukilah kami jalan yang lurus.
    Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

    subblogger,
    Dlm BM x tau.. tapi dalam bahasa Indonesia ada nampak 2 jilid.. jilid ke 3 x perasan pulak..

    ReplyDelete
  9. Azhar,

    isteri dah sihat ke......cuba lagi....

    sometimes awak ni kelakar....like your style

    nanti saya jual teka teki tu kat member member

    ReplyDelete
  10. Waduh, ni belalang punya soalan...nomber 4 tu, rasanya sebab selain solat jumaat, hanya saf pertama biasanya ada jemaah bersolat, menyebabkan terpaksa letak double carpet, kalau tidak carpet saf pertama warnanya season/kabur lebih cepat dari saf yang lain.


    Takziah buat keguguran anak Azhar,semoga Allah merahmati ahliah Azhar dan juga seluruh keluarga Azhar. Ahlia saya masuk 3 bulan,doakan....

    ReplyDelete
  11. jawapan kepada karpet...

    duit masjid banyak tak tau nak buat apa, jadi beli karpet untuk tambah hias.

    Ataupun, karpet asal kat bawah tu kalau kotor, koyak etc susah nak angkut untuk ganti/basuh tapi bila ada sejadah kerja lebih mudah.

    ReplyDelete
  12. Abu Ikhlas,
    Alhamdulillah dah sihat.. cuba lagi? Favourite aku tuh..

    zarzh,
    Bukan apa.. kadang-kadang karpet tambahan tu jadi sebab saf tak lurus..

    Ok.. selamat menimang cahaya mata lagi..

    Abang Ben,
    duit masjid banyak? betul jugak.. masjid kat tempat aku hias mehrab dan buat mimbar baru, makan RM100,000.

    Bagi kat aku RM100,000 boleh buat madrasah satu..

    ReplyDelete
  13. selamat menyambut aidiladha,
    mujahadah perasaan, mujahadah paling tinggi...
    bayangkan Nabi Ibrahim AS dah tua takde anak, dapat anak tentu lah terlalu sayang dan lepas dapat anak, Allah perintahkan untuk sembelih pulak anak baginda.
    mujahadah perasaan...
    bila dah besar sikit, Allah uji lagi, suruh tinggalkan anak yg masih bayi tu di tengah2 padang pasir kering kontang takde apa2 bersama ibunya Siti Hajar...
    mujahadah perasaan...
    mujahadah perasaan paling tinggi beb... kita tak faham.
    orang yg keluar di jalan Allah, tinggalkan anak isteri sebentar tentu rasa sekelumit mujahadah perasaan...
    di zaman ni, itu pun dah kira tinggiii..
    semoga Allah terima tuan, keluarga tuan dan dan saya (yg baru nak blaja2) dan keluarga saya dan seluruh umat seluruh alam.

    ReplyDelete
  14. ziarah76,
    Aku paling sedey bila bab Nabi Ibrahim minta pada Allah untuk ziarah keluarganya di mekah. Allah izin tapi dengan syarat tengok aje, tak boleh turun dari unta.

    Siti Hajar basuh kaki Nabi Ibrahim masa baginda di atas unta. Kemudian baginda pun pergi..

    hu..hu.. sedey.. orang sekarang lebih sedey tengok citer Nur Kasih dari citer pengorbanan Nabi Ibrahim..

    ReplyDelete
  15. salam eiduladha buat tuan blog,pembaca,dan pengkomen.
    terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  16. Laman Koleksi Hidayah (LKH),
    Terima kasih sudi menyinggah dan memfollow.. (sori la bahasa rojak).

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum bang

    hainur hapis lagi ni

    blog idup balik

    slmt kunjung

    www.hainur.com


    semoga meraka beroleh hidayah
    termasuk sy juga Insya Allah

    ReplyDelete
  18. Hainur Hapis,
    W'salam.. ok, dah ziarah.. TK.

    ReplyDelete
  19. bijak otak tuan.. otak karkun mmang cmni ea?..hbat allah taala cipta otak..hehe..

    ReplyDelete
  20. alifzikri;
    sebab tu la zombi kg pisang suka makan otak..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...