Sunday, November 15, 2009

Minggu Lepas..

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah..

07/11/2009 @ 6 ptg - Ke masjid Bandar Baru Sri Petaling.

08/11/2009 @ 9.30 pagi - mendaftar diri untuk keluar 7 hari. Jemaah terdiri dari 6 orang awam yang nak keluar 7 hari berserta 9 orang pelajar UNITEN Bangi yang nak keluar 10 hari. Diputus keluar ke kawasan Subang. Salah sorang pelajar UNITEN tu blogger jugak.. aisey..

Masjid 1.
Mimbar masjid.
Mimbar masjid zaman Nabi ada 3 anak tangga dari depan.


Peringatan yang lembut.

Peringatan yang keras : DILARANG tidur di dewan solat.
Peringatan yang lebih lembut : Terima kasih kerana tidak tidur di dewan solat TANPA BERNIAT IKTIKAF.
Peringatan yang lebih patut : Terima kasih kerana tidak tidur di RUMAH SEDANGKAN ORANG SEDANG BERSOLAT DI DEWAN SOLAT MASJID.


Masjid 2.

Majlis bacaan hadis bermula jam 10 pagi.


12/11/2009 - Aku khidmat masak.

Dapur.

Menu hari ini..
Tengahari - Kari ikan tongkol
Petang - Teh Pakistan & biskut lemak
Malam - More oleh pihak masjid. (Khamis malam Jumaat ada bacaan Yaasin)
Pagi esok - Nasi Goreng pelbagai lauk & teh Pakistan

Cara-cara penyediaan Kari Ikan Tongkol.
Minyak masak dipanaskan. (sikit je.. kolestrol!)
Masukkan 7 biji bawang besar yang telah dipotong. (10 biji lagi elok)
Kacau hingga agak berkuah. (Err.. santan tak main la..)
Masukkan rempah kari DAGING + sedikit rempah asam pedas.
Air ½ periuk.
Bila kuah dah sebati, masukkan garam (kurang masin x pe, jangan terlebih masin..)
Masukkan ikan 2½ kg yang dah dipotong-potong.
Kemudian masukkan kentang ½ kg yang dipotong dua dan tak dibuang kulit.
(patutnya masukkan tomato.. tapi tu menu korang. Ni menu aku..)
Zikir banyak-banyak.. dan tunggu masakan selesai..

*Nasi kena masak lebih.. budak-budak biasanya kuat makan..
*Sediakan juga garam, kicap manis dan cili padi. (untuk side effect..)


Benda-benda yang selalu ada dalam poket.

14/11/2009 @ 2 petang - balik ke Masjid Sri Petaling. Pelajar-pelajar UNITEN tu stay lagi sebab diorang keluar 10 hari.

15/11/2009 @ 9 pagi.
Pi nengok anak perempuan aku kat madrasah di Sri Petaling dan anak lelaki aku di Dengkil. Bawak diorang picnic kat Paya Indah Wet Land.


Indahnya ciptaan Allah.

Ni pun keindahan makhluk ciptaan Allah.

Anak-anak aku bergambar dengan gaya bebas.

2 perempuan berpurdah membincangkan masalah ummat.
(macam ada benda pelik je pada gambar nih..)

23 comments:

  1. doa ye untuk aku, yang jauh tapi dekat...

    ReplyDelete
  2. wah...best!abg bila nak keluar tempat saya?hehe...papepun,semuanya ts sbb pilihan Allah

    ReplyDelete
  3. aku baru tangguh.
    gambar last tu, talam & kotak tu sama je susunnya ye...

    ReplyDelete
  4. 15/11/09 @ saya nampak tuan kat sri petaling, nampak saya x? ustadz hamid bagi bayan...
    "yakin kepada usaha agama" huhu~

    ReplyDelete
  5. azhar,

    rindulah sebab lama dah tak kuar...huhuhuhuh. Doalah untuk saya ok....... markas pun dah bertahun tak pegi....

    ReplyDelete
  6. Aslmkm..

    Papantanda jangan tido dalam masjid: seangkatanla dengan papantanda "tiada panggilan sepenting seruan Illahi".. Xpa.. Dorang tak kasi tidur dalam masjid ja.. i'tikaf dorang kasi i.Allah..

    Gamba landskap dapur pilihan hati amir ta'am: Tetiba bro azhar menunjukkan bakat terpendamnya memasak kari ikan tongkol.. tinggi punya fikir..

    hm.. seterusnya gamba sugi, minyak wangi dengan tasbih pulak.. tanda empunya diri bersih dan wangi luar dan dalam..

    gamba dengan famili: moga Allah limpahi keberkatan ke atas ahli keluarga tuan.. :-)

    ReplyDelete
  7. yeaaa gua nak balik Malaysia... rindu malam Markaz!

    ReplyDelete
  8. ismadiyusuf,
    ok, insyaAllah.. dekat di hati..

    iqbalsyarie,
    Damansara ngan Kepong x le jauh mana.. kalau ada rezeki ok je..

    ziarah76,
    ok.. kau la pemenang teka gambar..

    sepohonkayu,
    Ooo.. yang ada lubang kat hidung tu? Prasan jugak.. he.. he.. Saya ada record bayan tuh..

    Abu Ikhlas,
    Kurang-kurang sebulan sekali mau jejak kaki itu masjid Sri Petaling..

    Ishak Zaini,
    Wah.. komen detail punye.. Penulis blog ni masih belajar.. Banyak lagi perkara yang nak diusahakan..

    Abang Ben,
    Selamat kembali ke Malaysia. Berapa tan barang lu angkut masuk kargo?

    ReplyDelete
  9. satu lg masjid bukit subang ke tu?

    ReplyDelete
  10. All Praise is due to Allah the Almighty...

    ReplyDelete
  11. patutlah tak nampak tuan di sri petaling minggu lepas.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum abg, bila kita leh jumpa kt S.P?


    ni blog baru sy : http://hainur83.blogspot.com/

    blog lama, cuma di beri nafas baru dgn izin Allah, Alhamdulillah

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  13. Terkesan tgk gambar anak2 tuan. Bakal2 daie daieah, hafiz hafizah & alim alimah. doa untuk anak saya juga.

    ReplyDelete
  14. sy teringin n suka pakai purdah

    tp...

    d0akan sy yg terbaik

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah bini aku bagi green light kuar 40 ari bulan depan. first time ni. xsabar rasanya.

    ReplyDelete
  16. Aku dah 3 bulan berturut2 tak keluar 3 hari. Iman kamzur.

    InsyaAllah, sabtu aku keluar keluar 40hari.. nak kena betulkan balik fikir yang dah lari ni...

    Doa karo...

    ReplyDelete
  17. aliashraf,
    Ya tuan.. Bukit Subang. Yang mula-mula tu Subang Perdana.

    Zamri Bin Aziz,
    Allahu akbar..

    Tujuh Kaki Dalam,
    Aku ada la masa malam markas.. Kau duduk tujuh kaki dalam.. memang tak nampak aku. Cuba duduk tujuh kaki atas..

    ابن زين الرمباوي,
    Maha Suci Allah..

    hainur hapis,
    Selalu iktikaf kat belah kanan masjid..
    Selalu tak makan malam..
    Selalu tidur sebelum lampu dipadamkan..

    Ummu Fatimah,
    Semata-mata rahmat dari Allah.. Tanpa usaha dakwah, tak tahu la apa nak jadi dengan kami..

    Grave Members,
    Niat yang baik, insyaAllah dimudahkan..

    *Err.. berapa yuran nak jadi Grave Members?

    Hasbullah Salih,
    Isteri dah green light.. Kau jangan buat-buat red light pulak..

    TaminDhari,
    Adusss.. kira hattrick dah nih.. Banyakkan taubat dan istighfar..

    Laailaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin.. (300x sehari).

    Dengan zikir ni, Allah lepaskan Nabi Yunus as dari 3 kegelapan (malam, perut ikan dan laut). Elders kata kalau kita amal zikir nih, Allah lepaskan kita dari cengkaman dunia..

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum

    tolong doakan saya yang smakin hari smakin lemah ini..
    :(

    *saya pernah menyapa tuan sewaktu tuan keluar akhir ramadhan di serdang jaya

    ReplyDelete
  19. MASDO,
    Kau ke manusia yang sama-sama buka puasa tuh..

    ReplyDelete
  20. dalam gambar last 2 apa yg pelik nye?? hehe

    ReplyDelete
  21. CkgU NaM,
    Cuba tengok betul2..

    Gambar kotak yang berisi dulang tu.. ada 2 yang sama..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...