Sunday, April 13, 2014

Salam Dari Delhi, India part 3

Perlu ada rasa takut pada nikmat yang diberi Allah seperti mana kita takut kepada dosa-dosa yang kita telah lakukan.. kerana.. kalau kita tak mensyukuri dan menghargai nikmat tersebut, maka Allah akan memberikan laknatNya kepada kita dan memberi nikmat tersebut kepada orang lain..

*nikmat yang paling besar yang diberi Allah kepada umat ini adalah nikmat buat kerja kenabian.. orang kafir Quraish di Mekah tidak mensyukuri nikmat Nabi diutus dari kalangan bangsa mereka sehingga Allah telah ambil kerja dari orang Ansar Madinah.. walaupun orang Mekah terdiri dari golongan bangsawan dan hartawan sedangkan orang Madinah adalah dari golongan petani yang miskin..

*******

Hari ke 56 di benua India.. sadis.. 2 bulan khidmat di Banglawali masjid kesannya macam keluar 4 bulan.. aku rasa macam tu le.. dan kengkawan khidmat yang lain pun ada yang cakap macam tu..

Balik dari Nepal, aku terus sambung kerja-kerja di bahagian pembuatan visa Bangladesh.. tak boleh nak lari ke bahagian lain dah.. kengkawan Indonesia sangat kurang yang boleh berbahasa Inggeris.. duduk je la kat sini.. taat mesyuarat..

opis aku..

28 Mac, syura Hj Abdullah Chong & Hj Maiden datang untuk ziarah keluarga Maulana Zubair.. Hj Aziz Hasbi pun ada sama.. esoknya Maulana Hamzah pulak datang.. maulana peluk aku punya kuat sampai berderap-derap tulang belakang aku.. mungkin nak transfer aura kesungguhan kerja agama.. dan semoga tak transfer aura lain yang dirisaukan oleh ahlia aku.. ahaks..

dan aku dapat tahu Hj abdul Wahab sab dari Pakistan juga baru sampai di Banglawali Masjid..

Dalam masa khidmat ni, boleh keluar tashkil untuk 10-15 hari.. tu pun bergantung kepada mesyuarat sebab kena tengok sape yang boleh ganti tugas.. aku cadang nak keluar 10 hari pada 4 atau 5 April.. jadi lepas balik dari 10 hari boleh relak-relak kat markas 2-3 hari sebelum tangguh ke Malaysia tercinta pada 17 April..

amalan istiqamah sblm solat subuh.. ngopi dulu dgn roti bakar..
Tapi kita merancang sedangkan Allah lah menentukan.. pada 30 Mac, satu jemaah dari Malaysia telah dibentuk dan amir India pun dah siap.. route ke daerah Mewat.. bila dicari-cari ahli jemaah, rupanya dah keluar tashkil awal lagi.. kesilapan dari jemaah tashkil yang buat senarai nama-nama mereka 2 kali.. jadi diberikan kepada jemaah khidmat melayu untuk memenuhi takaza ni.. pada masa tu jemaah khidmat pun tengah ramai.. jadi 8 orang termasuk aku ditashkil keluar ke Mewat.. huhu.. gembiranya..

31 Mac, kami gerak ke Nagina, daerah Mewat.. lepas subuh aku sempat bermusafahah dengan Hj Abdul Wahab sab.. perjalanan ke Mewat ambik masa 2½ jam, naik van khas dari Mewat.. jemaah memang mantap le insyaAllah.. semua orang dah pengalaman 4 bulan.. kemudian ada 2 orang adik beradik dari Madras yang baru habis belajar engineering, dimasukkan dalam jemaah kami.. cuma ada masalah sket.. amir sab kurang fasih Inggeris.. kengkawan Indonesia apatah lagi.. yang 2 orang Madras tu pulak hanya boleh Tamil dan Inggeris.. bahasa Urdu diorang tak fasih.. huhu.. tapi kerja tetap jalan..

masjid Mewat..
dalam masjid..
Sifat orang Mewat adalah terlalu memuliakan tetamu.. aku rasa ni la sebab yang besar, Allah jadikan mereka orang-orang yang awal dalam usaha dakwah akhir zaman.. setiap mereka ingin bersalaman dengan kita.. mereka ingin menjamu kita.. mereka sentiasa ingin berkhidmat kepada kita.. permintaan kita untuk dikeluarkan jemaah tunai, mereka tak akan hampakan walaupun mereka dalam kekurangan.. inilah sifat-sifat orang Ansar Madinah yang ada pada mereka.. aku tersekima..

rumah Mewat.
anak-anak Mewat membeli jajan..



Azan Mewat 3



Solat Subuh Mewat

Kami buat usaha di 4 masjid.. 2 di kawasan pekan dan 2 di kawasan kampung.. masa pindah dari pekan ke kampung, jemaah naik lori..

memuat barang dan orang..
enjoy the ride..
TROM = The Real Otai Mewati..

Orang yang khidmat markas, kalau dapat keluar macam ni memang la best sesangat.. dapat gash.. taklim.. makan pun best.. tidur lagi best.. orang Mewat akan hidangkan chai (teh) panas 4-5 kali sehari.. naik kembung la pulak..

orang sini biasa je minum air perigi.. aku dah try seteguk dua..
"lemak berkrim dan disukai ramai.. "
mungkin sebab lokasinya sebelah jamban..
perigi sebelah kolam..
Buffalo Soldier..
sumber daging, susu dan bahan api..
ni bukan biskut raya tapi bahan bakar dari taik kerbau..
adalah sebesar pinggan.. longgokan yang kat depan tu belum diproses..
proses pakai tangan macam buat roti.. lepas tu jemur dulu..
bila dah kering jadi bahan bakar berbagai resipi.. menambah aroma terhadap masakan..

9 April.. akhirnya jemaah tangguh dari Mewat dengan rasa berat hati..

van khas ke Mewat..
hari ni 13 April.. hari-hari akhir di Banglawali Masjid.. sedih dan gembira nak balik.. sementara masih ada peluang ni, korang cepat-cepatlah datang khidmat kat sini.. semoga Allah terima kita semua..

*******



20140331 Bayan Subuh Maulana Saad 1-4

20140331 Bayan Subuh Maulana Saad 2-4

20140331 Bayan Subuh Maulana Saad 3-4

20140331 Bayan Subuh Maulana Saad 4-4






Insuran & Road Tax Online


6 comments:

  1. saya azam untuk khidmat......

    ReplyDelete
  2. masyallah tuan, Allah qabul firma

    ReplyDelete
  3. masyaAllah, rindunya...
    Allah qabul farma...

    ReplyDelete
  4. Pepatah sabah bgithu..berak dulu baru masak..ade try x kat sane

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde can nak masak.. yg boleh amal adalah "berak dulu baru makan" saje..

      Delete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...