Sunday, March 23, 2014

Salam Dari Delhi, India part 2



*******

no amanat aku..
Hari ni genap 35 hari aku di Bangle Wale Masjid.. masa bergerak pantas..

Aku datang sini berempat dengan Pak Cu Bentong, Cikgu Roslani Kelang & Prof. Sapuan UPM pada 17 Februari lepas.. kami semua khidmat dua bulan kecuali Prof. Sapuan yang datang khidmat sebulan dan habiskan 10 hari lagi di Bagladesh.. orang-orang Malaysia yang lain masih tak muncul lagi.. orang-orang khidmat dari Indonesia pergi dan balik silih berganti..

Oleh sebab aku bercampur dengan kengkawan dari Indonesia, maka sikit sebanyak aku kena cakap bahasa Indonesia supaya memudahkan perhubungan.. terjemahan-terjemahan bayan juga banyak dibuat di dalam bahasa Indonesia oleh ustaz-ustaz mereka.. cuma ada beberapa bahasa Indonesia yang kurang cocok dengan orang Malaysia..
  1. jangan menganggap spele perkara itu..
    (jangan ambil mudah perkara itu..)
  2. gampang sahaja mereka melakukannya..
    (mudah saja mereka melakukannya..)
  3. mereka saling membutuhkan di antara satu dengan yang lain..
    (mereka saling memerlukan di antara satu dengan yang lain..)
  4. pantat, punggung dan kepala hendaklah rata ketika merokok..
    (punggung, belakang dan kepala hendaklah rata ketika rukuk..)
11 Mac 2014.. aku ke Aligarh Universiti sebab temankan Prof. Sapuan.. dia dijemput untuk beri lecture dan disamping tu dia nak jumpa kawan-kawan lamanya.. train yang dijadual pada 2.10ptg hanya tiba pada 6.50ptg.. perghh.. janggut pun tumbuh janggut.. lepas tu train slow sebab beri laluan pada train lain semasa perjalanan.. akhirnya sampai Aligarh pada 11.30mlm.. kami dijemput dari situ dan di bawa ke bilik tetamu univeriti.. lepas solat & makan, kami pengsan sampai subuh..

Alhamdulillah dapat subuh berjemaah.. lepas tu sambung pengsan hingga dipanggil sarapan pada 9.30pagi.. kemudian kami ke universiti dan leture diberi lebih kurang 45 minit.. aku lepak je dengar.. ada la 30 orang student yang hadir..
persiapan terakhir sebelum kelas bermula..
Masa balik tak sanggup naik train.. sewa kereta sebab perjalanan 140km je.. tapi perjalanan tak berapa elok.. kul 1tgh gerak, kul 6ptg baru sampai.. tu pun tayar meletup dua kali.. kali pertama boleh la tukar tayar spare.. kali kedua masa dah masuk Delhi.. kami tinggalkan je drebar tu dan naik auto (motor roda tiga) dan balik ke Nizamuddin..

memula tayar belakang..
lepas tu tayar depan lak..

please "Blow Horny.."

Visa India bagi rakyat Malaysia sekarang ni diberi 6 bulan multiple entri tapi boleh duk 30 hari saja setiap kali masuk.. jadi sebelum cukup 30 hari kami kena keluar dari India dan kemudian masuk semula.. negara yang dicadang oleh markas adalah Nepal.. jadi kami bertiga ke Nepal dan Prof. Sapuan habiskan masa di Bangladesh.. visa Nepal dibuat di Delhi dan harga lebih kurang RM80..

16 Mac 2014.. perjalanan ke Nepal.. 5.15ptg.. keretapi bergerak seperti dijadualkan.. aku demam disepanjang perjalanan.. tidur aje la.. lagi pun kami ambik klas sleeper AC.. lebih kurang RM120 pergi balik.. perjalanan ambik masa 24 jam dari Delhi ke Raxaul untuk 960km.. lembab kan? sebab berenti banyak kali..

Sampai di Raxaul kami bertiga naik tangga hingga ke pejabat imigrasen India.. lepas tu sambung naik tangga yang sama hingga ke imigresen Nepal.. lepas tu naik tangga lagi hingga ke markas di Birgunj.. total jarak dari stesen ke markas dalam 5km saje dan harga sewa tangga lebih kurang RM11.. alhamdulillah takde masalah di imigresen.. semua setel dalam sejam..

tangga a.k.a. kete kuda.. ahaks..
Malam tu kami di markas saja.. sebenarnya dalam perjalan dari stesen tadi, jemaah kami telah dihendap oleh sepasukan tentera.. sampai saja di markas, tentera-tentera dalam bilangan yang besar itu telah menyerang kami sehingga kami telah menumpahkan darah di jalan Allah.. akhir orang tempatan mencadangkan kami membeli kelambu.. kelambu nya sama design dengan Kelambu Tabligh yang ada kat Malaysia.. huhu..

RM25 sahaja..
agak lebar dan sesuai untuk Malam Pengantin Baru..
Esoknya kami dikeluarkan ke satu masjid berhampiran.. malam tu datang lagi 5 orang Malaysia dan malam berikutnya lagi 3 orang.. kami 3 hari sahaja di situ dan makan minum kami ditaja sepenuhnya oleh orang tempatan.. orang tempatan di sini seperti orang India dan berbahasa Urdu..

21 Mac 2014.. kami semua 11 orang Malaysia balik India..

11 penumpang + barang..
2 duk sebelah drebar.. 8 duk dalam.. 1 lagi berdiri kat belakang..
ada brani?
imigresen Nepal..
pintu gerbang Nepal-India..
imigresen India..
Sesuatu telah berlaku dalam perjalanan balik.. hanya aku saja yang ada no sleeper di coach AC.. tu pun kongsi dengan sorang India.. dua lagi kawan aku langsung xde no sleeper.. kengkawan yang 8 orang lagi di coach lain senasib dengan aku.. perjalanan awal ok je.. sampai la ke waktu zohor, bila tain berenti kat bandar Gorukhpur, keadaan berubah.. ramai sangat orang naik.. jadi member aku yang dua orang tu dah xde tempat.. bila tanya kenapa jadi camni sebab kami dah beli tiket.. rupanya ada raya kat India minggu lepas dan sekarang diorang sume nak balik Delhi..

sleeper 55.. ada dua nama.. giler ahh..
Jadi sebagai penyelesaian maasalah kami (sila pilih satu jawapan yang korang rasa sesuai..);

  1. kami telah menghumban penumpang India yang kongsi sleeper tu ke luar train.. dan kami bertiga duduk di sleeper tu dengan boringnya..
  2. kami telah memukul penumpang India tu hingga lebam dan menyorokannya di bawah sleeper.. dan kami bertiga duduk di sleeper tu dengan boringnya..
  3. pegawai train telah menukar penumpang India tersebut ke sleeper yang lain.. dan kami bertiga duduk di sleeper tu dengan boringnya..
dan kami tidur duduk sepanjang malam.. baru betul tidur-tidur ayam.. kepakaran tidur di dalam taklim dan bayan, kami gunakan sepenuhnya.. 22 Mac 2014, 10.40pagi.. kami tiba di Delhi..

23 Mac 2014.. masih penat.. tapi sempat update blog.. ahaks..

*******







Insuran & Road Tax Online


6 comments:

  1. Heheheheee...terbaeeeeek..!!! wa tabek cama looo... :P

    ReplyDelete
  2. hohoho, ajiblah bang Azhar punya karguzri...
    rindu pulak nak naik kereta api India :D

    ReplyDelete
  3. Insyaa ALLAH segala susah payah tuan ALLAH jadikan asbab hidayat untuk umat seluruh alam dan pahala yg besor... amin

    ReplyDelete
  4. Bile di rumah pun, tentera2 tu mmg selalu menyerang hendap tuan azhar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah ada satu nyamuk besar.. ahaks..

      Delete
  5. syeikh... kalau sampai karnataka.. roger
    I`m there

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...