Friday, April 22, 2011

Perhimpunan Orang Pekak Islam Malaysia


InsyaAllah satu ceramah agama Islam bagi Orang Pekak bertajuk 'Usaha Atas Iman & Amal' akan diadakan. Ceramah ini bertujuan agar golongan Orang Pekak juga dapat mempertingkatkan tahap agama Islam di dalam kehidupan mereka. 

Antara perkara yang akan disampaikan adalah bagaimana Orang Pekak tidak terkecuali dari mentaati Allah dan mengikuti cara hidup Rasulullah dan seterusnya mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Ceramah akan disampaikan dalam bahasa isyarat.

Tarikh1 Mei 2011 (ahad)
Masa9.00 pagi - 1.00 tengahari
TempatMasjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling
(lihat peta)
JemputanOrang Pekak Lelaki Seluruh Malaysia
Pertanyaan
(sms)
Farid 017-2049942
Badrulzaman 019-6068524
Mat Rofi 017-6724691

* Makanan tengahari disediakan. Tiada bayaran dikenakan untuk ceramah dan makanan. Boleh juga datang awal dari petang 30 April & bermalam di masjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling.


************************

Kepada golongan Orang Pekak.. datang lah ye.. Yang tak pekak tapi nak bawak kawan² orang pekak pun boleh datang sama.. Orang tak pekak tapi suka memekak tak yah la datang..

Salah satu ceramah dengan terjemahan kepada orang pekak di sebuah surau di Perak..



Jemaah dakwah orang pekak dari Pakistan yang datang ke Malaysia pada Disember 2006..



Laporan usaha dakwah kepada orang pekak..
http://azharjaafar313.blogspot.com/2010/03/nibukanceritaakutapiakucopy-part2.html



4 comments:

  1. Di marhalah aku ada 2 keluarga yg berbahasa isyarat...azam nak bawa ketua keluarganya ke Jord ini insyaALLAH swt....

    Orang-orang pekak juga adalah "mukallaf"...kita hari nie meminggirkan mereka...Ya ALLAH swt ampunkan kami...

    ReplyDelete
  2. skrg,ramai yg celik tapi buta hati,ada yang dengar,tapi buat2 pekak,ada yg boleh ,tapi buat2 bisu...

    ramai mcm nie x luar sana...

    ReplyDelete
  3. Abu Abdurrahman;
    kat tempat aku byk lampu isyarat aje..

    Anak Pendang Sekeluarga;
    buat² belajar & belajar² buat..

    ReplyDelete
  4. terkesan dengan mereka yang membuat usaha ke atas golongan ini di halqah pasir gudang, semoga Allah swt merahmati mereka dan kita semua.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...