Tuesday, April 19, 2011

Dari Ummat Kepada Ummat



~ Pertanyaan Dari Seorang Ummat..

Dakwah yang dibuat oleh Tabligh ni baik dan satu sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebenarnya. Ianya usaha murni disaat tidak ramai lagi orang islam mahu buat dakwah.

Tapi yang saya tidak bersetuju sangat dan tidak akan sokong Tabligh kerana mereka meninggalkan MENCEGAH KEMUNGKARAN. Dakwah sahaja buat tetapi mencegah kemungkaran ditinggalkan. Kenapa ambil sebahagian sahaja tetapi meninggalkan sebahagian yang lain?

Kenapa? Takut diambil tindakan oleh pemerintah ke?

Kenapa? Supaya gerakan Tabligh ini mudah dan tidak la banyak sangat halangan jika dilakukan kerja Mencegah kemungkaran (banyak pihak yang marah) nanti.

Kenapa? Supaya masyarakt tidak marah kepada Tabligh... kerana jika Tabligh melakukan mencegah kemungkaran.. akan berlaku pertembungan dengan kelompok tertentu. Kenapa takut?

Banyak kegiatan maksiat dalam negara. Tetapi Tabligh mengambil sikap tidak masuk campur. Hanya Dakwah tetapi tidak mencegah.

Konsert artis Barat ke, Disko bercambah disana sini, kedai Judi Internet ke, Sistem Riba dalam negara (pengikut Tabligh pun terpaksa guna sistem ni), Pembaziran dalam pemerintahan Kerajaan ke.. banyak sungguh kesilapan dan dosa berlegar disekeliling kita.

Tetapi Kenapa Tabligh tidak mahu campur akan hal seperti ini?

Rock It Baby..


~ Jawapan dari seorang ummat yang lain..

Ish ish tak habis lagi ka isu Tabligh ni...

kepada pembuka thread aku nak bagitau isu ini tidak akan berkesudahan jika masing-masing nampak aib saudara sendiri... yang aku tau la orang Tabligh ni x suka berbahas... mereka lebih suka bermuzakarah...

dan satu lagi..

yang betul betul buat Tabligh tak akan ada di forum alam maya ni.. mereka suka di alam realiti jumpa manusia...


~ Perasaan seorang ummat yang ada blog & facebook..

adooiii.. terkena aku.. huhu..

Terima kasih la encik Mohamad Zamri Ibrahim.. err.. bila nak tutup akaun fb tu?

hampeh..
*tulisan ni aku tambah pada 24 April 2011.. mula² aku malas nak jawab persoalan di atas sebab benda ni dah  umum.. rupa²nya masih ada manusia yang belum baligh walaupun muka dah macam orang menopause..

~apa mungkar yang paling besar? Syirik kpd Allah, tinggalkan sunnah & tinggalkan solat.. Soalan pertama dalam kubur adalah siapa rabb kita & siapa Nabi kita.. dan soalan pertama di mahsyar adalah berkenaan solat..

~apa kerja orang yang korang anggap orang Tabligh selalu buat? Ajak beriman kepada Allah, hidupkan sunnah Nabi & ajak orang solat.. dan bukan ke dengan mengajak kepada tiga kebaikan ni akan mencegah dari tiga kemungkaran tu..



31 comments:

  1. Assalam, tuan yang mulia,
    salam taaruf. Gelemer sahabat ana tu..kat sekolah kita orang panggil Z je. (josh mamat tu)
    jazakallah khair

    ReplyDelete
  2. Tabligh = Dakwah = Menyampaikan = Sifat Nabi saw

    ReplyDelete
  3. Asas pada Dakwah kata Ulama adalah Amar Maaruf...sebab dlm Quran ALLAH sebut amar maaruf dulu lepas tu baru nahi anil mungkar...nahi anil munkar bersyarat...ada 3 Level;

    1. Ubah ngan tangan
    2. Ubah ngan Lisan
    3. Ubah ngan Hati (doa2 sungguh2 dan risau dlm hati sampai pembuat mungkar itu berubah)

    Bukan x yah buat, kena buat tp bersyarat mengikut kemampuan iman masing2....

    Amar maaruf bersyarat tp sangat ringan...."sampaikan dr aku walau satu ayat"...
    semua org mampu...

    Aku teringat ada orang "accused" org dakwah tabligh nie x buat nahi anil mungkar...maulana ilyas rah. kata "tuan jangan cakap mcm tue....kami buat tp kami berada pada level ke-3 ubah ngan hati...jika tuan mampu ubah ngan tangan itu sangat baik....

    ajak pd kebaikan...apa itu kebaikan???ajak pi makan ke?

    ajak kebaikan = ajak taat printah ALLAH swt dan jauhkan diri dr larangan ALLAH swt @ amal agama

    Jika cara hidup 24jam kita adalah amalan agama maka kita akan terselamat dr kemungkaran....

    waLLHu'alam...

    ReplyDelete
  4. mafhum hadith lebih kurang ;

    "barangsiapa mengubah dengan tangan dia adalah mukmin, barangsiapa mengubah dengan lisan dia adalah mukmin dan barangsiapa mengubah dengan hati dia adalah mukmin"

    Dlm mengubah kemungkaran ada adab2 yg perlu ditik beratkan supaya ianya memberi manfaat kepada yg berdakwah dan yg didakwahkan......tue kena belajar ngan alim ulama....

    Maksud dr dakwah adalah utk menyatukan ummat dalam agama, bentuk kasih sayang bukan kebencian etc....

    waLLAHu'alam

    ReplyDelete
  5. Salam... betul tu apa yg tuan Nukilkan...kalau betul2, Buat Tabligh, takde mase nak ketik2 keyboard n tatap skrin komputer ni,
    NaK tanyer...aper hukumnyer Ber IT ...

    ReplyDelete
  6. asslamualaikum sahabat...
    dakwah Tabligh usaha tingkatkan iman..tingkatnya iman individu maka automatik individu tu rasa kasih sayang..kasih sayang pada allah & rasul...maka berusahalah individu itu untuk menyelamatkan family dari api neraka..so,perkara ini akan berterusan kepada jiran..masyarakat dan seluruh alam..bila semua dah ada usaha atas iman..maka terbenamlah yang mungkar..hebat kerja nabi dan sahabat..xnk try ke? untung byk lg2 kalo ad downline..hehe..bergurau sambil dakwah..

    ReplyDelete
  7. maaf terpanjang.

    Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  8. salam,
    pendapat sy yg lemah ini, soalan begini bukan baru tp sejak dulu dilemparkan oleh org yg tak faham kpd usaha tabligh.
    Hingga sy pernah jumpa si fulan yg pernah bertanya soalan ini, tp hari ini istiqamah dalam usaha. Tergelak dia bila mengingatkan semula soalan zaman jahiliyah dia. Allah yg bolak balikkan hati manusia.
    Dlm al-Quran ada menyatakan bahawa sesungguhnya solat itu mencegah fahsa dan mungkar.
    Maknanya solat (iaitu perbuatan maaruf) akan mencegah seseorang melakukan keji dan mungkar.
    Nabi s.a.w pernah ditanya sahabat bagaimana seorang tu bersolat tetapi dia mencuri.
    Nabi s.a.w menjawab suatu hari solatnya akan mencegahnya drpd mencuri.
    Jadi, perbuatan mengajak kpd maaruf sebenarnya mencegah juga kpd mungkar juga. Ini adalah hikmah yg tinggi, apabila lambat laun perbuatan mungkar ditinggalkan sendiri oleh perlakunya selepas mendapat solat yg betul kerana sifat ketaatan dlm solat dibawa ke luar solat (hidupan harian). Solat yg betul adalah ikut cara nabi, yg fardu berjemaah di masjid. Ini hikmah yg besar.
    Sbb itu kita lihat orang terlibat dlm tabligh begitu menjaga solat (yg mana memang sepatutnya semua orang Islam perlu begitu), namun dgn kesungguhan menjaga solat tu akan mencegah kemungkaran bukan shj dlm diri tetapi juga masyarakat, jika tidak sekarang insya-Allah akan datang bila hakikat solat masuk ke dalam diri, yg mana dgn perantaraan 2 rakaat solat, Allah selesaikan masalah seperti yg berlaku kpd sahabat r.hum yg mana jika kita tergolong di kalangan orang yg mengikuti sahabat r.hum dgn ihsan, adalah satu keberuntungan yg besar.
    Sbb itu, 6 perkara sifat sahabat yg ditekankan, bukan setakat dpt mengajak maaruf mencegah mungkar bahkah ia mudah-mudahan mendapat redha Allah. Kerana 6 sifat adalah untuk mencontohi golongan yg Allah redha dan mereka redha kepada Allah. Mudah-mudahan dgn mengikuti golongan diredhai, kita yg mengikut juga diredhai Allah. Insya-Allah, mudah-mudahan.

    Kalau jawab guna logik akal, mungkin kita boleh katakan, jika seorang yg liat bersolat diajak kpd solat pukul 7.30 mlm (contohnya), bolehkah anggota badannya merempit, head banging, merompak pada 7.30 mlm itu juga? Sudah tentu tidak? Maknanya, dia sudah tercegah dari melakukan maksiat dosa kerana ajakkan kpd maaruf tadi utk bbrpa ketika. Bayangkan jika dia sendiri melakukan kerja mengajak tadi?

    rujuk ustaz alim ulama, sy bukan ustaz.
    tp rasanya jawapan spt atas skali tu sy pernah dgr ustaz sri petaling cakap.

    ReplyDelete
  9. amar makruf , nahi mungkar

    makruf : mengajak meyakini ALLAH,
    mengajak ittiba' cara RASULLLAH

    mungkar : mencegah dari mensyirikkan ALLAH,
    mencegah dari ikut cara kehidupan
    yahudi/nasoro


    dlm ayat mengubah dgn tangan, lisan, hati

    itu "MENGUBAH"

    Maknanya kemungkaran DAH BERLAKU maka kita kena ubah


    dalam ayat "MENCEGAH"

    Mencegah ni kena SELALU DILAKUKAN

    (aku da tak igt ayat dia mcm mana)


    sbagai cth, polis meronda, padahal xde jenayah

    inilah mencegah

    org nmpk, org takut


    tp bila dah jadi, cth ada org berjudi


    maka ayat "mengubah dgn tangan/lisan/hati mengambil tempat



    [[ ni masa aku kuar 40hari baru ni, amir sab aku yg bagitau, dia ngajar sri ptlg, dulu duk slyg, skang merbok sepak, sg buloh,

    nama dia UTZ AKRAM ]]

    ReplyDelete
  10. UTZ AKRAM BGTAU :

    mencegah dan mengubah ni lain


    mcm kebakaran dah berlaku
    lalu kita ubah dgn tangan(amik air)
    lisan(jerit mintak tolong)
    hati(kita tak bersetuju dgn perkara tu)

    cegah:

    elakkan bhn mudah terbakar dgn gas
    atau bahan api,
    pastikan wiring umah dlm keadaan baik.

    mcm tu la

    WA ALLAH HU ALAM

    ReplyDelete
  11. err... abg azhar, apa kaitan gambar Tom Araya of Slayer kat dlm post ni?? hahaha
    moga moga Allah s.w.t bagi hidayat kat saya dan umat... termasuklaa SLayer,Megadeth etc (",)

    ReplyDelete
  12. Itu soalan org jahil murakab....hahahhaha
    dan aku dah agak dh..soalan itu mesti dtg dari org politik...

    sebab aku pernah tanya soalan yg sama....

    tabligh oh tabligh ,memang nasib ko la,
    manusia memandang hina,tapi ko mulia di sisi Allah...

    ReplyDelete
  13. istiqbal;
    wei.. tu ada 5 budak dtg masjid pakai seluar pendek.. ko istiqbal dah sediakan kain?

    mhafiz_ydin;
    tapi kakak kat opis lama aku kata
    Tabligh = Tak Balik = Terbalik..

    Abu Abdurrahman;
    uih.. josh tuh.. jom kita gi german/swiss lagi..

    anas;
    hukumnya.. err.. sebat ngan keyboard 18 kali..

    azrulismail;
    yeaahh.. majulah sukan untuk negara..

    Ziarah76;
    ok la.. panjang & lebar..

    hainur hapis;
    perghh.. dah jadi anak murid ustaz Akram.. ko kena belajar astronomi ngan dia.. ahli falak tuh..

    scorps@lowyat.net;
    dia tu peminat aku..

    Anak Pendang Sekeluarga;
    politik? getik..

    ReplyDelete
  14. azharjaafar,

    Boleh, InsyaALLAH swt! azam negara jauh tahun depan(2012)...tahun nie azam 2B JLN KAKI...

    ReplyDelete
  15. Abu Abdurrahman;
    umur dah 30 ek.. cepat masa berlalu..

    ReplyDelete
  16. azharjaafar;

    Yup!dah 7 tahun berlalu.....rugi kalau masa hidup di dunia dihabiskan dgn perkara yg lalai,maksiat etc...hidup hanya sekali...baki hidup aku azam guna utk cari pengampunan,keredhaan ALLAH swt....

    ReplyDelete
  17. Amin Ya Rabbal Alamin.. Moga ALLAH terima smua INSYA ALLAH.

    ALLAH QABUL FARMAE

    ReplyDelete
  18. Cegah Mungkar ada sinonim dengan Ammar Makruf
    Dalam masa ajak orang jaga solah kita dah cegah orang tinggal solah

    Berapa banyak rockers dah jadi karkun.. Manusia tertarik pada agama bila org cakap lemah lembut dan baik pada mereka.

    Kemungkaran terbesar tinggal IMAN, kedua tinggal SOLAH.. rasanya berdakwah ajak pada iman & solah serta amal dah merangkumi sebahagian besar keperluan ummat.

    Dengan solah tercegahlah mungkar mcm Allah bgtau.. Cegah batil & kegelapan dengan cahaya..amal baik.. kalau sama cegah batil dengan demonstrasi bawak sepanduk sampai bila pun tak berganjak batil..sbb bukan cara nabi bawak sepanduk dan demo..

    Waullahu'alam.

    ReplyDelete
  19. Nie ada khutbah jumaat K.H Uzairon At-Taufury (ulama dr Jawa Timur,Indonesia)

    Link;
    http://muhammadulfatih.blogspot.com/2011/04/khutbah-jumaat-sheikh-uzairon-at.html

    Dengar dan fahami....

    ReplyDelete
  20. ash;
    ish ish ish.. ush..

    Abu Abdurrahman;
    makaseyyy...

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Pengembara Lara;
    WHY this post has been removed by the author?

    Pengembara Lara has left a new comment on your post "Dari Ummat Kepada Ummat":

    Assalamualaikum,

    Alhamdulillah saya pernah mendengarnya dari beberapa alim ulamak di Seri Petaling dalam bayan mereka mengenainya.

    Lebih kurang maksudnya:

    "Salah faham dan kejahilan umat pada ketika ini adalah meletakkan dan menyamakan segala kelebihan-kelabihan atau fadilat-fadilat yang dikurniakan Allah dalam pembelajaran ilmu ugama dengan pembelajaran kemahiran dan pengetahuan dunia."

    Orang ramai akan bertanya:

    "Kalau begitu belajar kemahiran dan pengetahuan dunia tidak mendapat apa-apa? Ada sahabat dan sahabiah belajar perubatan, falak dan lain-lain. Apa mereka tidak dpt apa-apa? Dan perlukah tidak belajar semua perkara dunia tersebut?"

    Jawapan dari kefahaman saya yg lemah setelah mendengar bayan-bayan mengenainya:

    Mempelajari kemahiran, pertukangan dan pengetahuan dunia juga sangat penting. Jikakan tidak mengapa Allah memerintahkan kita untuk bertanya dari orang yang mengetahui jika kita tidak tahu.

    Kemahiran dunia hanyalah suatu kemudahan. Sekiranya dikaitkan dengan ugama maka ianya dikira KHIDMAT dan IKRAM. Maka ganjaran yg berbeza juga diberikan untuk perkara tersebut.

    Kelebihan ILMU dan KHIDMAT adalah jauh berbeza. Ilmu adalah sesuatu yg membantu kita menjawab persoalan kubur (dari bayan ulamak di Seri Petaling).

    Sekali lagi secara umumnya tidaklah boleh menyamakan kelebihan-kelebihan dan ganjaran-ganjaran yang wujud didalam hadith-hadith dan ayat-ayat Al-Quran terhadap orang yang berilmu (dan mempelajarinya) dengan petukang, pakar dan pemahir dunia(dan yang mempelajarinya).

    Juga perlu difahami bahawa ILMU itu bukanlah HANYA berkaitan tajwid, feqah, tauhid, solat, haji, puasa dan seumpamanya. Bahkan ilmu itu meliputi kepada perkara yang lebih luas termasuk IMANIAT, IBADIAT, MUAMALAT, MU'ASYARAT dan AKHLAQIAT dengan ruang lingkup yang diperintahkan Allah dan Sunnah Nabi S.A.W.

    Sekiranya ada kesilapan silalah tegur.

    Maaflah panjang berjela pulak...

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yakin dgn ada kuasa baru Islam menang adalah syirik..

      Delete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x mungkin hudud ditegakkn dgn jln selain hudud.. taubatlah..

      Delete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. demokrasi adalah sebahagian sekular.. jangan sombong..

      Delete
  26. Jundullah,

    kamu membuat kesimpulan bukan di atas disiplin ilmu yg baik...

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...