Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Thursday, October 15, 2009
Padang
Sorang member aku terima sms dari Padang, Sumatera. Walaupun ada beberapa perkataannya yang aku tak faham tapi insyaAllah maksud keseluruhan sms tu adalah untuk dihantar jemaah segera ke tempatnya.
"Sy sedang di padang, kt baru akan siapkan posko2, silahkan kirim jemaah, tafakut sempurna, bawa alat khitmad sendiri, kalau mau bawa sumbangan sebaiknya dlm bentuk uang tunai, krn jemaah2 akan dikirim ke desa2 yg hancur, akses jalan masih rusak, desa2 yg tenggelam adalah desa yg usir jemaah, kerja dkwh lemah di padang dan sktrnya, doa wass. yusof."
2 jemaah 40 hari dah siap dari masjid Sri Petaling...
Tak cukup.
Kita bukan untuk Melayu.
Kita bukan untuk Malaysia.
Jangan sempitkan skop kerja kita!
(walaupun aku tau korang suka menyempit..)
Kita adalah umat yang dihantar untuk seluruh manusia.
Siapa kata nih? Check Quran..
Pergi sana bukan nak agih-agihkan makanan atau pakaian..
Bukan nak bagi rawatan kedoktoran..
Bukan nak nengok-nengok dan ambik gambar..
(adusss.. terkena batang hidung sendiri. Tu yang aku suka buat).
Bukan nak ajak; "pangkahlah kami dalam pilihanraya akan datang..."
Tapi nak buat ni.
Bila lagi?