Thursday, February 12, 2009

Ijtimak Malaysia 2009 - beberapa pesanan

la neige à paris


Dalam ijtimak di Tongi, elders telah beri beberapa pesanan untuk Malaysia berkenaan ijtimak pada 9, 10, 11 & 12 Julai 2009.
  • Semua orang lama diminta keluar 4 bulan sebelum ijtimak dan 40 hari selepas ijtimak atau sekurang2nya 40 hari sebelum ijtimak dan 4 bulan selepas ijtimak.
  • Ijtimak seperti hujan lebat. Tanah perlu digemburkan sebelum hujan supaya hujan yang turun dapat dimanfaatkan. Jika tanah tak disediakan, air tak dapat diserap ke bumi dan mengalir ke tempat lain dengan sia2 sahaja.
  • Jika kita tidak menyempurnakan tujuan ijtimak, fitnah yang besar akan melanda umat. Umat akan sangka agama ini hanyalah kumpul ramai2 dan mendengar ceramah kemudian bersurai tanpa sebarang amal dibuat.
  • Orang yang bekerja dengan majikan kena mohon cuti. Jika cuti tak lulus, buat rayuan. Jika tak dapat juga kena tambah masa di masjid sendiri. Balik dari pejabat terus ke masjid. Sediakan orang kampung pada amalan agama. Hidupkan masjid 24 jam dengan 4 amalan masjid Nabawi. Lewat malam baru baik ke rumah.
  • Sediakan isteri dan anak2 dengan fikir yang sama. Rumah2 perlu hidup dengan amalan masjid.
  • Sebaik2nya orang yang hadir ijtimak telah dikeluarkan 3 hari supaya dapat menjaga amal semasa ijtimak.
  • JANGAN kata ini ijtimak dunia tapi kata ini ijtimak Malaysia.
  • JANGAN sebut nama2 elders yang akan hadir secara khusus. Ini akan menyulitkan kedatangan mereka nanti.
  • JANGAN kata ratusan ribu akan datang, tapi kata ramai dijangka hadir.
  • Elders kata kerja untuk ijtimak perlu 500 batu maju kehadapan tapi iklan/propaganda mengenainya perlu 500 batu kebelakang.

Tambahan;
  1. Satu jemaah 4bulan dari Kuala Lumpur telah siap dan diluluskan untuk keluar ke Turki, akhir bulan ni.
  2. Satu jemaah lagi seramai 8 orang, juga dari Kuala Lumpur telah siap untuk keluar pada Mac ini. Route dicadangkan ke Perancis tetapi belum mendapat kelulusan Bangawali Masjid, Nizamuddin. (2Mac09-jemaah ini telah diputuskan untuk keluar di Netherlands)

InsyaAllah dan wallahua'lam.


Tambahan pada 17 Feb 2009;
Komen oleh Karkun Johor.

Assalamulaikum rakan2 seusaha,

Sempena ijtimak Malaysia yg akan diadakan pd 9 - 12hb Julai 2009, eldest kita telah beri nasihat kpd org M'sia semasa di Ijtimak Thongi.

Pesanan eldest ialah supaya jemaah dikeluarkan sebyk mungkin SEBELUM ijtimak. Jemaah yg keluar di jln Allah sebelum ijtimak adalah 'roh' dan 'nyawa' kpd ijtimak dan jemaah yg keluar selepas ijtimak hanyalah 'kecantikan' kpd ijtimak.

Kalau rakan2 seusaha (karkun) buat keputusan utk keluar selepas ijtimak, ummat (org awam) akan faham bhw maksud ijtimak ialah utk kumpulkan orang ramai dan dengar bayan (ceramah). Tetapi kalau karkun buat keputusan utk keluar sebelum ijtimak, Allah akan bagi faham kpd org awam bhw maksud ijtimak ialah utk keluar jln Allah dan buat usaha dakwah.

Jadi, sama2lah kita keluar sebelum ijtimak. Doakan saya utk keluar 4 bulan BBNJ sebelum ijtimak. Amin...

13 comments:

  1. mohon di izinkan copy sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. Tuan azhar, saya mohon tuan perbanyakkan lagi input dalam blog tuan mengenai ijtima' dan kerja.

    Kerana,

    1. Menaikkan jazbah saya.
    2. Memberi input yang berguna untuk gerak kerja saya.

    saya balik Malaysia May 10 to August 24.

    ReplyDelete
  3. mohamad,
    InsyaAllah. Doa saya keluar 4 bulan pada 8 Mac dan balik pada ijtimak. InsyaAllah jumpa di sana.. di sana..

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum rakan2 seusaha,

    Sempena ijtimak Malaysia yg akan diadakan pd 9 - 12hb Julai 2009, eldest kita telah beri nasihat kpd org M'sia semasa di Ijtimak Thongi.

    Pesanan eldest ialah supaya jemaah dikeluarkan sebyk mungkin SEBELUM ijtimak. Jemaah yg keluar di jln Allah sebelum ijtimak adalah 'roh' dan 'nyawa' kpd ijtimak dan jemaah yg keluar selepas ijtimak hanyalah 'kecantikan' kpd ijtimak.

    Kalau rakan2 seusaha (karkun) buat keputusan utk keluar selepas ijtimak, ummat (org awam) akan faham bhw maksud ijtimak ialah utk kumpulkan orang ramai dan dengar bayan (ceramah). Tetapi kalau karkun buat keputusan utk keluar sebelum ijtimak, Allah akan bagi faham kpd org awam bhw maksud ijtimak ialah utk keluar jln Allah dan buat usaha dakwah.

    Jadi, sama2lah kita keluar sebelum ijtimak. Doakan saya utk keluar 4 bulan BBNJ sebelum ijtimak. Amin...

    ReplyDelete
  5. karkun johor,
    Aku quot komen kau ni..

    ReplyDelete
  6. Salam sdr,

    Boleh kongsikan lebih lanjut persiapan untuk masturat bg ijtimak kali ini?

    Jazakallahu khayrn

    ReplyDelete
  7. Salam akhi..

    akhi..ana mintak izin utk copy ya..:)

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum

    dekat mana lokasi ijtimak pada 9, 10, 11 & 12 Julai 2009. ya syeikh

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam wbt

    mohd ismail,

    lokasi ijtima' di kawasan lapang berhadapan masjid kuarters klia nilai, kalo drp roundabout masjid klia amik simpang ke lcct / F1, terus je sampai jumpa traffic light simpang F1 masuk kiri ke arah bandar enstek, ade signboard kecik papan tanda ijtima' ikut je insya ALlah sampai..

    Nazly

    ReplyDelete
  10. kroit dok dekat sini, kelompok 17, depan kelompok je ijtimaknya, meriah sungguh semasa solat jumaat semalam.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..
    tuan, boleh kongsikan sedikit
    karkuzari ijtima'
    teringin pergi tapi tak cuti lg mase tu..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...