Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Wednesday, December 03, 2008
Kekal Selamanya
Dunia tak dapat sempurnakan segala hajat manusia tetapi di akhirat segala hajat akan disempurnakan. Allah cipta manusia untuk kekal selamanya. Manusia yang cinta dunia takut untuk mati dan bimbang didatangi kematian. Orang beriman cinta untuk mati untuk kekal hidup di akhirat. Orang yang impikan syurga perlu mati dalam keadaan beriman kepada Allah.
Di syurga manusia akan dapat isteri banyak, makan banyak, harta banyak. Di syurga ada sungai susu, sungai madu dan sungai arak. Makanan di dunia akan jadi tahi tetapi makanan di syurga akan jadi peluh yang harum. Makan di dalam syurga tak akan kenyang tetapi makanan yang dimakan bertambah sedap.
Allah hantar para Nabi untuk tunjuk kepada manusia cara mengamalkan agama. Oleh itu kena buat usaha untuk mati di dalam iman dan amal yang sempurna kepada Allah. Usaha yang dibuat perlulah bertepatan dengan cara Nabi. Kena ikut cara Nabi 100% walaupun akal tak dapat terima.
Oleh itu kita kena lapangkan masa untuk buat usaha sempurnakan iman dan amal sebelum mati. Masalahnya kita dah mula usaha ke belum? Atau sekurang-kurangnya ada fikir untuk buat usaha? Untuk dunia yang akan ditinggalkan kita dah banyak buat pengorbanan. Saat kematian semakin hampir. Semua harta benda dan anak pinak yang kita usaha akan jadi milik orang lain sejurus nyawa tercabut dari badan. Apa yang tinggal sebagai bekalan? Iman dan amal soleh... yang sempurna!
hurm...
ReplyDeleteterlupa sejenak pasal amalan...
astaghfirullah
ringkas dan padat tp bermakna. tq menulis satu peringatan.
ReplyDeletesalam...doakan saya dapat mencapai impian pi umrah tahun depan k...
ReplyDeleteالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ReplyDeleteSELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN.
MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH
MARDHOTILLAH
:-)
manusia rumit;
ReplyDeleteTu sebab kena selalu beri peringatan terutama kepada diri sendiri.
intan rh;
Banyakkan ingat maut.
burung belatuk;
Amin. InsyaAllah diterima. Kirim salam pada Nabi SAW.
pendekar;
Terima kasih. Aku dah tulis dalam entry baru.