Wednesday, November 26, 2008

Hargailah Isteri Anda

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan izin Allah... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut kendur atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu jugak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami..
Offer lah pada suami,
Nabi bersabda lebih kurang maskudnya: bersama dgn isteri itu pahala..
jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

28 comments:

  1. ini macam bayan masturat oleh masturat jugak nih... InsyAllah saya dan isteri azam utk keluar 10 hari pastu 40 hari masturat...

    ReplyDelete
  2. Salam..
    N3 yg baik..
    minta izin nak copy letak blog saya. Biar semua org boleh kongsi bersama.
    Saya pun dah lama tak keluar masturat. Yg terakhir keluar ke india 40 hari 1997 dan nusrah jemaah malaysia ke pakistan thn 2004. InsyaALLAH azam nak sambut takazar ke negara2 jauh. Doakan saya disini semoga ALLAH permudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..saya azam Masturat December nih.. tapi 3H je :)

    ReplyDelete
  4. tak sangka sungguh..melahirkan anak ni banyak manfaatnya..nak jadi ibu juga...

    ReplyDelete
  5. masturat? First dan terakhir keluar 3 hari beberapa tahun lepas... lepas tu anak silih berganti lahir dan tak berkesempatan. InsyaAllah azam!

    Anak dah sihat bro?

    ReplyDelete
  6. Lama tak jawab komen. Kelam kabut sikit.

    Mutakalim;
    Aku doakan kau cepat keluar 40 hari. Amin.

    Kittun;
    Tak sangka. Karkun rupanya...

    Erman;
    Ok. Jangan tangguh2.

    Manusia Rumit;
    InsyaAllah jadi ibu yang baik.

    Tujuh Kaki Dalam;
    Manusia Rumit belum ada suami! (dia sekolah lagi)

    Abang Ben;
    Selalunya itulah masalah karkun produktif. Sama lah kita.

    Anak aku dah bertambah sihat InsyaAllah, tapi tak boleh balik lagi. Jadi aku bergilir2 jaga dengan isteri dan anak perempuan aku. Doa. Esok nak keluar 3 hari. Dah suntuk nih...

    ReplyDelete
  7. n3 yang sangat2 baik..mekasih333 for sharing..

    ReplyDelete
  8. Salam Alaykum Tuan!!

    MInta izin copy entry tuan..sangat berkesan untuk isteri dan bakal isteri tu..

    ReplyDelete
  9. salam.....

    terima kasih ingatkan, tanpa hawa siapalah adam......

    tapi aku belom kawin lagi...

    hoohhohoo

    ReplyDelete
  10. Itulah kelebihan seorang wanita yang bergelar ibu dan isteri.

    Kita wajib menghargai mereka.

    ReplyDelete
  11. Salam. Saya sungguh tertarik dengan 'Hargai Isteri Anda' lalu menyinggah. Amat terharu dengan pesanan anda yang membuat saya lebih berusaha untuk menjadi isteri yang baik.Insyallah.

    ReplyDelete
  12. erm...entry yg amat bermanfaat...

    ucaplaj "kullu la ilaha illallah tuflihun"

    nak dakwah jga...lalall~

    ReplyDelete
  13. terharu.. nak jadi isteri dan ibu juga! insyaAllah..

    ReplyDelete
  14. Cendawanintim;
    Syukur pada Allah. Alhamdulillah.

    Ihya;
    Copy lah. Tak ada masalah. Ramai-ramai boleh kongsi.

    Pendekar;
    Pendekar bujang lapok ke kau nih? Coobaa-aan...

    Mountweller;
    Setiap ciptaan Allah ada kelebihan tersendiri. Subhanallah.

    NaniRostam;
    Yes.. Jadi isteri dan ibu yang baik.

    RatuSalju;
    Dakwah maksud umat ni dihantar.

    Nur Solehah;
    Aku doakan kau jadi isteri dan ibu seperti sahabiah.

    ReplyDelete
  15. bagusnya!nk baca untuk isteri,semoga dia faham dan bagi aku keluar.insya'Allah.hehehehe..
    :)

    ReplyDelete
  16. erm..aku pulak teringin nak dapat suami karkun...tapi takk kesampaian nampaknya....

    ReplyDelete
  17. Cik limaumanis,
    Doa sungguh2 pada Allah supaya Allah pilih kau dapat guna seluruh diri dan harta buat usaha dakwah, ajak manusia kepada Allah.

    Kalau kita mahu, memang Allah akan tunaikan sebab inilah maksud Allah hantar kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW.

    Samada dapat suami karkun atau tak, itu bukan masalah. Allah akan buka jalan.

    ReplyDelete
  18. salam,
    tersentuh dengan N3 ni, nak mintak izin copy N3 ni bole x,nak bubuh kat blog saya,supaya kawan2 yang lain bole bace,xkire yg dah kawin ataupun belum

    ReplyDelete
  19. 10ton mind;
    copy je la. Aku tak ambik royalty. Don't worry..

    ReplyDelete
  20. mekasih...terharu saya baca...benda camni byk mengajar saya ..

    mekasih berkongsi info

    ReplyDelete
  21. CiNTaKeSyUrGa,
    kesatlah air matamu.. nah tisu...

    ReplyDelete
  22. Minta izin copy & paste di blog saya.

    Semoga usaha kita semua jadi asbab hidayat tersebar seluruh alam.

    ReplyDelete
  23. suka sgt entri nih.. sy copy ye, minta di halalkan..

    ReplyDelete
  24. sesapa nak copy boleh copy.. nak kopi je yang x boleh..

    ReplyDelete
  25. hahahaha... aku pun nak copy n edit sikit ler.....

    ReplyDelete
  26. copy jangan lupa link sekali..hehe

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...