Friday, October 31, 2008

Nak Kawin Sorang Lagi

Jangan tokojut! Baca dulu cerita dia...
Email ni aku terima beberapa bulan yang lepas.
Kalau rajin baca, baca lah. Aku tak paksa.

******************************************************************

> -----Original Message-----
> From: Blah.. blah... blah...
> Sent: Wednesday, July 16, 2008 10:02 AM
> To: Blah.. blah... blah...; Blah.. blah... blah...; Blah.. blah... blah...;
> Blah.. blah... blah...; Blah.. blah... blah...; Blah.. blah... blah...;
> Blah.. blah... blah...; Blah.. blah... blah...; Blah.. blah... blah...;
> Subject: FW: Luahan Hati Lelaki yang dibenarkan berkahwin sorang > lagi!!!
>
> Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering
> mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life
> starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata
> isteriku.
>
Menung nampak?

> Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih-
> sengih aje lah I at that time.
> 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak
> nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'
> Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.
> Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
> Sebab apa ?
> Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan
> anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.
> Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I
> tentu asyik teringatkan my first wife..
> Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I
> kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan
> segala gala nya lah.
> Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV,
> teh atau kopi manis macam mana, hobi apa,
> sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman
> umur 20-an dulu ...
> Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam.
> Ye lah dia muda, I kan dah tua.
> Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah,
> sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ...
> Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau
> kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.
> Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung
> kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling
> korok pun mesti nak Honda atau Toyota
> Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak
> bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
> Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun
> sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ...
> terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.
> Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik.
> Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
> Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua
> tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu
> ...
> Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari...
> hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...
> Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang
> ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi
> liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin
> baru.
> Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
> Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak
> mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu
> kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari
> anak-anak.
> Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (
> kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia
> menguruskan anak-anak)
> Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan
> sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik
> terkini dan juga kehidupan mereka.
> Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi
> baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
> Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu
> seronok. Paling lama setahun-dua.
> Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan
> isteri pertama dulu-dulu.
> Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping
> beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri
> muda buat semua tu.
> Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.
> Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ....... lagi haru ...
> Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita
> nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu
> nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu
> ini.
> Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan
> mata,buat kita dah tak senang duduk.
> Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni
> lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
> Hish banyak lah lagi.
> Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua
> nih silakanlah.
> Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah.
> Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
> Tapi sekadar menurutkan "nafsu" tu rasanya tak pernah kurang pun layanan
> isteri pertama terhadap I.
> Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.
> Bukannya yang di dalam kepala.
> Bukannya di dalam seluar dalam je.
> Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah
> senang dari mula.
> Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita
> juga, cuai dan mengabaikannya). Apa pun semuanya bermula dengan kita.
> Insaflah.
> Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau
> isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain
> pun terlambat atau terlepas.
> Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang
> meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
> Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan.
> Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri
> yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
> Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
> Apa sangatlah kita nih.
> Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
> Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab
> menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.
> Wallahualam.
> - suami orang-

********************************************************


Amacam?

Teringat kisah Nabi SAW yang hanya bernikah 2 dan seterusnya selepas kematian isterinya yang pertama, Khadijah ra. Lagi kisah Ali ra yang minta kawin kedua semasa Fatimah ra masih hidup tetapi tak jadi sebab tak disenangi oleh Nabi.

9 comments:

  1. Salaam Bro Azhar,

    1. lelaki diatas mmg tak layak kawen dua (",)
    2. Harus keeeee kawen dgn anak dara umo 22?

    Apa apahal pun, ana dah pernah ada my own view on poligami. Hehe

    http://taicheeviews.blogspot.com/search/label/Poligami

    ReplyDelete
  2. salam.

    bila sebut pasal nak kawin satu lg, napa mesti cari anak dara? klu dah umo 40, cari la anak dara atau ibu tunggal yang umo nya sesuai dgn kita, jgn plak perasan nak anak dara muda. bkn ke poligami ni bertujuan utk menolong wanita...hehe

    however, suami sy kawin dgn sy masa dia umo 30 thn, selepas dia kawin 6 thn dgn isteri pertama. sgt byk pengalaman suka duka yg sy lalui, menjadikan sy sgt masak tentang poligami :)

    ReplyDelete
  3. salam,
    Ini topic sensitif untuk wanita zaman ni.....

    ReplyDelete
  4. Ha..ha.. memang itu realitinya.Hubby tie sendiri akuinya. Pernah jumpa kes seorang suami, umur dah lanjut, sibuk nak antar anak ke tadika. Sedangkan isteri pertama hidup senang lenang dgn anak2 yang sudah bekerja.

    Ia bermula dengan niat. Jika niat seseorang untuk menambah cawangannya kerana Allah, tentu rezekinya bertambah dan hidupnya lebih manis.

    ReplyDelete
  5. Terus terang ana mengaku, I'm open to polygamy.

    Kalaulah semua lelaki Melayu Islam kita memahami betapa besarnya amanah dan tanggungjawab dia sbg khalifah, bertunjangkan iman dan taqwa dalam rumahtangga kan bagos?

    Lagipon, perempuan sekarang byk yg dah punya pendapatan tinggi, tapi mcm saya, dah tua baya mutakalim (ha'ah kita sebaya, tapi anta dah anak 3!) tapi masih belum berezeki punya suami. Sampai dah tak kisah kalau suami bergaji kecil hatta berpendidikan tak tinggi sekalipon.

    Yg penting,
    IMAN dan TAQWA. Ini yg lebih utama.
    Tapi susah jugak nak cari spesis hampir pupus begini dikalangan lelaki bujang...

    Oh!...
    Rahsia jodoh milik Allah.

    p/s: mutakalim: Tak sensitif pun pada ana, sbb ada jugak famili ana yg berpoligami yg hidup aman damai selepas kena badai tsunami "kejutan" poligami.

    ReplyDelete
  6. Para Pengkomen Semua;
    Poligami adalah halal dalam Islam. Sebelum berpoligami, kena belajar hukam-hakam dulu.

    Baru-baru ni masa keluar 40 hari di Kuala Trengganu, di satu surau ada pengajian agama bab poligami. Antara perkara yang ustaz sebut adalah suami kena berlaku adil. Sehingga kalau beli pasu bunga, semua isteri kena ada pasu bunga yang sama. Kalau tak, boleh tuntut kat akhirat.

    Itu baru bab pasu bunga. Tapi, kalau semua isteri sanggup berlapang dada dan berlebih kurang, dan memafkan atas kekurangan suami, maka suami lepas dari tuntutan.

    Jadi apa pun, kena belajar ilmu dulu dalam apa perkara yang kita nak buat. OK?

    *Peringatan untuk diri sendiri yang selalu lalai.

    ReplyDelete
  7. apsal mana2 gua klik ni topik poligami je ni... huhuhuh...

    ReplyDelete
  8. Abang Ben;
    Takaza bro sekarang. Pompuan ramai dari lelaki. Aku pernah jumpa satu orang kerja driver je tapi bini 4. Aku tanya macamana nak sara? Dia kata kawin dengan pompuan kaya.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...