Monday, October 27, 2008

Hak Suami Ke Atas Duit Isteri

Seorang ustaz menulis;

Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami. Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik, understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan beban kewangan.

Dari itu, understanding dari pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga. Susah senang sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak suami mesti memenuhi segala kewajipan dia. Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga ke syurga. Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam.

Gapo mu nangih?

Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.

Muaz dan abang sepupunya.

Hak Suami Ke Atas Duit Isteri
  1. Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.
  2. Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu. Muafakatlah, kerana ia membawa berkat. Kalau isteri kaya, suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat pendapatan.
Wallaahu'alam.

9 comments:

  1. Oh!! Gitu rupanya..tak tahu pulak. Patut lah, abang ipar tie asyik bergurau, kalau dia nak cari sorang lagi, dia nak cari yang kaya, yang boleh tanggung dia dan keluarga termasuk wife yang sedia ada..kita ketawa je..tapi betul lak, ekk!!

    ReplyDelete
  2. memang kena banyak bermuafakat, bekerjasama dan understanding... baru lah mudah nak mengurus family.. Allahu alam bissawab..

    ReplyDelete
  3. Uhuhu..

    Susah jugak ek.
    Sbb katalah an punya kedudukan yg lebih bagus dari suami asbab bekerja dgn kompeni.

    Kalau kerja sendiri, mesti ana boleh kasi biznes tu pd dia.

    Sekarang ni byknya lelaki baya ana dah beristeri. Yg belum plak, mesti sgt muda dan tak bergaji tinggi (wic i don;t mind)

    Hmm.

    Payah gak nak tackle p'soalan ni. kecuali kalau dpt hasben kaya lagi.

    wamakaru wamakarallah
    wallahu khairul maakirin

    Takpe. Nak panjatkan doa lagi, mintak kat DIa yg Maha Kaya.

    ReplyDelete
  4. Apa pun tindakan kita mesti ada batas dan sempadan.

    Saya relakan isteri bekerja dan saya bagi kebebasan untuk membelanjakan duit pendapatanya.

    Sekiranya dia nak pakai untuk keperluan rumah tangga atau anak-anak itu haknya untuk memberi dan tiada paksaan.

    ReplyDelete
  5. Sekadar pandangan.

    Isu lain yg dipandang ialah kebykkan org perempuan skrg berpelajaran tinggi dan ada kepandaian. Negara memerlukan kepakaran org sebegini utk memajukan org Islam sendiri.

    Jadi bukan sekadar dipandang dari sudut kewangan semata2.

    wallahu 'alam.

    ReplyDelete
  6. Tie;
    Tambah sorang lagi? Kena fikir masak-masak tuh. Sebab, tujuan dan kesan.

    Mutakalim;
    Apa nak buat pun kena mesyuarat. Bila sama-sama setuju, baru boleh buat.

    Taichee~@!;
    Nak amal Islam memang perlu pengorbanan dan latihan dan kesungguhan dan tawakal.

    Kadang-kadang kita mudah mencemuh orang yang tak nak amal Islam sedangkan Islam pada diri sendiri, kita tak ambil peduli.

    Mountdweller;
    Semoga tuan dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah.

    Ibnurosly;
    Satu-satu perkara kita kena ambil kira kesannya dalam jangkamasa panjang. Walaupun 'kebykkan org perempuan skrg berpelajaran tinggi dan ada kepandaian' tapi kesan kepada masyarakat bila perempuan bekerja perlu diambil kira.

    Yang lebih memeningkan bila kaum lelaki ramai-ramai mengangkat wanita jadi pemimpin mereka.

    Apa pun perubahan yang hendak dibuat perlu latihan dan ambil masa. Tidak secara mendadak sebab kita dah terlalu lama 'dijajah' oleh barat.

    Wallahua'lam dan terima kasih kepada semua pengkomen.

    ReplyDelete
  7. mana abg ben? tak mengomen pulak kali ni.. he he

    ReplyDelete
  8. minta izin copy article nk letak dlm blog.

    tq

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...