Wednesday, June 18, 2008

Berbulan Madu Dengan Bidadari

Pada zaman Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam ada seorang sahabat yang bernama Zahid yang berumur 35 tahun namun belum juga menikah. Dia tinggal di suffah masjid Madinah. Ketika sedang memperkilat pedangnya tiba-tiba Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam datang dan mengucapkan salam. Zahid kaku dan menjawabnya agak gugup.

"Wahai saudaraku Zahid….selama ini engkau sendiri saja," Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyapa.

"Allah bersamaku ya Rasulullah," kata Zahid.

"Maksudku kenapa engkau selama ini engkau membujang saja, apakah engkau tidak ingin menikah…," kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Zahid menjawab, "Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan wajahku hodoh, siapa yang mahu akan diriku ya Rasulullah?"

"Asal engkau mahu, itu urusan yang mudah!" kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan pembantunya untuk membuat surat yang isinya adalah melamar kepada wanita yang bernama Zulfah binti Said, anak seorang bangsawan Madinah yang terkenal kaya raya dan terkenal sangat cantik jelita. Akhirnya, surat itu dibawa ke rumah Zahid dan ia diserah sendiri oleh Zahid ke rumah Said. Disebabkan di rumah Said sedang ada tetamu, maka Zahid setelah memberikan salam kemudian memberikan surat tersebut dan diterima di depan rumah Said.

"Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasul yang mulia diberikan untukmu saudaraku."

Said menjawab, "Adalah suatu kehormatan buatku."

Lalu surat itu dibuka dan dibacanya. Ketika membaca surat tersebut, Said agak terperanjat karena tradisi Arab perkawinan yang selama ini biasanya seorang bangsawan harus kawin dengan keturunan bangsawan dan yang kaya harus kawin dengan orang kaya, itulah yang dinamakan SEKUFU.

Akhirnya Said bertanya kepada Zahid, "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?"

Zahid menjawab, "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong…."

Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata, "Wahai ayah, kenapa sedikit tegang terhadap tamu ini…. bukankah lebih baik dijemput masuk?"

"Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang sedang melamar engkau supaya engkau menjadi isterinya," kata ayahnya.

Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis sejadi-jadinya dan berkata, "Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya raya semuanya menginginkan aku, aku tak mau ayah…..!" dan Zulfah merasa dirinya terhina.

Maka Said berkata kepada Zahid, "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak mau…bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada Rasulullah bahawa lamaranmu ditolak."

Mendengar nama Rasul disebut ayahnya, Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, "Wahai ayah, mengapa disebut-sebut nama rasul?"

Akhirnya Said berkata, "Lamaran ke atasmu ini adalah perintah Rasulullah."

Maka Zulfah istighfar beberapa kali dan menyesal atas kelancangan perbuatannya itu dan berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, kenapa sejak tadi ayah tak berkata bahwa yang melamar ini Rasulullah, kalau begitu segera aku harus dinikahkan dengan pemuda ini. Kerena ingat firman Allah dalam Al-Qur'an;
"Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. Kami mendengar, dan kami patuh/taat. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (QS. An Nur 24:Ayat 51)


Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang ke angkasa dan baru kali ini merasakan bahagia yang tiada taranya dan segera melangkah pulang. Sampai di masjid ia bersujud syukur. Rasul yang mulia tersenyum melihat gerak-gerik Zahid yang berbeda dari biasanya.

"Bagaimana Zahid?"

"Alhamdulillah ia diterima ya Rasul," jawab Zahid.

"Sudah ada persiapan?"

Zahid menundukkan kepala sambil berkata, "Ya Rasul, aku tidak memiliki apa-apa."

Akhirnya Rasulullah menyuruhnya pergi ke Abu Bakar, Uthman dan Abdurrahman bin Auf. Setelah mendapatkan wang yang cukup banyak, Zahid pergi ke pasar untuk membeli persiapan perkawinan. Dalam keadaan itu jugalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyeru umat Islam untuk menghadapi kaum kafir yang akan menghancurkan Islam.

Ketika Zahid sampai di masjid, dia melihat kaum Muslimin sudah siap-siap dengan perlengkapan senjata, Zahid bertanya, "Ada apa ini?"

Sahabat menjawab, "Wahai Zahid, hari ini orang kafir akan menghancurkan kita, maka apakah engkau tidak mengetahui?" .

Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata, "Wah jika begitu perlengkapan nikah ini akan aku jual dan akan ku beli kuda yang terbaik."

Para sahabat menasihatinya, "Wahai Zahid, nanti malam kamu berbulan madu, tetapi engkau hendak berperang?"

Zahid menjawab dengan tegas, "Itu tidak mungkin!"

Lalu Zahid menyitir ayat sebagai berikut;
"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu
usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu daripada cintakan Allah dan Rasul-Nya (dengan) berjihad di jalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (QS At Taubah: Ayat 24).

Akhirnya Zahid (Aswad) maju ke medan pertempuran dan mati syahid di jalan Allah.

Rasulullah berkata, "Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang lebih cantik daripada Zulfah."

Lalu Rasulullah membacakan Al-Qur'an;
"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Surah Ali Imran Ayat 169-170).

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya." (Al Baqarah :Ayat 154).

Pada saat itulah para sahabat meneteskan air mata dan Zulfah pun berkata, "Ya Allah, alangkah bahagianya calon suamiku itu, jika aku tidak dapat mendampinginya di dunia, maka izinkanlah aku mendampinginya di akhirat."

6 comments:

  1. hrm....zahid miskin dan tak hensem, kahwen dengan zulfah yang kaya dan sangat cantik. jadi kat sini zahidlah yang bertuah manakala zulfah sanggup berkorban demi nak taat rasulullah. tapi kat sini tak ditulis pulak ganjaran untuk zulfah mcm dijanjikan seorang malaikat (bidadara) di syurga ke...asal utk lelaki je bidadari, lelaki je mesti bidadari, utk pompuan tak penah pulak dijanjikan pasangan selain suaminya. tak fikir ke perasaan perempuan yang dibayangi bidadari mendekati suaminya? tolong la jangan buat wanita rasa syurga tu tak adil dan lebih memihak kesukaan lelaki....pls jangan siarkan cerita satu sisi je...mesti ada yg tulis ganjaran (pasangan selain suami) utk wanita kat syurga sebagaimana lelaki dpt bidadari2 yg selain isterinya..

    ReplyDelete
  2. Hideossle;
    kalau ada cerita macam tu kat kitab, boleh lah kongsi sama..

    ReplyDelete
  3. Redha dengan ketentuaan Allah swt yang Hawa diciptakan untuk memenuhi kesunyian Nabi adam di Surga..Allah Maha adil, bersangka baiklah dengan Allah, pasti ada yang lebih istimewa untuk kaum wanita di surga hingga tidak Allah ceritakan dalam mana mana kitab sekalipun..Astagfirullahalazimm Ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb

    ReplyDelete
  4. Saya ada dengar ustaz cerita, bidadari-bidadari hanyalah sebagai dayang-dayang yang berkhidmat, sedangkan wanita-wanita yang bertaqwa akan menjadi permaisuri di syurga, teman kepada suaminya lelaki yang bertaqwa. Si permaisuri jauh lebih cantik, manis dan anggun berbanding bidadari biasa, dan Allah akan masukkan permaisuri ke dalam syurga lebih awal berbanding suaminya si raja, agar syurga dihiasi sepenuhnya mengikut citarasa si permaisuri sebelum sampainya si raja.

    Dan nikmat yang terbesar didalam syurga ialah melihat zat Allah, dan nikmat ini tentunya untuk lelaki dan juga wanita yang bertaqwa.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. Zahid miskin dan tak hensem, tapi kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad dijalan-Nya, mengatasi segala-galanya, termasuklah keinginan dirinya untuk berkahwin, apatah lagi dgn si gadis perawan yang cantik, bangsawan dan kaya raya, yg perkahwinan ini direstui sendiri oleh Nabi SAW dan para sahabat yg tercinta. Inilah iktibar utk kaum lelaki sepanjang zaman.

    Moga Allah ampunkan kita para lelaki akhir zaman ini.. disebabkan ujian kecil seperti urusan rumahtangga, solat berjemaah banyak kali telah ditinggalkan. Ya Allah, ampunilah kami. Jadikanlah sekelumit taqwa dalam diri Zahid melekat di hati kami, Amin.

    ReplyDelete
  6. Zulfah gadis perawan, cantik, bangsawan dan kaya raya. Tetapi atas taqwanya kepada Allah dan Rasul-Nya, dia bersedia mentaati perintah Rasul SAW, walaupun berkahwin dgn org yang miskin dan hodoh. Inilah ketinggian dan kemuliaan sifat para sahabiah, yg dari rumah-rumah org seperti merekalah, keluarnya para hafiz hafizah, alim alimah dan para da'i yg menghabiskan tenaga, harta benda, umur dan nyawa mereka utk agama Allah Taala.

    Moga Allah ampunkan kita kerana amalan kita masih terlalu jauh berbanding amalan para sahabat dan sahabiah radhiaalahu 'anhum.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...