Sunday, June 22, 2008

Apa Ada Pada Logo?

Apa pendapat kita kalau nampak sorang Islam pakai baju atau guna payung atau lekat stiker berikut kat kereta dia, lepas tu parking dalam kawasan masjid pulak.



Sebagai orang yang mengaku beriman mestilah kita rasa marah, geram, kesal, nak mengamuk, nak tunjuk perasaan, nak boikot, nak tumbuk muka dia dan sebagainya.

Dalam hati kita akan kata, 'teruk bebeno mamat ni, tak de ke logo lain yang dia boleh guna?'

Kemudian kita tahu pulak dia tu kerja kat tempat2 macam tu. Lagi la kita kesal. Macam mana dia bagi anak bini rezeki dari sumber macam tu.

Habis cerita tu... Sambung cerita lain, di hari yang lain...

Apa pulak pendapat kita kalau nampak sorang Islam pakai baju atau guna payung atau lekat stiker berikut kat kereta dia, lepas tu parking dalam kawasan masjid.

Atau dia kerja, atau dia jadi ejen dengan syarikat berikut :




Rasa macam biasa la kan.

Sedangkan Allah dan Rasul istihar perang kepada pengamal2 riba'. Boleh rujuk terjemah Surah Al Baqarah ayat 275 - 281.



الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
275. Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


يَمْحَقُ اللّهُ الْرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ
276. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَآتَوُاْ الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
278. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.


فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ فَأْذَنُواْ بِحَرْبٍ مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ
279. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.


وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
280. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).


وَاتَّقُواْ يَوْماً تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ
281. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

**********************************************************************************

Bukan nak iklan.

Tapi.. lebih kurang macam iklan jugak la.

Paham2 aje la.

Apa2 la.

Ya la.

Sebenarnya hari ni kita ada pilihan. Walaupun belum 100% perfect, tapi boleh la untuk sementara. Perlahan2 bila guna yang halal atau hampir halal, Allah akan beri yang lebih baik, yang lebih halal, insyaAllah.

Emm.. tepuk dada tanya iman. Apa ada pada logo?

  • Insuran Kereta / Motorsikal
  • Cukai Jalan (roadtax) dihantar ke tangan anda.



"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman." al Baqarah 278

5 comments:

  1. terima kasih atas peringatan.

    Kalau pakai baju IRON MAIDEN camana lak?

    ReplyDelete
  2. Baju Iron Maiden aku tak tahu la, kena tanya ustaz.. Kalau tulis Pasaraya Mydin boleh la.

    Dulu masa sekolah aku ada satu beg hitam sandang gambar Iron Maiden beli kat Pudu Raya. Tak silap aku ada tulis KILL kat situ. Lepas tu beg tu kena cilok masa aku gi latihan kadet kat sekolah. Buku sekolah je tinggal, beg dah lesap.

    ReplyDelete
  3. KILLERS kot... tu album kedua IRON MAIDEN.

    ReplyDelete
  4. Astagfirullahalzim..camno gan hub saya yang keje kat bank konvesional ya,huhuhu

    ReplyDelete
  5. siti raudhah;
    minta kerja kat bank islam, bank rakyat atau yg seangkatannya..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...