Wednesday, March 31, 2010

Siri Bercakap Pasal Jin

AMARAN! Sebelum meneruskan pembacaan entri ini, pastikan anda adalah seorang yang tidak takut kepada makhluk.. hanya takut kepada Allah. Jika anda seorang penakut kepada hantu, momok, jembalang, mambang, jin dan yang seumpamanya.. sila ajak kawan2 lain membaca bersama2 anda.. Jika anda berdegil juga untuk membaca entri ini berseorangan diri, pastikan anda telah berwuduk, menulis sedikit wasiat dan mengucap kalimah tauhid..

~Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat-rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya.

7 jin dari UK

 "Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak macam ditiup angin. Datuk diam bertafakur.

"Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk.

"Tidak," jawab datuk dengan berani.

"Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku."

"Aku sudah meminta kebenaran."

"Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak-gerak.

"Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi." Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya.

"Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak-gerak...

Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan-lahan percakapan itu bertukar kepada pertarungan kebatinan. Kemampuan dan kekuatan datuk benar-benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan urat-urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus membasahi seluruh badan.

Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk bertekad untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuk senyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus mengucapkan begini :

Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi

melemang………

Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa pangkal belikatnya keras macam batu. Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru ilmu batinnya, serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : "Kalau aku kalah, aku rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu."


Zaassss....


~heh..heh.. rilek.. jangan suspen tahap gaban takut.. acah je. Petikan kat atas aku ambik dari buku Siri Bercakap Dengan Jin tulisan Tamar Jalis. Masa sekolah dulu aku suka baca buku nih.. Patutla BM dapat 7. Lepas tu susah nak masuk mana2 IPT.. heh.. heh.. sekali lagi.. Sebenarnya dah takdir Allah gitu.. asbab tu aku keje cepat, 'kenal dunia' cepat dan ehem.. ehem.. kawen cepat.. tu yang best..

Amacam? Aku agak dah korang ni spesis penakut gak.. Sama macam aku.. (tau x pe).

Berbalik pada tajuk entri.. Ahlia (isteri) aku tanya pasal qarin.. Aku pun membuat sedikit pengeksplainan (jangan marah dengan gaya bahasa aku, maklumlah BM dapat 7..) dari apa yang dengar dari para ustaz.. Tapi nampak macam tak puas hati je.. jadi aku search kat google.. jumpa pulak article nih.. Disebabkan aku rasa korang yang baca blog ni suka cerita pasal jin (mungkin ada darah keturunan jin), jadi aku kongsirayakan kongsikan kat sini..

Otaaak.. otaaak.. otaaak..

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Katakanlah sahaja, 'aku beriman kepada apa-apa yang datang dari Allah dan RasulNya..'

Wallahua'lam..

Wakil Malaysia dalam Zombielympics 2011

*sejak kecik aku memang selalu dihimpit oleh jin.. kadang2 dalam seminggu sampai dua tiga kali.. Tapi sejak aku buat usaha agama ni kurang sikit.. mungkin jin tu pun dah taubat dan dah sama2 keluar buat usaha agama..

Kat rumah aku ni dulu, ada satu sudut tu yang pada perasaan aku ada banyak jin.. tempat tu jarang dipakai oleh kami sekeluarga.. Mula2 aku tak ambik kisah.. tapi lama2 aku rasa jin tu makin banyak. Jadi aku bagi tempoh 3 hari untuk diaorang diajin pindah.. Lepas tiga hari aku baca ayat2 manzil dan renjis di empat penjuru rumah.. Rasanya jin2 tu semua dah pindah lepas tu.. (x tau ke mana, sebab diajin x sms aku, mana diajin pindah..).

Yang nyatanya, jin pun makhluk macam kita.. Yang berkuasa hanya Allah. Tiada yang boleh memberi manfaat, tiada yang boleh memberi mudharat, kecuali Allah..

THE END..
*duluuu.. aku suka pi tengok wayang. Aku paling bengang kat apek yang jaga pintu tu sebab suka bukak pintu sebelum tulisan THE END ni keluar..



Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...